Friday, December 25, 2009

Terkecik Hati,Tertawar Hati,Tersinggung,Terkilan

Sebentar tadi terbaca status kawan aku kat fb yang lebih kurang berbunyi "kenapa sekarang selalu sakit?". Buatkan aku terfikir,orang yang jarang sakit bila dah sakit,mungkin kurang "tahan" dengan sakit2 yang dorang hadapi.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya." - Anas r.a

Berbalik kepada topik asal aku.Bagi pendapat aku,aku bukan lah jenis yang excited sangat dengan kebanyakkan benda.Happy macamana pun sesuatu benda tu,lagak aku biasa. Tapi baru2 ni aku ter'excited' dengan something,tp sebagai balasannya aku dilayan acuh tak acuh membuatkan semua perasaan kat title entry aku kali ni mengisi hati aku. Membuatkan aku terasa "sapalah aku ni?". Lantas membuatkan mood aku hilang terus.Sehingga kini aku cuba kembalikan mood aku yang dah hilang.

Mungkin semua yang membaca entry ni akan katakan aku sensitive. Entahlah...aku sendiri takde jawapan tepat untuk persoalan tu...

Friday, December 18, 2009

1 Muharram 1431H

Salam Muharram dan selamat datang kepada semua pembaca-pembaca sekalian. Post pertama di blog baru ku. Ada cerita nak kongsi dengan korang semua,insyaAllah next time aku kongsi ek.

Walaupun rumah baru aku ni tak seberapa,tp rajin2 la singgah di sini dan komen la apa2 yang patut ek.aku sentiasa memerlukan ingatan dan kata2 semangat dari kalian.insyaAllah