Tuesday, October 16, 2012

perkembangan umair : 10 bulan

Salam

Esok Umair genap 10 bulan,insyaAllah. Banyak sangat perkembangan Umair yang mengembirakan hati mak.

21/8/2012 - anak kesayangan mak telah ditimpa suatu kemalangan yang agak teruk. Sungguh sayu hati mak. Benda sudah berlaku hanya doa dpt mak panjangkan. Sejak peristiwa tu mmg mak dan ahli keluarga lain sgt berhati2 menjaga umair. dan mak pun dah seakan2 fobia. nauzubillah. moga Allah pelihara kesihatan dan juga keselamatan anak mak.

5/10/2012 - Alhamdulillah umair dah pandai duduk dan berdiri. merangkak pun dah smooth. tak sangka umair boleh melakukan dua benda dalam satu hari. syukur sangat2

dan sekarang selalu sgt la umair akan usaha berdiri lepas tu suka lepas tangan dan jatuh ke belakang. uissh,wisaunya mak. jadi, selalu lah kami semua kena escort umair ke mana pun arah tuju dia. Dan arini umair boleh stabilkan badan bila berdiri,satu perkembangan yang sangat baik. Mungkin dah nak berjalan kot. sebab tu yang demam semalam dan cirit. harap2 anak mak tak demam dah arini.

Sabtu lepas pulak (13/10/12) - 1st time mak dan atta bawak umair ke tepi laut ( Miami Beach kat Bt. Feringghi). mula2 tu umair mcm pelik. hehe. lepas tu main air. enjoy sangat. lepas tu umair masuk kereta je terus tidur. Letih sungguh anak mak. insyaAllah lepas ni mak bawak lagi ok!

vocab umair pun dah bertambah sekarang ni. "Kakk..kakkk" dan "ataa...ataaa". maksudnya hanya umair yang tau. sampaikan mak pun kdg2 umair panggil Kakk..kakkk. comel sangat ok!

makanan pulak dah bertambah lah variasi menunya. 10 bulan katakan :). dah boleh makan tanpa perlu di blend. Lega mak!hehe. favorite umair semestinya oats + kurma. penkek awal2 nak gak,lepas tu tak lalu dah . bubur nasi,alhamdulillah suka. ujian telur sedang dijalakan. setakat ni kuning telur alhamdulillah pass!kalau ujian telur dah pass seluruhnya, lagi bertambahlah menu2 umair. mak suka!

alhamdulillah, mak berjaya bg solid food untuk umair tanpa sikitpun menggunakan processed food spt cereal & seangkatan. gula dan garam pun BIG NO! mulut yang suka berkata2 dah kurang sikit. mungkin sebab jarang berjumpa kot. mak harap umair akan membesar dengan baik dan sihat tanpa makanan2 yang tak berfaedah spt tu. 

sejak pindah rumah. mak bangun seawal 6pg untuk sediakan makanan umair. walaupun kadang2 tak cukup tidur tp mak happy sangat sebab dpt sediakan makanan untuk umair. dan mak puas hati sebab mak boleh tentukan apa yang umair makan. dan insyaAllah kebersihan terjaga. 

umair dah tak nak duduk dalam stroller dah. ada je aksi dan tindakan dia. so bawak umair keluar pakai carrier je la. diam je dlm tu. dan kalau kat tempat makan dha boleh letak kat baby high chair. tak perlu dikendong lagi anak mak ni! dah jadi big boy dah. bagi duduk dlm high chair tu then bg apa2 kat tangan utk dimain, walla! mak n atta boleh makan dengan cukup selesa lagi.hihih. tp perhatian sepenuhnya hanya pada umair la.

dan umair memang budak yang sgt baik. kurang kerenah. jarang menangis tak tentu psl. kadang-kadang tu mak,nani dan perima letih tuh sbb umair sgt aktif. sentiasa ke hulur ke hilir,korek sana korek sini, tarik itu tarik ini pastu jilat. hehe. perkembangan yang sangat bagus utk umair. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah. semoga Allah sentiasa melindungi umair.

apa lagi? banyak lg cuma mak tak teringat dah. tu la jarang update abis lupa separuhnya! nak buat camne, ibu berkerjaya, busy memanjang!:-D