Posts

Showing posts with the label Artikel Islamic

Ada apa dengan hari Jumaat? Apa yang sunnah?

Image
Hari Jumaat, Hari Mulia Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 ) Sunnah-sunnah di hari Jumaat 1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846) 2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth) 3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada w...

KEKARUTAN SMS BERANGKAI

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu penyebaran surat berangkai yang berleluasa dikalangan kita?. Kini, dengan arus pemodenan yang melanda dunia, surat berangkai sudah menjadi 'out dated' dan diganti dengan SMS berangkai selari dengan arus kemajuan teknologi maklumat. Saya sendiri sudah beberapa kali menerima SMS berangkai tersebut daripada rakan-rakan Muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan yang terbaharu diterima pada minggu lepas. SMS-SMS tersebut berbunyi: 'jika anda mengsms (ayat-ayat seperti potongan surah Yasin atau nama-nama ALLAH yg ditaip di dalam SMS tersebut) kepada 7 orang (sesetengah 10 orang) maka anda akan mendapat berita gembira/kebaikan tidak lama lagi. Tetapi jikalau anda tak send atau delete SMS ini, maka anda akan ditimpa musibah'. Amat menyedihkan kerana ramai dikalangan kita masih mempercayai dan menyebar SMS-SMS seperti ini. Kenapakah ini  berlaku? Apakah yang menyebabkan kita mudah tertipu dengan perkara kar...

TUNAIKANLAH SOLAT WAHAI SAUDARA SAUDARI KU.

Wahai saudara saudari ku yang dikasihi ALLAH swt, tunaikanlah solat mu dengan ikhlas dan sempurna walau di mana jua engkau berada serta dalam apa situasi sekalipun kerana ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Solat membezakan antara diri mu sebagai seorang Muslim dengan non Muslim. Ketahuilah bahawa amalan mu yang pertama akan dihisab oleh ALLAH swt. di akhirat kelak adalah SOLAT. Rasulullah saw. pernah bersabda maksudnya: ’’ Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata ALLAH swt kepada para malaikat-Nya, dan ia Maha Mengetahui: ’Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah ALLAH swt.: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya.’ ’’ (Riwayat Abu Daud: hadis sahih). Wahai saudara saudari ku, pastikanlah solat mu ikhlas hanya kerana ALLAH sw...

Pesanan Buat Isteri dan Bakal Isteri

Image
Pesanan Umamah Binti Al-Haris kepada puterinya Ummu Ayyas Binti.... (http://farhamizah.blogspot.com/2010/03/pesanan-buat-isteri-atau-bakal-isteri.html) Wahai puteriku, sesungguhnya engkau berpisah dengan suasana yang darinya engkau keluar dan engkau berganti kehidupan, di dalamnya engkau naik kepada keluarga yang belum engkau kenal dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya. Ia dengan kekuasaannya menjadi pengawas dan raja atasmu, maka jadilah engkau sebagai abdi, niscaya ia menjadi abdimu pula. Peliharalah untuknya 10 perkara, niscaya ini akan menjadi kekayaan bagimu. Pertama dan kedua, tunduk kepadanya dengan qana’ah (merasa cukup) , serta mendengar dan patuh kepadanya. Ketiga dan keempat, memperhatikan mata dan hidungnya . Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu, dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum. Kelima dan keenam, memperhatikan tidur dan makannya. Karena terlambat makan akan bergejolak dan menggagalkan tidur itu memb...

Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

Image
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita . Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya. Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada...