Posts

Showing posts from 2011

Tendangan Pertama

"Wahai Robb kami, karuniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Al Furqon: 74)   24/8/2011 bersamaan 24 ramadhan, masa aku sedang terbaring keletihan selepas solat maghrib tiba-tiba terasa ada benda bergerak dalam perut.Wahhh,babyku sudah mula bergerak. 2/3 minit selepas tu,mula terasa tendangannya yang pertama. Ya Allah, sungguh indah perasaan itu. Baby semakin aktif dari sehari ke sehari. Setiap hari mesti ternanti-nanti tendangannya.Dan sekarang dah makin kerap tendangannya. Kadangkala,kuat sehinggakan bila tangan diletakkan atas perut boleh dirasa tendangan tu. Kadangkala,lembut je tendangannya. Kadangkala, kalau terdengar suara bapanya, terus boleh terasa tendangannya,dah boleh cam suara bapa kot ek baby...bagus2 :D Sekarang usianya sudah menjangkau 22 minggu. Ya Allah lindungilah dirinya.... 22 weeks --> At 11 inches ( the length of a spaghetti squash )

Pertama Kali Melihatnya

28/08/2011(Khamis) Pertama kali aku dan suamiku melihat bayi kami melalui imbasan ultrasound.Sangat gembira. Dan lega rasanya apabila dikhabarkan bayiku berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah,syukur yang tidak sudah ku panjatkan kepada Allah EDD dijangkakan 15 January 2012 nanti. Ya Allah permudahkanlah kehamilanku jua sahabat-sahabatku. Aamiin! Terima kasih abang sebab bawak saya scan ;-)

16 Minggu Sudah Usianya

Image
Hari ini sudah 16 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah setakat ini semuanya dimudahkan Allah dan semoga segalanya akan mudah bagiku sehingga ke akhirnya. Aamiin!  Tanggal 12 May 2011(Khamis) , aku terdetik untuk melakukan ujian UPT (Urine Pregnancy Test) setelah dua sahabat kesayanganku sah hamil.Apatah lagi didorong hebat oleh dr peribadiku yang sentiasa di sisiku,tak lain tak bukan Dr Rossy @ Cik Ros. Saat2 pertama hanya satu line yang muncul membuatkan aku kecewa sedikit. Tidak lama kemudian aku sudah mula nampak line kedua. Alhamdulillah,betapa syukurnya hatiku. Ujian UPT pertama yang aku lakukan setelah bernikah terus menampakkan dua line. Ini bermakna aku sudah hamil! Mengikut perkiraan tarikh,waktu ini aku hamil 5  minggu.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu. Terus aku khabarkan pada suamiku,keluargaku dan sahabat2 terdekatku. Nyata semuanya gembira menerima perkhabaran tersebut.Walaupun begitu, aku tidak meletakkan 100% keyakinan pada ujian tersebut. Aku sabar menanti untuk

Satu pagi di hari Jumaat

Image
Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada. lebih kurang beginilah mata suamiku Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata. Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut

Bila Jauh Terasa Rindu :(

Image
rindu...rindu serindu-rindunya....:( Sejak pukul 6 tadi suamiku telah pulang ke rumah kami jauh nun diseberang sana kerana selepas magrib suamiku dan kawan-kawanku akan ke Sg. Petani atas urusan dakwah. Semoga urusan dakwah mereka akan dipermudahkan Allah. Bila jauh begini hati sentiasa teringat suamiku. Terbayang wajahnya dan gurauannya. Mulalah rindu ini menguasai hati... Namun berpisah sekejap atas urusan agama,aku merelakan dengan hati yang terbuka. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku dan permudahkan semua urusannya. Aamiin!

Tentang aku dan si kecil

4.45 ptg  Baru selesai file VTO aku dan kerja mengajar aku. Penat! Sangat penat! Aku perlukan katil utk berbaring sekarang ini sebab sakit pinggang...dah berjalan-jalan sekejap untuk hilangkan sakit, tp bila duduk semula, terasa sakit...dan aku sekarang sangat penat! Dua tiga hari kebelakangan ini, tiba-tiba perut sebelah kanan akan terasa seolah mengeras. Kemudian akan berubah ke kiri. Lepas tu sunyi. Dan tiba-tiba akan terasa semula. Mulanya aku sangkakan sakit. Tp setelah membelek2 forum, ada yang cakap baby berubah kedudukan. Ada logiknya juga...Ya Allah lindungilah kandunganku... Oh ya, hari selesa lepas alhamdulillah aku berjaya untuk tidak muntah air gula walaupun hampir-hampir muntah. Tak larat den nak ulang balik minum air gula tu. Tp still kena minum jugak nanti....adehhhhh.... Mengenai perkembangan kandunganku, alhamdulillah sudah memasuki minggu ke 12. Menurut nurse yang memeriksan aku di klinik kesihatan, aku masih perlu berjaga-jaga dengan kandungan aku. Elakkan kerja

Gara-gara air gula...

Image
29 Jun 2011 (Rabu) Tepat pukul 7.30pg aku dah terpacak kat klinik kesihatan kawasan tempat tinggal aku untuk melakukan ujian kencing manis. 7.45pg baru pintu di buka, aku meluru masuk untuk meletakkan buku merah dalam bakul. Alhamdulillah, aku dapat no giliran yang paling pertama.Kebanyakkan nurse sudah pun sampai namun hanya bersedia untuk menjalankan tugas pada pukul 8.00 pg. Dengan sabar aku menanti giliran aku. Cepatlah...aku kena masuk office ni. Ikut hati aku nak je amik cuti tapi apakan daya,kerja swasta terpaksalah masuk kerja juga..sob...sob... 8.15 aku dipanggil masuk ke dalam bilik untuk di ambil darah. Macam biasa, terpaksa cucuk tiga tempat baru la darah keluar. Menurut nurse tu, urat aku kecil,so susah sikit nak cari urat.Alamatnya lepas ni setiap kali chekcup kena cucuk banyak2 kali la?wahhhhhhh..... Setelah darah di ambil, aku diberi 1 gelas air gula. Bayangkan, 1 cawan besar!Walla! Aku dengan penuh bergaya mengambil gelas itu lalu menghirup dengan perlahan-lahan. Hi

Menjangkau usia 28

Image
Genap seminggu lalu (15/5/11) merupakan hari lahir cik siti yang ke 28. Alhamdulilla, banyak kegembiraan,nikmat dan rezeki yang Allah augerahkan buat diri cik siti. Alhamdulillah :) Diam tak diam, dah 28 rupanya umur cik siti yer. Br. Sadry selalu cakap, age is just a number,yang penting hati sentiasa muda. Lebih kurang gitulah kata salah seorang lecturer cik siti kat uia dulu. Patutlah cik siti sentiasa rasa muda sebab jiwa sentiasa muda.Perasan!hihi Ok...kali ni dapat 3 hadiah  daripada 3 insan istimewa : 1) Handbag dari suami tercinta. Terima kasih dear hubby, love the handbag very much ;-) 2) Dpt LCD TV dan yuran langganan ASTRO dari ibu tercinta.Unexpected. Thanx Mom :) 3) Dpt kain pasang ela dari mohhabatein tercinta, ibu razin. Sangat sweet dan cantik. Thank You cik ros,i lap u la...kuikuik 4) Dpt sebuah buku bertajuk "Siti Hajar" daripada seorang lagi mohabbatein kesayangan,wani. So sweet! TQ wani....:) Ehhh,lupa lak.Ada satu lagi hadiah teristimewa dari Allah b

Happy Birthday Dear Hubby!

Image
03/05/2011 was my hubby's birthday. I decided to present him two Zain Bikha's CD and Moist Chocholate Cake. Both of them are his favorites. Alhamdulillah he was happy with them ;-) Actually it was quite hard to find Zain Bikha's CD here in Penang. I heard that they are only available at Saba Islamic Media in KL. I have tried to ask my friend's help to get those CDs. Unfortunately, they were very busy :-(. So, I started to search Saba Islamic Media Website and Alhamdulillah I found this link Saba Online Store . And finally I bought two Zain Bikha's CD which are Zain Bhikha-Our World and "1415 The Beginning" Opening the gift And about the delicious Moist Choc Cake. I ordered the cake form Niza,my ex-officemate. Alhamdulillah the cake was very delicious. TQ niza...:) And people out there you can start to place your order right now! ;-D Yummy!!! Dear Hubby, Happy Birthday. May Allah Bless and guide you always. And may Allah Bless our marriage.Ame

Ada apa dengan hari Jumaat? Apa yang sunnah?

Image
Hari Jumaat, Hari Mulia Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 ) Sunnah-sunnah di hari Jumaat 1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846) 2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth) 3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada w

ENTRY KOSONG

Image
Aku baru sahaja lepas buat ujian lisan kepada murid-muridku. Jadi ada masa terluang sedikit sekarang. Masa ini sepatutnya aku gunakan untuk prepare slide.Akan tetapi....ada sesuatu menghalang aku. Apakah sesuatu itu?? M.A.L.A.S Haaa,malas itulah jawapannya. Tiba-tiba aku rasa malas. Malas nak mengajar,malas nak prepare slide,malas nak mark paper,malas nak buat itu,malas nak buat ini.Amat malas.Sangat malas.Kemalasan melanda diriku kala ini.So, I ended up here.Blogging!Muahaa.. Semalas-malas aku,alhamdulillah aku setel mark semua assignment dan latihan student aku. Semalas-malas aku,aku lawan gak malas aku.Maksudnya aku bukan pemalaslah walaupun aku sedang berasa malas.Ada paham?hiihi.. Sebentar tadi,tiba-tiba aku terasa ingin makan goreng pisang Yummy!Sedapnya.  DAN apam balik Slurrrp.Lazatnya Lagi best kalau dapat teh tarik. Kegemaranku dulu kini selamanya Waduh2.Mana nak cari ni???Dengan rasa tak malasnya jari jemari aku pantas menghantar sms buat suami tercinta

KEKARUTAN SMS BERANGKAI

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu penyebaran surat berangkai yang berleluasa dikalangan kita?. Kini, dengan arus pemodenan yang melanda dunia, surat berangkai sudah menjadi 'out dated' dan diganti dengan SMS berangkai selari dengan arus kemajuan teknologi maklumat. Saya sendiri sudah beberapa kali menerima SMS berangkai tersebut daripada rakan-rakan Muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan yang terbaharu diterima pada minggu lepas. SMS-SMS tersebut berbunyi: 'jika anda mengsms (ayat-ayat seperti potongan surah Yasin atau nama-nama ALLAH yg ditaip di dalam SMS tersebut) kepada 7 orang (sesetengah 10 orang) maka anda akan mendapat berita gembira/kebaikan tidak lama lagi. Tetapi jikalau anda tak send atau delete SMS ini, maka anda akan ditimpa musibah'. Amat menyedihkan kerana ramai dikalangan kita masih mempercayai dan menyebar SMS-SMS seperti ini. Kenapakah ini  berlaku? Apakah yang menyebabkan kita mudah tertipu dengan perkara kar

TUNAIKANLAH SOLAT WAHAI SAUDARA SAUDARI KU.

Wahai saudara saudari ku yang dikasihi ALLAH swt, tunaikanlah solat mu dengan ikhlas dan sempurna walau di mana jua engkau berada serta dalam apa situasi sekalipun kerana ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Solat membezakan antara diri mu sebagai seorang Muslim dengan non Muslim. Ketahuilah bahawa amalan mu yang pertama akan dihisab oleh ALLAH swt. di akhirat kelak adalah SOLAT. Rasulullah saw. pernah bersabda maksudnya: ’’ Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata ALLAH swt kepada para malaikat-Nya, dan ia Maha Mengetahui: ’Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah ALLAH swt.: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya.’ ’’ (Riwayat Abu Daud: hadis sahih). Wahai saudara saudari ku, pastikanlah solat mu ikhlas hanya kerana ALLAH swt.

New Life New Beginning

Image
Diam tak diam,masuk hari ini alhamdulillah sudah tiga minggu aku telah bergelar seorang isteri kepada suamiku. Segala puji dan syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah atas segala kurnianya.Dan syukur alhamdulillah,segala urusan nikah dan kenduri kendara Allah telah mudahkan dan semuanya telah berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan.Kehadiran saudara dan teman-teman rapat,sahabat baik serta mohabbatein2 kesayangan menceriakan lagi jiwaku semasa hari bersejarah buatku... Oh ya,boleh aku bahasakan diriku sebagai Cik Siti lg?Cik Siti sebenarnya ialah nama penaku di alam maya ni...jadi izinkanlah aku menggunakan Cik Siti ek?cik siti dah nampak korang angguk2,annguk tandanya setujulah kan?kuikuik.... Apa perasaan setelah menjadi seorang isteri? To be frank, kadang-kadang aku masih tak percaya yang  aku sudahpun bergelar seorang isteri. Semuanya berlaku sekelip mata. Pertama kali berjumpa dengan suamiku tanggal 13/9/2010(raya ketiga kalau tak salah). Tiga bulan selepas itu pada tanggal

5 More Days Left!!

Image
  Sesungguhnya perjalanan kami masih jauh Ya Allah. Bantulah kami untuk sama2 menghadapi segala mehnaMU Well, i started the countdown 51 days ago, but now only 5 more days left!!  Walla! Time is running so fast.... What are my feelings right now? So many people asked me this question repeatedly, again and again. To be frank, so many feelings are there in my self at this moment. Some nervousness plus some excitement plus some this feeling,plus some that feeling and the list of feelings go on and on.  Really hope everything run smoothly without any problem.InsyaAllah... Allahumma yassir wa la tu'assir (O Allah ,Make things easier for me and don't make them difficult) Rabbanaa Atina fiddunya hasanatan wa fil aakhirati hasanatan waqina azabannar (O my our Lord: give us the goodness of this world and the goodness of the hereafter and save us from the punishment of fire). Hey wait! Why am i suddenly writing in English?Angin kot. Please excuse me for any grammar and vocab m

My Love Will Get You Home

If you wander off too far, my love will get you home. If you follow the wrong star, my love will get you home. If you ever find yourself, lost and all alone, get back on your feet and think of me, my love will get you home. Boy, my love will get you home. If the bright lights blinds your eyes, my love will get you home. If your troubles break your stride, my love will get you home. If you ever find yourself, lost and all alone, get back on your feet and think of me, my love will get you home. Boy, my love will get you home. If you ever feel ashamed, my love will get you home. When there’s only you to blame, my love will get you home. If you ever find yourself, lost and all alone, get back on your feet and think of me, my love will get you home. Boy, my love will get you home. If you ever find yourself, lost and all alone, get back on your feet and think of me, my love will get you home. Boy, my love will get you home, Boy, my love will get you home. p/s : pernah suka lagu ni dulu,l

Pertemuan dan Perpisahan

Cik siti dalam kelas dah,sementara menunggu kelas penuh boleh la cik siti conteng2 kat dinding putih blog cik siti ni.. Bangun pagi tadi tengok hanphone, tarikh dah 1 mac,akhirnya tanggal 1 mac menjelma juga yer.pejam celik pejam celik tinggal lagi 17 hari je untuk tarikh istimewa cik siti..mcm tak percaya pun ye gak.semalam ada soalan daripada insan istimewa,apa perasaan bakal bertukar status? Ermm,mcm2 perasaan sebenarnya syukur,happy,takut,gementar,excited dan mcm2 lagi.segala mcm perasaan ini bakal diulas lebih lanjut bila tarikh itu semakin hampir dan hampir.buat masa ini kita tangguhkan dulu coretan pasal hari istimewa cik siti yer. apapun,cik siti sangat harapkan doa kalian.doakan semunya dimudahkan bagi cik siti dan semoga semuanya berjalan lancar dengan izin dan rahmatNya ;-) Hari ini,hari pertama tanpa Puan Niza,kerani comel kat kolej cik siti. rasa sayu jugak bila masuk office nak punch tadi,tempat dia kosong je.setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan semoga perpisah

Destinasi Puncak Cinta Tertinggi

Image
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah -lah hati menjadi tenteram.  - Ar Ra'du : 28- Pada masa,saat dan ketika ini,pelbagai perasaan sedang menguasai jiwa aku.... MARAH... Terhadap student,terhadap orang itu dan terhadap orang ini... Tapi tak dpt aku luahkan... Aku sentiasa ada masalah untuk meluahkan kemarahan Akhirnya,aku terpaksa berbicara dengan diri sendiri untuk menghilangkan kemarahan itu RINDU... Terhadap netbook,handphone,handbeg dan seangkatan dengannya... Rindu tidak bermaksud aku tidak redha... Rindu pada masa-masa lalu... Rindu beerti aku mengingati Rindu pada arwah ayah aku... Rindu bermakna aku tidak pernah melupakan SEDIH Sedih mungkin kerana ada rindu ataupun aku rindu kerana aku sedih? TERTEKAN Bila fikirkan banyak kerja perlu diselesaikan  Bila marah, rindu dan sedih hadir serentak Bila perlu menghadapi pelbagai ragam manusia yang menyiksa jiwa Bi

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Image
Adehh,penatnya bercakap.bertambah penat kalau student pun sibuk nak bercakap masa cikgu bercakap.Selalunya aku akan menegur,tapi dah berbuih mulut aku menegur. Kadang2 kalau aku berhenti bercakap sekejap,student faham2 lah. So, dorang akan berhenti bercakap tapi tak sampai 2 min,sambung semula.Adakah aku begini ketika menjadi student dulu.Alamak,tiba2 hilang ingatan plak.kuikuik.. Bila aku mula kelas lambat (sebab menunggu kelas penuh),dorang suruh mula cepat2. Bila dah mula,dorang bising plak.Bila aku bagi assigment, dorang akn cakap " assignment lagi?.cikgu ajarlah..." Bila aku nak mengajar, dorang akan ckp "cikgu,blajar lagi ke?" . Bila kolej bagi cuti, semua bising. Tapi bila takda cuti, semua sibuk tanya bila nak cuti. Agaknya cikgu dan anak murid sentiasa mempunyai kehendak dan kemahuan yang bertentangan?Ataupun memang tabiat anak murid untuk buat dan cakap sesuatu yang bertentangan dengan arahan dan kata-kata cikgu? Entahlah... Tapi yang pasti baru aku se

Bantu aku untuk ikhlas

Image
"Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita." Hari ini aku sudah mula bekerja seperti biasa setelah seminggu bercuti...Entah bagaimana harus aku ungkapkan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati dan fikiran aku. Cuma yang aku harap aku boleh sentiasa ikhlas dan sabar dalam setiap langkah aku... Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk sentiasa ikhlas dan sabar...

One more person is leaving...ohhh no!

Image
  Baru 9 bulan rupanya aku di tempat kerja baru ni. Rasa mcm 9 tahun pun ada gak.melampau cik siti! Dan dalam tempoh 9 bulan jugak lah dah beberapa orang resign dari sini.Masing-masing dengan alasan masing-masing.  Dimulakan dengan kak baya sebab nak sambung master. Kemudian, wei boon atas sebab tertentu. Kak ct pula mengikut langkah meninggalkan ITP sebab dah dapat kerja kat tempat baru. dan baru-baru ni,kak nor resign dengan 24 hrs  notice.dan paling terkini,niza nak resign! Waduhh,makin longlai lah langkah ku di sini. dan makin pudarlah semangat aku yang satu masa dahulu bersinar-sinar..... Cik Siti oh Cik Siti....wake up! Jangan bergatung kepada sesiapa selain Allah....cukuplah Allah sebagai penguat langkah dan penyinar semangatmu..... notakaki : atiyya dan wani masih di sini... .