Friday, April 22, 2011

Ada apa dengan hari Jumaat? Apa yang sunnah?

Hari Jumaat, Hari Mulia

Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)


2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)


3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)


4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)


5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

Kesilapan-Kesilapan di hari Jumaat.

1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)


2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Sahih, Abu Daud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)


3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Sahih, Muslim:439)


4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Sahih, Muslim:857)


5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Sahih, Muslim:875)


6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)


7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

 8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)



Thursday, April 21, 2011

ENTRY KOSONG

Aku baru sahaja lepas buat ujian lisan kepada murid-muridku. Jadi ada masa terluang sedikit sekarang. Masa ini sepatutnya aku gunakan untuk prepare slide.Akan tetapi....ada sesuatu menghalang aku. Apakah sesuatu itu??

M.A.L.A.S

Haaa,malas itulah jawapannya. Tiba-tiba aku rasa malas. Malas nak mengajar,malas nak prepare slide,malas nak mark paper,malas nak buat itu,malas nak buat ini.Amat malas.Sangat malas.Kemalasan melanda diriku kala ini.So, I ended up here.Blogging!Muahaa..

Semalas-malas aku,alhamdulillah aku setel mark semua assignment dan latihan student aku. Semalas-malas aku,aku lawan gak malas aku.Maksudnya aku bukan pemalaslah walaupun aku sedang berasa malas.Ada paham?hiihi..

Sebentar tadi,tiba-tiba aku terasa ingin makan goreng pisang

Yummy!Sedapnya.

 DAN apam balik
Slurrrp.Lazatnya


Lagi best kalau dapat teh tarik.
Kegemaranku dulu kini selamanya

Waduh2.Mana nak cari ni???Dengan rasa tak malasnya jari jemari aku pantas menghantar sms buat suami tercinta meluahkan keinginan aku di kala ini. InsyaAllah,nanti masa balik kami beli!wahhh,ni yang best ni:-)

Harap-harap keinginan aku tertunai.insyaAllah.Kalaulah  dpt aku putar jarum jam ni,dah lama aku putar ke angka 5.15 sebab masa tu lah selalunya suami menjemputku.sabar cik siti...sabar....

KEKARUTAN SMS BERANGKAI

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu penyebaran surat berangkai yang berleluasa dikalangan kita?. Kini, dengan arus pemodenan yang melanda dunia, surat berangkai sudah menjadi 'out dated' dan diganti dengan SMS berangkai selari dengan arus kemajuan teknologi maklumat.

Saya sendiri sudah beberapa kali menerima SMS berangkai tersebut daripada rakan-rakan Muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan yang terbaharu diterima pada minggu lepas. SMS-SMS tersebut berbunyi:
'jika anda mengsms (ayat-ayat seperti potongan surah Yasin atau nama-nama ALLAH yg ditaip di dalam SMS tersebut) kepada 7 orang (sesetengah 10 orang) maka anda akan mendapat berita gembira/kebaikan tidak lama lagi. Tetapi jikalau anda tak send atau delete SMS ini, maka anda akan ditimpa musibah'.
Amat menyedihkan kerana ramai dikalangan kita masih mempercayai dan menyebar SMS-SMS seperti ini. Kenapakah ini  berlaku? Apakah yang menyebabkan kita mudah tertipu dengan perkara karut seperti ini?. Atas sebab itu, saya ingin menjelaskan perkara seperti berikut:

1.  Petikan di dalam SMS berangkai menyebut bahawa jika anda menghantar SMS ini kepada 7 atau 10 orang kenalan maka anda akan menerima berita gembira. Tetapi jika sebaliknya, maka anda akan menerima musibah. Saya ingin bertanya bagaimanakah pencipta SMS karut ini boleh mengetahui perkara baik atau buruk yang akan berlaku pada masa akan datang sedangkan dia bukan Tuhan atau Nabi yang menerima wahyu? Nabi saw sendiri tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa depan kecuali diwahyukan oleh ALLAH swt. Jadi hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa akan datang bukan pencipta SMS karut ini. Saya rasakan hujah inipun sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa SMS berangkai yang anda terima dan sebarkan selama ini adalah karut semata-mata karut.

2.  Pengasas SMS karut ini seolah-olah berani mencipta satu syariat baru sedangkan agama Islam sudahpun    sempurna lebih 1'400 tahun yang lalu. ALLAH swt berfirman maksudnya:
"Pada hari ini AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu, dan AKU telah redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu." Surah al-Ma'idah: 3. 
Ayat di atas turun ketika peristiwa Haji Wada di waktu-waktu penghujung kehidupan Nabi saw. Ini bermakna agama Islam sudahpun sempurna dari saat turunnya ayat tersebut.

3.  SMS berangkai seperti ini turut diterima oleh rakan Non Muslim saya dalam versi agama mereka. Nampaknya SMS berangkai yang karut marut ini wujud dalam berbagai versi agama dan mungkin dalam pelbagai bahasa Wallahu'alam.

4.  SMS berangkai yang karut seperti ini hanya merosakkan pemikiran umat Islam. Kita menjadi umat yang malas berfikir dan hanya menelan bulat-bulat apa yang diterima tanpa mengkaji kesahihannya. Malanglah jika kita terus menerus berfikiran seperti ini.

5.  Penyebaran SMS karut ini hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi dan anda yang tertipu menjadi bertambah rugi. Bayangkan berapa juta SMS seperti ini sudahpun dihantar sehingga ke hari ini. Ternyata ini hanyalah satu pembaziran yang sia-sia. ALLAH swt tidak suka akan pembaziran. ALLAH swt berfirman maksudnya:
" .....dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan".  Surah al-Isra': 26-27
Marilah kita berfikir secara logik dan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan. Usahlah kita mudah tertipu dengan perkara karut marut seperti ini. Janganlah menjadi umat ikut-ikutan tanpa berfikir. Janganlah menjadi umat yang mudah menerima dan menelan bulat-bulat apa yang dikhabarkan tanpa diselidik dan dipastikan kesahihannya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sesungguhnya jalan yang selamat hanyalah dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah. 

Oleh: Abu Irfan 21.4.2011
http://voiceofsunnah.blogspot.com/

Wednesday, April 20, 2011

TUNAIKANLAH SOLAT WAHAI SAUDARA SAUDARI KU.

Wahai saudara saudari ku yang dikasihi ALLAH swt, tunaikanlah solat mu dengan ikhlas dan sempurna walau di mana jua engkau berada serta dalam apa situasi sekalipun kerana ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Solat membezakan antara diri mu sebagai seorang Muslim dengan non Muslim.

Ketahuilah bahawa amalan mu yang pertama akan dihisab oleh ALLAH swt. di akhirat kelak adalah SOLAT. Rasulullah saw. pernah bersabda maksudnya: ’’Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata ALLAH swt kepada para malaikat-Nya, dan ia Maha Mengetahui: ’Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah ALLAH swt.: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya.’ ’’(Riwayat Abu Daud: hadis sahih).

Wahai saudara saudari ku, pastikanlah solat mu ikhlas hanya kerana ALLAH swt. kerana sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda maksudnya: ’’Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas dan (bertujuan) mencari keredhaan-Nya semata-mata’’(Sahih Sunan An-Nasai, no.3140).

Solatlah kamu dengan sempurna seperti mana kamu contohinya daripada Nabi saw. kerana Nabi mu telah bersabda maksudnya: ’’Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat’’(Riwayat al-Bukhari). Janganlah sesekali kita mengada-adakan dan menokok tambah ibadah solat mengikut selera dan kemahuan kita kerana Nabi saw. telah bersabda maksudnya: ’’Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ianya tertolak’’ (Sahih Muslim, no.1718). Jadi, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu bagi memastikan solat kita sempurna. Sesungguhnya solat yang sempurna itu hanyalah dengan mengikut contoh daripada Nabi saw.  

Solat mu adalah sebagai tanda engkau bersyukur kepada ALLAH swt. Solat merupakan sebaik-baik cara bagi menunjukkan sifat kesyukuran kita terhadap segala nikmat kurniaan ALLAH swt. ALLAH swt. Berfirman maksudnya:’’Dan ingatlah tatkala Tuhanmu telah berseru, jika kamu bersyukur niscaya akan kami tambah lagi (nikmat kami) dan jika kamu kufur maka sesungguhnya azab kami adalah sangat pedih’’.(Ibrahim:7).

Wahai saudara saudari ku, solatlah kamu kerana solat merupakan wasilah terbaik bagi termakbulnya doa kita. Allah swt. Bersabda maksudnya: ’’Hai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah: 153). Jadi, jalan untuk mu mendapatkan sesuatu yang dihajati dan diperlukan adalah dengan meminta kepada-Nya melalui ibadah solat.

Anda melakukan dosa? Solat dapat menghalang diri anda dari melakukan dosa. ALLAH swt berfirman maksudnya: ’’Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat ALLAH(Solat) adalah lebih besar(Keutamaanya dari ibadah-ibadah yang lainya). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan’’(Al-Angkabut:45). Janganlah kita berputus asa dengan dosa yang telah kita lakukan kerana kita insan yang lemah. Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka luas untuk kita selagi hayat dikandung badan. Jadi, bertaubatlah walaupun apa jua dosa yang kita lakukan. Taubat kita pasti akan diterima oleh ALLAH swt dan bersolatlah.

Ingatlah wahai diri ku dan dirimu bahawa kematian itu sangat hampir dengan kita. Kita pasti akan dijemput oleh ALLAH swt. pada bila-bila masa. Pabila jasat sudah terbujur layu dibaluti kain kafan yang memutih, tiada apa yang berguna lagi kecuali amalan-amalan soleh kita ketika hayat dikandung badan. Jadi, aku berpesan kepada diri ku dan diri mu agar sentiada mengerjakan amalan soleh kerana peluang kita hanya sekali di dunia yang fana ini. Kerjakanlah amal kebaikan dan tunaikanlah solat. Jadilah seorang Muslimin/Muslimah contoh yang bertaqwa kepada ALLAH swt. dengan sebenar-benar taqwa.

Oleh: Abu Irfan. 23.10.2010
http://voiceofsunnah.blogspot.com

Friday, April 8, 2011

New Life New Beginning

Diam tak diam,masuk hari ini alhamdulillah sudah tiga minggu aku telah bergelar seorang isteri kepada suamiku. Segala puji dan syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah atas segala kurnianya.Dan syukur alhamdulillah,segala urusan nikah dan kenduri kendara Allah telah mudahkan dan semuanya telah berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan.Kehadiran saudara dan teman-teman rapat,sahabat baik serta mohabbatein2 kesayangan menceriakan lagi jiwaku semasa hari bersejarah buatku...

Oh ya,boleh aku bahasakan diriku sebagai Cik Siti lg?Cik Siti sebenarnya ialah nama penaku di alam maya ni...jadi izinkanlah aku menggunakan Cik Siti ek?cik siti dah nampak korang angguk2,annguk tandanya setujulah kan?kuikuik....

Apa perasaan setelah menjadi seorang isteri? To be frank, kadang-kadang aku masih tak percaya yang  aku sudahpun bergelar seorang isteri. Semuanya berlaku sekelip mata. Pertama kali berjumpa dengan suamiku tanggal 13/9/2010(raya ketiga kalau tak salah). Tiga bulan selepas itu pada tanggal 18/12/2010 sah bergelar tunangnya. Kemudian,tepat tiga bulan selepas tu pada tarikh 18/3/2011 sah bergelar zaujahnya.Alhamdulillah ;-)

Kalau sebelum nikah mcm2 perasaan yang bermukim dalam hatiku. Tapi sekarang, bahagia! hanya itu perasaan yang aku rasakan. Bahagia disamping suamiku. Bahagia mencintai suamiku. Bahagia dicintai suamiku.Bahagia dengan kehidupan baruku.Bahagia menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Bahagia menggembirakan dan digembirakan suamiku.Sungguh aku bahagia dengan kurnia Allah yang terlalu banyak ini. Ya Allah,syukur ku atas nikmat bahagia ini....

Kehidupan seharianku kini berubah. Kalau dulu bangun pagi mak dah sediakan sarapan.Tapi sekarang bila bangun pagi kena sediakan sarapan. Tp buat masa ni sarapan simple2 je.Belum ada kesempatan utk buat sarapan2 yang best mahupun masak yang best2 utk suami.wahhh,bunyi mcm pandai masak je.InsyaAllah,di mana ada kemahuan disitu ada jalan.Btw, I can cook just that lack in practise. So,this is the time to practise!

Well utk menulis panjang, masa agak suntuk. Aku sedang menanti suamiku untuk menjemputku ke rumah ibuku utk makan tenghari.yummy!jum..jum..hehe

Secara ringkasnya,kami berdua masih dalam proses mengenali diri,kehendak,kesukaan,ketidaksukaan dan cara masing-masing.Doakan pelayaran bahtera rumahtangga kami dipermudahkan dan diberkati Allah sentiasa.

Akhir kalam, kepada suamiku terima kasih kerana memilih diriku menjadi surihatimu...;-)

Coretan hati: isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran.dirumah dia isteri dijalanan kawan diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan..
mampu ke aku?