Friday, January 8, 2010

Rabbi yassir wala tu'assir



jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain. sesetengah orang memang rezeki sampai cepat. dan sesetengah orang Allah tangguhkan dengan sebab yang tersendiri. itu perancangan Allah.makan perancangan Allah sudah pastinya yang terbaik untuk diri kita

syukur dengan apa yang ada,redha dengan yang tiada. hidup kita sementara. insyaAllah apa yang ditangguhkan buat kita di dunia ini,Allah akan mudahkan di akhirat nanti. nak dunia yang sementara atau akhirat yang kekal abadi?perlu ke soalan ini difikir? i dont think so! sudah semestinya akhirat yang kekal abadi selama2nya akan menjadi pilihan semua yang bergelar "Muslim". jadi,sabarlah menanti...

inilah yang terbaik buat diriku pada ketika ini.ya Allah,bimbinglah aku pimpinlah aku untuk sentiasa redha dengan takdirMU dan dugaanMU yang bertimpa2. ajarlah aku untuk benar2 redha dengan ketentuanMU.berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk terus bertahan. rezeki yang Engkau tangguhkan buatku,Engkau gantikanlah dengan yang terbaik buat diriku dan orang sekelilingku.

dan pasal "ckp2" orang,abaikan je. Allah ada bersama kita. sentiasa bersama kita setiap saat. dugaan2 DIA tandanya DIA sayangkan kita. DIA ingat kita. kita dalam perhatian DIA. so,siapa yang beruntung kat sini? kita yang diuji? ataupun "orang2 yang sentiasa suka berkata"? mereka akan terus berkata2 sebab mereka dah punyai segalanya dalam hidup. mereka akan terus berkata2,tidak mungkin mereka kenal erti lelah. sebab yang penting bagi mereka ialah untuk berkata2 dan menyakitkan perasaan orang.jadi biarlah mereka terus berkata2 dan menyakitkan orang.

tp yang penting,kita yang terus dekat dengan Allah dan terus dalam perhatian dan kasih sayang Allah. dugaan itu rahmat?sepatutnya ianya menjadi rahmat bagi orang2 yang beriman.insyaAllah.

Rabbi yassir wala tu'assir

Sunday, January 3, 2010

Hakikat Dugaan


Cukuplah Allah bagiku..jangan bersedih lagi.. Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya ” Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?” Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi..
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. al-Baqarah ayat 186.
Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata.. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:
1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya
2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita
3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya
Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.
Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung 100% kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.
Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita..
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang Surah az-Zumar ayat 53
Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.
Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.
Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.
Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah.. perjalanannya sentiasa tenang dan damai.. hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin.. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya…
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang… Surah Maryam ayat 19
p/s: kawan2 yang menjadi pelawat setia blog lama aku mesti dah pernah baca artikel ni.aku saja letak balik kat blog baru.sekadar untuk renungan sahabat2 pelawat blog baru aku

Friday, January 1, 2010

Hari Terakhir di Sekolah


1st time gubah bunga
hadiah utk guru besar



Semalam 31/12/2009 dengan rasminya aku telah pun tamat kontrak di sekolah,tempat aku bekerja. Sedih tu memang sedih. Nak tinggalkan tempat tu dan sebab aku dah tak ada kerja!Aduh,realiti yang amat pahit untuk ditelan.Sape suh telan?Muntah je la!kuikuik...

By the way,dugaan Allah ni aku terima dengan hati yang tawaduk dan redha.Sebab aku tau ujian Allah bersebab. Sebab DIA sayangkan aku.Sebab DIA TAHU aku kuat.Sebab DIA nak ampunkan semua2 dosa-dosa kecil aku.Moga2 bila aku kembali menghadap DIA dalam keadaan terampun semua dosa-dosa kecil aku.Ameen Ya Allah.Dan akhir sekali,dugaan tandanya Allah nak mengangkat darjat seseorang hamba DisisiNya.Layak aku ya Allah?

Oh ya!Semalam tugas terakhir yang aku lakukan di sekolah ialah menulis surat amaran ke4 untuk kerani sekolah aku sbb tak datang bertugas!wah..wah...sampai kerani termasuk dalam mimpi aku mlm td.hihhi...adakah aku rasa bersalah???oooh...tidak.sedikit pun aku tak ada rasa bersalah. Aku memang harap sgt kerani sekolah itu akan bertukar.Dan moga diganti dengan kerani yang baru yang lebih bagus dan mempunyai attitude yang baik.

Disebabkan sifat tidak bertanggungjawab kerani yang tidak datang bertugas,banyak kerja yang tertangguh tambah2 soal gaji terutamanya gaji aku.waduh..waduh.gaji bulan 11 tak masuk lg sampai skarang.so camne aku nak shopping nie?mcmana aku nak byr bil?mcmana aku nak byr hutang ptptn?isk..iskk..hehehe...dan paling penting sebab dia tak datang,aku kena ke sekolah untuk buat kerja!Tapi ok gak la.Takde lah aku bosan sangat kat rumah...

Hari terakhir kat sekolah,kaki ni tak sabar2 nak melangkah balik ke rumah.hehe.Masa salam dengan guru besar dan penolong kanan,rasa terharu gak la.Tapi aku tak nangis pun.Sila ambil perhatian : Aku tak nangis ...hihihi...

Moga2 hari mendatang pada tahun baru ni akan aku sambut dengan ceria dan bahagia.InsyaAllah.doakan aku yer kawan-kawan.