Posts

Showing posts from 2012

perkembangan umair : 10 bulan

Salam Esok Umair genap 10 bulan,insyaAllah. Banyak sangat perkembangan Umair yang mengembirakan hati mak. 21/8/2012 - anak kesayangan mak telah ditimpa suatu kemalangan yang agak teruk. Sungguh sayu hati mak. Benda sudah berlaku hanya doa dpt mak panjangkan. Sejak peristiwa tu mmg mak dan ahli keluarga lain sgt berhati2 menjaga umair. dan mak pun dah seakan2 fobia. nauzubillah. moga Allah pelihara kesihatan dan juga keselamatan anak mak. 5/10/2012 - Alhamdulillah umair dah pandai duduk dan berdiri. merangkak pun dah smooth. tak sangka umair boleh melakukan dua benda dalam satu hari. syukur sangat2 dan sekarang selalu sgt la umair akan usaha berdiri lepas tu suka lepas tangan dan jatuh ke belakang. uissh,wisaunya mak. jadi, selalu lah kami semua kena escort umair ke mana pun arah tuju dia. Dan arini umair boleh stabilkan badan bila berdiri,satu perkembangan yang sangat baik. Mungkin dah nak berjalan kot. sebab tu yang demam semalam dan cirit. harap2 anak mak tak demam

Umair mengamuk!

Image
12/07/2012 - Khamis Umair sayangku, semalam mak dan atta penat sangat,seharian mencari rumah sewa. Kita cari rumah sewa sebab rumah kita nak dijual dan kita nak pindah ke penang terus. Ya la,mak dan atta dua2 keja sini,umair pun nani jaga kan. Jadi,senang sikit kalau kita dok penang je.  Setelah seharian mencari penat memang terkata. Sampai waktu tidur,umair dah tidur pun lebih kurang pukul 10 mlm. Tapi mak minta atta tlg tukarkan diapers umair. tiba-tiba umair terjaga dan kencing atas katil.Mengamuk2. Entah kenapa?. Aduyai sayang,kenapa camtu. Dah lah penat nak keluarkan cadar,basuh tempat kencing,salin baju umair lg. Mujur atta ada,byk menolong.  Tapi kita tak boleh tidur atas katil tu sebab masih basah. Jadi mak buat tempat tidur di bilik sebelah. Umair masih mengamuk2 lagi. Letak buai tak nak,letak bawah tak nak. Dah bagi susu pun tak nak. Sampai nani pun dah bangun. Kesian nani. Dah pujuk2 umair mak masukkan balik dalam buai. Tidur jap,then nangis2 semula. Aduyai,mak atta d

air tangan mak

Image
Umair sayangku,selalunya hari bekerja mak akn bangun pukul 6. Masa tu juga umair dah bangun nak susu. Mak bg susu kat umair kemudian mak akan solat. Lepas solat mak akan mula menyediakan makanan untuk Umair. Kemudian suap umair,lepas tu mak kena cpt2 siap untuk ke kerja. Pagi2 memang dah aktif dan sedikit penat. Sedikit je. Akibat tergesa2. Tp mak puas sebab dpt sediakan makanan yang sihat untuk umair. Dan yang paling penting umair makan air tangan mak! Sampai sekarang mak dah perkenalkan umair dengan brown rice,oats,puree pear,brown rice+pear,brown rice+carrot dan juga oats+papaya . Masa mak perkenalkan umair dengan puree pear umair dah batuk2,jadi mak stop bagi puree buah2an tp mak akan mix buah/sayur dgn brown rice/oats. Umair mmg semangat makan,excited sgt. Seronok mak tgk. Nanti mak masak sedap2 untuk umair ok. Azam mak tak mau bg umair makan nestum dan semua makanan segera yang ada kat pasaran tu. Semua makanan tu manis sgt sayang,tak elok untuk kesihatan umair untuk jangka ma

Umair 5m ++

lagi perkembangan buah hati pengarang jantung hatiku yang ingin aku khabarkan di sini... Umair dah 5 bulan lebih sekarang,dah tengah tumbuh 2 batang gigi dah.Comel jer! Patutlah sebelum ni anak mak ni asyik geli gusi,pantang jumpa benda asik nak gigit jer. Dan selalunya tangan dia mesti kat dlm mulut. Kadang2 sampai nangis anak mak sorang ni akibat kegelian yang melampau. Apa yang mak akan buat ialah basahkan kain lampin yang bersih dengan air suam yang panas sikit kemudian letak dalam mulut umair,baru la umair akan diam. Buah jati pengarang jantung mak juga dah mula nak merangkak. Dua hari lepas (4/7/2012) sempat juga mak tengok umair merangkak 2 langkah akibat terlalu teruja nak capai mainan power rangers yang boleh bergerak dan ada bunyi tu. Langkah ke 3 anak mak dah tersembam jatuh. Mujur tak terhantuk. Sekarang ni jugak,umair dah suka gigit muka dan tarik rambut orang. Yang selalu jadi mangsa ialah nani. Kedua mak la. Janggut bapa jugak menjadi kegemaran umair.Hehe. Sungguh c

Perkembangan Umair : 5 Bulan

Image
Alhamdulillah Umair dah masuk 5 bulan. Tadi ke klinik untuk mengambil suntikan. Umair excited sangat bila aku pakaikan dia baju dan siap2kan dia. Dia ingat nak pergi jalan2 la tu. Sampai ke klinik pun masih excited.Senyum tak sudah2.Tiba saat nak disuntik. Meraung sekejap je,lepas tu dah ok dah. Good boy! Ok, berat dia sekarang ialah 8kg. Aku mmg tak larat dukung dia lama2 especially kalau keluar. Sekejap je kat tangan aku lepas tu mesti pass kat suami. Hikhikk.Tinggi  dia pulak,erkkk...tak ingat la plak....ampun! Antara perkembangan Umair sekarang dah pandai buat macam2 bunyi. Kadang2, dia akan ikut bunyi yang kita buat. Lepas tu gelak2. Comel je. Dia kawan baik dengan nani dia sekarang ni. Pantang nampak nani nak suruh dukung. Senyum2 dan borak2 dengan nani. Kalau mak ada,manja je memanjang. Merengek2 manja.So cute! Dia dah tak sabar nak makan agaknya. Kalau kita makan depan dia,dia akan renung dalam2. Mungkin dia terfikir2 bila nak dapat makan agaknya.Hehe. Hari tu ada aku bagi

PJJ?Sanggup?

Tiba-tiba terfikir untuk menulis tentang topik ni. Bukan ape,tengah bosan2 kat ofis ni aku masuklah ratuhati.com. Ternampak topik pasal PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) Kalau ditanya mampu tak aku PJJ atau berjauhan dengan suami? Ohhh tidakk! Aku memang tak boleh berjauhan dengan suami aku walaupun seketika. Masa bekerja tu ok la kan. Melampau la kalau kata waktu kerja pun tak boleh berjauhan. Habis je kerja mmg tak sabar nak balik rumah,menanti suami.Rindu! Kalau suami keluar ke mana-mana atas urusan kerja/NGO, aku dah tertunggu-tunggu dah kat rumah.Rindu!Mula la aku membebel kat mak, mak aku senyum je la.Hehe.. Sejak berkahwin dah beberapa kali juga la suami aku terpaksa ke Tg. Malim/ Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Aku dan anak di rumah. Cuba bayangkan terpaksa berjauhan untuk beberapa hari!Tak mampu....:( Pertama kali berjauhan ialah masa aku mengandung 6/7 bulan, suami terpaksa ke Tg. Malim sebab ada kematian. Menangis2 aku. Tak sabar menanti kepulangan suami tercinta.Bila

Masih Segar Dalam Ingatanku...

****************************************** Tarikh Kenal Hubby 13/9/2010  (Hari Raya Kedua,Isnin) Tarikh Risik  30/10/2010  (Sabtu) Tarikh Tunang  18/12/2010 (Sabtu) Tarikh Nikah/Kahwin 18/03/2011  (Jumaat) Tarikh Lahirkan Umair 17/12/2011  (Sabtu) ****************************************** Semuanya berlaku dengan cepat. Tidak ku duga tidak ku sangka..  Mungkin inilah yang dinamakan jodoh dan rezeki.... Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. AturanNya sangat hebat... Alhamdulillah,selayaknya segala puji hanya untukNya. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim:7) Di tangan-Mu wahai ALLAH, segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. - Surah Al 'Imran, Ayat 26

Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Image
Bayi 5 Bulan Pejam celik, umair dah nak masuk 5 bulan 17/5/2012 nanti. Pantas sungguh masa berlalu. Malam tadi sebelum tidur tiba-tiba terkenang pengalaman melahirkan Umair.  Sepanjang mengandung keadaan aku memang sedikit lemah walaupun aku tak alami morning sickness seperti wanita lain. Awal kehamilan rasa sakit di bahagian bawah perut, rasa lemah, muntah-muntah, pening dan rasa nak tidur je. Pertengahan kehamilan, muntah-muntah mula hilang, kaki mula membengkak dengan hebatnya,kaki kejang memanjang, pening memanjang, badan sudah sedikit kuat. Akhir kehamilan,badan sudah kuat, sudah boleh memasak,bengkak kaki belum hilang, badan terasa sgt berat dan tak mampu nak bawak dah. Persamaan pada ketiga-tiga peringkat ialah : KELAPARAN yang tidak mampu ditahan dan BLEEDING.  Di bawah aku ringkaskan pengalaman saat2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan buah hati kesayangan kami Ahmad Umair Ahmad Zamri. 1/12/2012(Khamis) - Kandunganku baru masuk usia 34 minggu. Sewaktu di tempat kerj

Perkembangan Umair : 4 Bulan

Image
Semalam petang ketika berada di pejabat, ibu menelefon aku. Dalam hati sudah terdetik mesti panggilan ini membawa perkhabaran tentang anak aku. Memang tepat sekali! Rupanya Umair dah meniarap. Alhamdulillah syukur sangat2. Lagipun, aku dan suamiku tidak sabar menanti nak tengok Umair meniarap...dan akhirnya....Alhamdulillah syukur sgt2.  (Dalam hati ada sedikit rasa ralat tak dapat melihat kali pertama anakku meniarap,namun apakan daya.Lumrah ibu bekerjaya, seringkali kehilangan saat-saat manis melihat perkembangan dan perubahan anaknya) Selepas itu, aku dah tak sabar-sabar menanti pukul 5. Nak balik tgk Umair meniarap. Hehe. Dan bila balik,ibuku sudah sedia menanti di depan pintu. Umair bila dah nampak aku, terus lompat nak suruh aku dukung. Lepas tu tak nak balik kepada ibuku. Sungguh kelakar melihat situasi ini. Ibuku cuba memanggil 2/3 kali, namun tidak berjaya. Syabas mere beta! Lebih kurang pukul 8 mlm,Umair dah mula menunjukkan aksinya kepada aku dan suamiku. Namun dia tid

Ummu Umair in the house!

Image
Akhirnya setelah hampir 5 bulan aku tinggalkan blog ni kini aku kembali menulis. Bukan tak mahu menulis tp malas nak menulis dan takda masa untuk menulis. Masa aku kini lebih banyak dihabiskan dengan buah hati tersayang. Ya, aku dah selamat melahirkan putera yang dinamakan Ahmad Umair B. Ahmad Zamri tanggal 17/12/2011 lepas. Alhamdulillah tiada kata yang lebih tepat untuk diucapkan selain kata2 kesyukuran ke hadrat Allah atas segala anugerah dan kurnia. Dan aku telah bergelar ibu sekarang :) Sekarang mesti tak sabar2 nak jejak kaki kat rumah,rindu nak tatap muka anak.Rindu nak dukung,cium peluk anak. Sepanjang hari mesti terbayang2 muka anak.Terfikir pasal anak.Blues anak mula melanda aku! Disaat terpandang wajah anak yang penuh dgn senyuman, indah dan tenangnya jiwa ini. Hanya Allah Maha Mengetahui. Sugguh benar kata orang, anak memang penghibur jiwa duka lara. Ya Allah terima kasih atas anugerah ini. Doaku tidak putus semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh. Semoga