Posts

Showing posts from July, 2011

Pertama Kali Melihatnya

28/08/2011(Khamis) Pertama kali aku dan suamiku melihat bayi kami melalui imbasan ultrasound.Sangat gembira. Dan lega rasanya apabila dikhabarkan bayiku berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah,syukur yang tidak sudah ku panjatkan kepada Allah EDD dijangkakan 15 January 2012 nanti. Ya Allah permudahkanlah kehamilanku jua sahabat-sahabatku. Aamiin! Terima kasih abang sebab bawak saya scan ;-)

16 Minggu Sudah Usianya

Image
Hari ini sudah 16 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah setakat ini semuanya dimudahkan Allah dan semoga segalanya akan mudah bagiku sehingga ke akhirnya. Aamiin!  Tanggal 12 May 2011(Khamis) , aku terdetik untuk melakukan ujian UPT (Urine Pregnancy Test) setelah dua sahabat kesayanganku sah hamil.Apatah lagi didorong hebat oleh dr peribadiku yang sentiasa di sisiku,tak lain tak bukan Dr Rossy @ Cik Ros. Saat2 pertama hanya satu line yang muncul membuatkan aku kecewa sedikit. Tidak lama kemudian aku sudah mula nampak line kedua. Alhamdulillah,betapa syukurnya hatiku. Ujian UPT pertama yang aku lakukan setelah bernikah terus menampakkan dua line. Ini bermakna aku sudah hamil! Mengikut perkiraan tarikh,waktu ini aku hamil 5  minggu.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu. Terus aku khabarkan pada suamiku,keluargaku dan sahabat2 terdekatku. Nyata semuanya gembira menerima perkhabaran tersebut.Walaupun begitu, aku tidak meletakkan 100% keyakinan pada ujian tersebut. Aku sabar menanti untuk

Satu pagi di hari Jumaat

Image
Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada. lebih kurang beginilah mata suamiku Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata. Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut

Bila Jauh Terasa Rindu :(

Image
rindu...rindu serindu-rindunya....:( Sejak pukul 6 tadi suamiku telah pulang ke rumah kami jauh nun diseberang sana kerana selepas magrib suamiku dan kawan-kawanku akan ke Sg. Petani atas urusan dakwah. Semoga urusan dakwah mereka akan dipermudahkan Allah. Bila jauh begini hati sentiasa teringat suamiku. Terbayang wajahnya dan gurauannya. Mulalah rindu ini menguasai hati... Namun berpisah sekejap atas urusan agama,aku merelakan dengan hati yang terbuka. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku dan permudahkan semua urusannya. Aamiin!

Tentang aku dan si kecil

4.45 ptg  Baru selesai file VTO aku dan kerja mengajar aku. Penat! Sangat penat! Aku perlukan katil utk berbaring sekarang ini sebab sakit pinggang...dah berjalan-jalan sekejap untuk hilangkan sakit, tp bila duduk semula, terasa sakit...dan aku sekarang sangat penat! Dua tiga hari kebelakangan ini, tiba-tiba perut sebelah kanan akan terasa seolah mengeras. Kemudian akan berubah ke kiri. Lepas tu sunyi. Dan tiba-tiba akan terasa semula. Mulanya aku sangkakan sakit. Tp setelah membelek2 forum, ada yang cakap baby berubah kedudukan. Ada logiknya juga...Ya Allah lindungilah kandunganku... Oh ya, hari selesa lepas alhamdulillah aku berjaya untuk tidak muntah air gula walaupun hampir-hampir muntah. Tak larat den nak ulang balik minum air gula tu. Tp still kena minum jugak nanti....adehhhhh.... Mengenai perkembangan kandunganku, alhamdulillah sudah memasuki minggu ke 12. Menurut nurse yang memeriksan aku di klinik kesihatan, aku masih perlu berjaga-jaga dengan kandungan aku. Elakkan kerja

Gara-gara air gula...

Image
29 Jun 2011 (Rabu) Tepat pukul 7.30pg aku dah terpacak kat klinik kesihatan kawasan tempat tinggal aku untuk melakukan ujian kencing manis. 7.45pg baru pintu di buka, aku meluru masuk untuk meletakkan buku merah dalam bakul. Alhamdulillah, aku dapat no giliran yang paling pertama.Kebanyakkan nurse sudah pun sampai namun hanya bersedia untuk menjalankan tugas pada pukul 8.00 pg. Dengan sabar aku menanti giliran aku. Cepatlah...aku kena masuk office ni. Ikut hati aku nak je amik cuti tapi apakan daya,kerja swasta terpaksalah masuk kerja juga..sob...sob... 8.15 aku dipanggil masuk ke dalam bilik untuk di ambil darah. Macam biasa, terpaksa cucuk tiga tempat baru la darah keluar. Menurut nurse tu, urat aku kecil,so susah sikit nak cari urat.Alamatnya lepas ni setiap kali chekcup kena cucuk banyak2 kali la?wahhhhhhh..... Setelah darah di ambil, aku diberi 1 gelas air gula. Bayangkan, 1 cawan besar!Walla! Aku dengan penuh bergaya mengambil gelas itu lalu menghirup dengan perlahan-lahan. Hi