Posts

Showing posts from January, 2011

Antara Akal dan Hati

Image
Entah mengapa lewat kebelakangan ini, kemampuan  untuk menulis dan mengungkap ayat-ayat yang puitis dan jiwang seolah hilang daripada aku. Mungkinkah kah kerana aku sudah malas mahu berjiwang tanpa sebab? Mungkin juga sebab aku sudah tidak mahu lagi melayan emosi aku? Ataupun mungkin sebab aku sudah malas untuk menyesakkan otak aku dengan perkara-perkara yang aku rasakan tidak penting buat aku?Ermmm,semuanya mungkin!  Dan mungkin ada fakor lain juga? Ya,sekali lagi mungkin!  Semakin usia meningkat dewasa, semakin kematangan diri menstabilkan tindakan dan kata-kata aku.Walaupun begitu, kadang-kadang aku tersilap lalu terbabas dan terhempas. Namun aku segera bangkit agar langkah  tidak terus tersasar.  Dan sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa… Mulai saat ini dan saat-saat akan mendatang, aku lebih suka akal menguasa ifikiran,tindakan dan kata-kata. Aku mahu akal menang. Kerana dari akal datangnya rasional. Dan insyaAllah natijahnya mendamaikan jiwa...    Aku  lebih rela hati aku k

Repost : Secangkir Madah Buat Sahabat

Image
Suara- suara itu Aku amat merindui suara-suara itu Suara-suara nakal  mengusikku Suara-suara  keceriaan Suara-suara kegembiraan Suara-suara itu Aku amat merindui suara-suara itu Suara-suara yang  menemani aku kala sukaku dan dukaku Suara-suara yang tidak penah jemu menasihatiku Suara-suara yang sentiasa membisikkan keyakinan Suara-suara yang teguh memberi harapan Kini aku rindu lagi pada suara-suara itu Suara-suara yang kadangkala melemahkan semangatku Suara-suara yang kadangkala menguji kesabaranku Suara-suara yang kadangkala sedikit menggugat ketenanganku Namun suara-suara itulah yang setia menemani waktu jatuh dan bangunku Suara-suara itu Mempunyai makna tersendiri dalam kamus hidupku Suatu episod terindah dalam hidupku Suara-suara itu makin jauh dan semakin jauh Namun jelas ditelingaku sehingga kini Suara-suara itu ... ida, ros, wani Aku rindu suara-suara itu Aku rindu kamu Aku sayang kamu Moga persahabatan kekal terjalin selamanya Dengan keizinanNya..

Pesanan Buat Isteri dan Bakal Isteri

Image
Pesanan Umamah Binti Al-Haris kepada puterinya Ummu Ayyas Binti.... (http://farhamizah.blogspot.com/2010/03/pesanan-buat-isteri-atau-bakal-isteri.html) Wahai puteriku, sesungguhnya engkau berpisah dengan suasana yang darinya engkau keluar dan engkau berganti kehidupan, di dalamnya engkau naik kepada keluarga yang belum engkau kenal dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya. Ia dengan kekuasaannya menjadi pengawas dan raja atasmu, maka jadilah engkau sebagai abdi, niscaya ia menjadi abdimu pula. Peliharalah untuknya 10 perkara, niscaya ini akan menjadi kekayaan bagimu. Pertama dan kedua, tunduk kepadanya dengan qana’ah (merasa cukup) , serta mendengar dan patuh kepadanya. Ketiga dan keempat, memperhatikan mata dan hidungnya . Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu, dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum. Kelima dan keenam, memperhatikan tidur dan makannya. Karena terlambat makan akan bergejolak dan menggagalkan tidur itu memb

Kehilangan

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". -At-Tagaabun, ayat 11- Baru balik dari beriadah dengan yasmin. Sangat suka!sebab dpt keluarkan peluh dan insyaAllah rasa lebih sihat. dan banyak benda yang dapat dikongsi bersama yasmin ;-).  Lepas beriadah seperti biasa makan kat kapitan. makan tosai arini.ermmm....nothing much to write actually... Kehilangan ialah satu perkara biasa dalam hidupku..mcm tu gak dengan hidup orang lain. dan baru-baru ni aku kehilangan lagi.tapi takpe,insyaAllah aku terima kehilagan ni dengan hati yang ikhlas dan redha.  Ya Allah,bantulah aku untuk benar-benar redha dengan kehilangan ini.semoga Engkau gantikan yang lebih baik buat diriku... Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, dir

Semangat Baru

Image
Pagi ni rasa sangat fresh datang kerja. Walaupun mlm sebelumnya aku terasa amat malas. tapi terus aku memujuk hatiku untuk membuang segala perasaan negatif jauh-jauh dan tanamkan semangat dan aura positif  ke dalam hati dan jiwaku.peace!:) InsyaAllah,kalau kita positif dan ceria,insan2 disekeliling kita pun akan ceria dan positif gak. dan insyaAllah semua yang akan berlaku pun positif dan terbaik untuk kita.so,be positive always ya! Minggu baru!Tahun baru!InsyaAllah semangat baru :) Oh ya, tadi ada student lama mai jumpa.was so happy to meet them.at least ada gak yang masih mengingati diri ini....inilah antara nikmat menjadi pendidik... Okla...need to start class now....till then...salam penuh keceriaan daripada cik siti ;-) Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja kamu nafkahkan (ke jalan Allah - fisabilillah), maka Allah akan meng