Posts

Showing posts from April, 2011

Ada apa dengan hari Jumaat? Apa yang sunnah?

Image
Hari Jumaat, Hari Mulia Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 ) Sunnah-sunnah di hari Jumaat 1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846) 2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth) 3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada w

ENTRY KOSONG

Image
Aku baru sahaja lepas buat ujian lisan kepada murid-muridku. Jadi ada masa terluang sedikit sekarang. Masa ini sepatutnya aku gunakan untuk prepare slide.Akan tetapi....ada sesuatu menghalang aku. Apakah sesuatu itu?? M.A.L.A.S Haaa,malas itulah jawapannya. Tiba-tiba aku rasa malas. Malas nak mengajar,malas nak prepare slide,malas nak mark paper,malas nak buat itu,malas nak buat ini.Amat malas.Sangat malas.Kemalasan melanda diriku kala ini.So, I ended up here.Blogging!Muahaa.. Semalas-malas aku,alhamdulillah aku setel mark semua assignment dan latihan student aku. Semalas-malas aku,aku lawan gak malas aku.Maksudnya aku bukan pemalaslah walaupun aku sedang berasa malas.Ada paham?hiihi.. Sebentar tadi,tiba-tiba aku terasa ingin makan goreng pisang Yummy!Sedapnya.  DAN apam balik Slurrrp.Lazatnya Lagi best kalau dapat teh tarik. Kegemaranku dulu kini selamanya Waduh2.Mana nak cari ni???Dengan rasa tak malasnya jari jemari aku pantas menghantar sms buat suami tercinta

KEKARUTAN SMS BERANGKAI

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu penyebaran surat berangkai yang berleluasa dikalangan kita?. Kini, dengan arus pemodenan yang melanda dunia, surat berangkai sudah menjadi 'out dated' dan diganti dengan SMS berangkai selari dengan arus kemajuan teknologi maklumat. Saya sendiri sudah beberapa kali menerima SMS berangkai tersebut daripada rakan-rakan Muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan yang terbaharu diterima pada minggu lepas. SMS-SMS tersebut berbunyi: 'jika anda mengsms (ayat-ayat seperti potongan surah Yasin atau nama-nama ALLAH yg ditaip di dalam SMS tersebut) kepada 7 orang (sesetengah 10 orang) maka anda akan mendapat berita gembira/kebaikan tidak lama lagi. Tetapi jikalau anda tak send atau delete SMS ini, maka anda akan ditimpa musibah'. Amat menyedihkan kerana ramai dikalangan kita masih mempercayai dan menyebar SMS-SMS seperti ini. Kenapakah ini  berlaku? Apakah yang menyebabkan kita mudah tertipu dengan perkara kar

TUNAIKANLAH SOLAT WAHAI SAUDARA SAUDARI KU.

Wahai saudara saudari ku yang dikasihi ALLAH swt, tunaikanlah solat mu dengan ikhlas dan sempurna walau di mana jua engkau berada serta dalam apa situasi sekalipun kerana ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Solat membezakan antara diri mu sebagai seorang Muslim dengan non Muslim. Ketahuilah bahawa amalan mu yang pertama akan dihisab oleh ALLAH swt. di akhirat kelak adalah SOLAT. Rasulullah saw. pernah bersabda maksudnya: ’’ Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata ALLAH swt kepada para malaikat-Nya, dan ia Maha Mengetahui: ’Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah ALLAH swt.: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya.’ ’’ (Riwayat Abu Daud: hadis sahih). Wahai saudara saudari ku, pastikanlah solat mu ikhlas hanya kerana ALLAH swt.

New Life New Beginning

Image
Diam tak diam,masuk hari ini alhamdulillah sudah tiga minggu aku telah bergelar seorang isteri kepada suamiku. Segala puji dan syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah atas segala kurnianya.Dan syukur alhamdulillah,segala urusan nikah dan kenduri kendara Allah telah mudahkan dan semuanya telah berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan.Kehadiran saudara dan teman-teman rapat,sahabat baik serta mohabbatein2 kesayangan menceriakan lagi jiwaku semasa hari bersejarah buatku... Oh ya,boleh aku bahasakan diriku sebagai Cik Siti lg?Cik Siti sebenarnya ialah nama penaku di alam maya ni...jadi izinkanlah aku menggunakan Cik Siti ek?cik siti dah nampak korang angguk2,annguk tandanya setujulah kan?kuikuik.... Apa perasaan setelah menjadi seorang isteri? To be frank, kadang-kadang aku masih tak percaya yang  aku sudahpun bergelar seorang isteri. Semuanya berlaku sekelip mata. Pertama kali berjumpa dengan suamiku tanggal 13/9/2010(raya ketiga kalau tak salah). Tiga bulan selepas itu pada tanggal