Posts

Showing posts from May, 2012

Perkembangan Umair : 5 Bulan

Image
Alhamdulillah Umair dah masuk 5 bulan. Tadi ke klinik untuk mengambil suntikan. Umair excited sangat bila aku pakaikan dia baju dan siap2kan dia. Dia ingat nak pergi jalan2 la tu. Sampai ke klinik pun masih excited.Senyum tak sudah2.Tiba saat nak disuntik. Meraung sekejap je,lepas tu dah ok dah. Good boy! Ok, berat dia sekarang ialah 8kg. Aku mmg tak larat dukung dia lama2 especially kalau keluar. Sekejap je kat tangan aku lepas tu mesti pass kat suami. Hikhikk.Tinggi  dia pulak,erkkk...tak ingat la plak....ampun! Antara perkembangan Umair sekarang dah pandai buat macam2 bunyi. Kadang2, dia akan ikut bunyi yang kita buat. Lepas tu gelak2. Comel je. Dia kawan baik dengan nani dia sekarang ni. Pantang nampak nani nak suruh dukung. Senyum2 dan borak2 dengan nani. Kalau mak ada,manja je memanjang. Merengek2 manja.So cute! Dia dah tak sabar nak makan agaknya. Kalau kita makan depan dia,dia akan renung dalam2. Mungkin dia terfikir2 bila nak dapat makan agaknya.Hehe. Hari tu ada aku bagi

PJJ?Sanggup?

Tiba-tiba terfikir untuk menulis tentang topik ni. Bukan ape,tengah bosan2 kat ofis ni aku masuklah ratuhati.com. Ternampak topik pasal PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) Kalau ditanya mampu tak aku PJJ atau berjauhan dengan suami? Ohhh tidakk! Aku memang tak boleh berjauhan dengan suami aku walaupun seketika. Masa bekerja tu ok la kan. Melampau la kalau kata waktu kerja pun tak boleh berjauhan. Habis je kerja mmg tak sabar nak balik rumah,menanti suami.Rindu! Kalau suami keluar ke mana-mana atas urusan kerja/NGO, aku dah tertunggu-tunggu dah kat rumah.Rindu!Mula la aku membebel kat mak, mak aku senyum je la.Hehe.. Sejak berkahwin dah beberapa kali juga la suami aku terpaksa ke Tg. Malim/ Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Aku dan anak di rumah. Cuba bayangkan terpaksa berjauhan untuk beberapa hari!Tak mampu....:( Pertama kali berjauhan ialah masa aku mengandung 6/7 bulan, suami terpaksa ke Tg. Malim sebab ada kematian. Menangis2 aku. Tak sabar menanti kepulangan suami tercinta.Bila

Masih Segar Dalam Ingatanku...

****************************************** Tarikh Kenal Hubby 13/9/2010  (Hari Raya Kedua,Isnin) Tarikh Risik  30/10/2010  (Sabtu) Tarikh Tunang  18/12/2010 (Sabtu) Tarikh Nikah/Kahwin 18/03/2011  (Jumaat) Tarikh Lahirkan Umair 17/12/2011  (Sabtu) ****************************************** Semuanya berlaku dengan cepat. Tidak ku duga tidak ku sangka..  Mungkin inilah yang dinamakan jodoh dan rezeki.... Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. AturanNya sangat hebat... Alhamdulillah,selayaknya segala puji hanya untukNya. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim:7) Di tangan-Mu wahai ALLAH, segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. - Surah Al 'Imran, Ayat 26

Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Image
Bayi 5 Bulan Pejam celik, umair dah nak masuk 5 bulan 17/5/2012 nanti. Pantas sungguh masa berlalu. Malam tadi sebelum tidur tiba-tiba terkenang pengalaman melahirkan Umair.  Sepanjang mengandung keadaan aku memang sedikit lemah walaupun aku tak alami morning sickness seperti wanita lain. Awal kehamilan rasa sakit di bahagian bawah perut, rasa lemah, muntah-muntah, pening dan rasa nak tidur je. Pertengahan kehamilan, muntah-muntah mula hilang, kaki mula membengkak dengan hebatnya,kaki kejang memanjang, pening memanjang, badan sudah sedikit kuat. Akhir kehamilan,badan sudah kuat, sudah boleh memasak,bengkak kaki belum hilang, badan terasa sgt berat dan tak mampu nak bawak dah. Persamaan pada ketiga-tiga peringkat ialah : KELAPARAN yang tidak mampu ditahan dan BLEEDING.  Di bawah aku ringkaskan pengalaman saat2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan buah hati kesayangan kami Ahmad Umair Ahmad Zamri. 1/12/2012(Khamis) - Kandunganku baru masuk usia 34 minggu. Sewaktu di tempat kerj