Posts

TUPPERWARE : KATALOF AUGUST 2014

Image
Jom kawan-kawan, kita cuci mata tengok katalog bulan august 2014 ni. Kalau berkenan boleh la hubungi saya terus ek. Dan kalau ada yang nak beli katalog, sy ada sediakan juga. Harga yang cantik buat semua, insyaAllah :) Hubungi saya dengan segera...jangan lepaskan peluang keemasan ini 1)  FB Ummu Umair 2) Whatsapp : 0124003797 3) Email : sitihajarmajid83@gmail.com Wassalam

Promosi Syawal - Harga Meletop - Penjimatan berganda (sehingga 31Julai sahaja)

Image
Jom kita tengok promosi syawal tupperware.. 1) Inspire Fryer      Harga Retail RM523.50     Kebaikkan : 1. MULTIPURPOSE!! : Memasak nasi, merebus, menggoreng, mengukus, membakar. 2. Sebagai pressure cooker: Boleh empukkan daging dlm masa 20 mini t shj. 3. Boleh membakar kek 4. Jika masak ayam, daging ayam jadi moist dan tak kering. Begitu juga dgn daging. Juicy gitu. 5. Boleh juga buat nasi briyani, nasi bukhari, nasi lemak, nasi tomato dan segala jenis nasi. Nasi jd lembut sekata. 6. Dapat jimatkan gas,masa dan kos.      2) Rice Dispenser + Free Cozy Nest (Harga Retail RM77.10)     Harga Retail : RM260      Kebaikkan  1. Rekabentuk laci yang unik, cara mudah untuk mengeluarkan beras; 2. Lebih bersih, mengelakkan pencemaran sentuhan tangan; 3. Beras lama dikeluarkan dahulu, mengekalkan kesegaran beras; 4. Sekali tarik mengeluarkan 1 cawan beras (150g) tepat; 5. Saiz yang mud...

TUPPERWARE: KATALOG JULY 2014

Image
Katalog july 2014 sudah keluar 1July tempoh hari. Wah, cantik2 betul item-item kali ni. Rasa Nak beli semuanya... cantik-cantik kan? harga yang tertera kat katalog tu ialah harga retail. jika anda nak membeli dengan harga ahli yang mana jauh lebih murah, hubungi saya segera...25% discount you all...penjimatan yang sangat banyak Dan percayalah anda takkan rugi beli barangan tupperware sebab kualitinya sangat bagus...dan sangat sesuai utk dihadiahkan kepada yang tersayang... Ok...cara hubungi saya : 1) FB UMMU UMAIR 2) SMS/Whatsapp : 0124003797 3) Email : sitihajarmajid83@gmail.com Wassalam

Kembali dgn.tupperware

Assalamualaikum... Hai..hai saya kembali dengan satu misi yg baru...jeng..jeng..Nak tau ape? Alhamdulillah saya baru saja menjadi ahli tupperware yg baru. Jadi sy akan gunakan blog ini sebagai salah satu medium untuk mempromosikan item2 tupperware yang comel2 tu.. Stay tune guys...more update will come soon insyaallah..

Akhirnya....Aku Letak Jawatan!

Image
Jam tepat menunjukkan 3.23pm. Air cond kat office ni sejak smlm dah tak berfungsi,maka berpanasan lah kami di sini. Yang berfungsi hanya satu fan yang tak dapat berfungsi. Aduhai,apakah ini? Dahlah sekarang ni mmg musim panas,mlm2 mesti berpeluh2 mcm baru lepas jogging 10 pusingan. Dalam panas2 ni boleh pulak aku mengantuk kan? InsyaAllah, awal bulan depan aku   akan bergelar surirumah sepenuh masa. Keputusan ini terpaksa diambil sbb ibu kesayangan tak dapat jaga umair dah atas faktor kesihatan beliau. Nak hantar umair kat pengasuh, hati tak merelakan. sebab lebih suka umair membesar di tangan aku/bapanya ataupun ibu aku sendiri. lagipun umair pun tak nak dengan orang. So, keputusan ini telah diambil dengan rela hati demi ibu dan anak kesayanganku.  Gembira sebab dapat menajaga anakku sepenuh masa dan dapat meringankan beban ibu yang semakin tua. gembira sebab tak perlu takut2 untuk ambik cuti dah. rasa seperti merdeka :) Tapi kerisauan tu tetap ada, terpaksa be...

Umair : 1 Tahun

Image
sedikit perkembangan umair bila dah masuk setahun. alhamdulillah dah boleh jalan dah. memanjat pun dah berjaya dah. sungguh aktif budak kecik seorang ni. mentang2 dah boleh berjalan, memanjang berjalan ja kerja dia. sungguh comel anak mak seorang ni. sekarang ni kalau balik dr keja ja mesti nani complain,umair buat tu umair buat ni..pinggan pecah, minyak tumpah, air tumpah, dan mcm2 lg...mak hanya mampu tersenyum sbb mak rasa sgt comel. tp kalau mak dlm situasi tu mesti rasa geram ja..haha! umair syg, moga membesar menjadi anak yang soleh.aamiin!

perkembangan umair : 10 bulan

Salam Esok Umair genap 10 bulan,insyaAllah. Banyak sangat perkembangan Umair yang mengembirakan hati mak. 21/8/2012 - anak kesayangan mak telah ditimpa suatu kemalangan yang agak teruk. Sungguh sayu hati mak. Benda sudah berlaku hanya doa dpt mak panjangkan. Sejak peristiwa tu mmg mak dan ahli keluarga lain sgt berhati2 menjaga umair. dan mak pun dah seakan2 fobia. nauzubillah. moga Allah pelihara kesihatan dan juga keselamatan anak mak. 5/10/2012 - Alhamdulillah umair dah pandai duduk dan berdiri. merangkak pun dah smooth. tak sangka umair boleh melakukan dua benda dalam satu hari. syukur sangat2 dan sekarang selalu sgt la umair akan usaha berdiri lepas tu suka lepas tangan dan jatuh ke belakang. uissh,wisaunya mak. jadi, selalu lah kami semua kena escort umair ke mana pun arah tuju dia. Dan arini umair boleh stabilkan badan bila berdiri,satu perkembangan yang sangat baik. Mungkin dah nak berjalan kot. sebab tu yang demam semalam dan cirit. harap2 anak mak tak demam...

Umair mengamuk!

Image
12/07/2012 - Khamis Umair sayangku, semalam mak dan atta penat sangat,seharian mencari rumah sewa. Kita cari rumah sewa sebab rumah kita nak dijual dan kita nak pindah ke penang terus. Ya la,mak dan atta dua2 keja sini,umair pun nani jaga kan. Jadi,senang sikit kalau kita dok penang je.  Setelah seharian mencari penat memang terkata. Sampai waktu tidur,umair dah tidur pun lebih kurang pukul 10 mlm. Tapi mak minta atta tlg tukarkan diapers umair. tiba-tiba umair terjaga dan kencing atas katil.Mengamuk2. Entah kenapa?. Aduyai sayang,kenapa camtu. Dah lah penat nak keluarkan cadar,basuh tempat kencing,salin baju umair lg. Mujur atta ada,byk menolong.  Tapi kita tak boleh tidur atas katil tu sebab masih basah. Jadi mak buat tempat tidur di bilik sebelah. Umair masih mengamuk2 lagi. Letak buai tak nak,letak bawah tak nak. Dah bagi susu pun tak nak. Sampai nani pun dah bangun. Kesian nani. Dah pujuk2 umair mak masukkan balik dalam buai. Tidur jap,then nangis2 semula. Aduyai,m...

air tangan mak

Image
Umair sayangku,selalunya hari bekerja mak akn bangun pukul 6. Masa tu juga umair dah bangun nak susu. Mak bg susu kat umair kemudian mak akan solat. Lepas solat mak akan mula menyediakan makanan untuk Umair. Kemudian suap umair,lepas tu mak kena cpt2 siap untuk ke kerja. Pagi2 memang dah aktif dan sedikit penat. Sedikit je. Akibat tergesa2. Tp mak puas sebab dpt sediakan makanan yang sihat untuk umair. Dan yang paling penting umair makan air tangan mak! Sampai sekarang mak dah perkenalkan umair dengan brown rice,oats,puree pear,brown rice+pear,brown rice+carrot dan juga oats+papaya . Masa mak perkenalkan umair dengan puree pear umair dah batuk2,jadi mak stop bagi puree buah2an tp mak akan mix buah/sayur dgn brown rice/oats. Umair mmg semangat makan,excited sgt. Seronok mak tgk. Nanti mak masak sedap2 untuk umair ok. Azam mak tak mau bg umair makan nestum dan semua makanan segera yang ada kat pasaran tu. Semua makanan tu manis sgt sayang,tak elok untuk kesihatan umair untuk jangka ma...

Umair 5m ++

lagi perkembangan buah hati pengarang jantung hatiku yang ingin aku khabarkan di sini... Umair dah 5 bulan lebih sekarang,dah tengah tumbuh 2 batang gigi dah.Comel jer! Patutlah sebelum ni anak mak ni asyik geli gusi,pantang jumpa benda asik nak gigit jer. Dan selalunya tangan dia mesti kat dlm mulut. Kadang2 sampai nangis anak mak sorang ni akibat kegelian yang melampau. Apa yang mak akan buat ialah basahkan kain lampin yang bersih dengan air suam yang panas sikit kemudian letak dalam mulut umair,baru la umair akan diam. Buah jati pengarang jantung mak juga dah mula nak merangkak. Dua hari lepas (4/7/2012) sempat juga mak tengok umair merangkak 2 langkah akibat terlalu teruja nak capai mainan power rangers yang boleh bergerak dan ada bunyi tu. Langkah ke 3 anak mak dah tersembam jatuh. Mujur tak terhantuk. Sekarang ni jugak,umair dah suka gigit muka dan tarik rambut orang. Yang selalu jadi mangsa ialah nani. Kedua mak la. Janggut bapa jugak menjadi kegemaran umair.Hehe. Sungguh c...

Perkembangan Umair : 5 Bulan

Image
Alhamdulillah Umair dah masuk 5 bulan. Tadi ke klinik untuk mengambil suntikan. Umair excited sangat bila aku pakaikan dia baju dan siap2kan dia. Dia ingat nak pergi jalan2 la tu. Sampai ke klinik pun masih excited.Senyum tak sudah2.Tiba saat nak disuntik. Meraung sekejap je,lepas tu dah ok dah. Good boy! Ok, berat dia sekarang ialah 8kg. Aku mmg tak larat dukung dia lama2 especially kalau keluar. Sekejap je kat tangan aku lepas tu mesti pass kat suami. Hikhikk.Tinggi  dia pulak,erkkk...tak ingat la plak....ampun! Antara perkembangan Umair sekarang dah pandai buat macam2 bunyi. Kadang2, dia akan ikut bunyi yang kita buat. Lepas tu gelak2. Comel je. Dia kawan baik dengan nani dia sekarang ni. Pantang nampak nani nak suruh dukung. Senyum2 dan borak2 dengan nani. Kalau mak ada,manja je memanjang. Merengek2 manja.So cute! Dia dah tak sabar nak makan agaknya. Kalau kita makan depan dia,dia akan renung dalam2. Mungkin dia terfikir2 bila nak dapat makan agaknya.Hehe. Hari tu ada aku ...

PJJ?Sanggup?

Tiba-tiba terfikir untuk menulis tentang topik ni. Bukan ape,tengah bosan2 kat ofis ni aku masuklah ratuhati.com. Ternampak topik pasal PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) Kalau ditanya mampu tak aku PJJ atau berjauhan dengan suami? Ohhh tidakk! Aku memang tak boleh berjauhan dengan suami aku walaupun seketika. Masa bekerja tu ok la kan. Melampau la kalau kata waktu kerja pun tak boleh berjauhan. Habis je kerja mmg tak sabar nak balik rumah,menanti suami.Rindu! Kalau suami keluar ke mana-mana atas urusan kerja/NGO, aku dah tertunggu-tunggu dah kat rumah.Rindu!Mula la aku membebel kat mak, mak aku senyum je la.Hehe.. Sejak berkahwin dah beberapa kali juga la suami aku terpaksa ke Tg. Malim/ Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Aku dan anak di rumah. Cuba bayangkan terpaksa berjauhan untuk beberapa hari!Tak mampu....:( Pertama kali berjauhan ialah masa aku mengandung 6/7 bulan, suami terpaksa ke Tg. Malim sebab ada kematian. Menangis2 aku. Tak sabar menanti kepulangan suami tercinta.Bila ...

Masih Segar Dalam Ingatanku...

****************************************** Tarikh Kenal Hubby 13/9/2010  (Hari Raya Kedua,Isnin) Tarikh Risik  30/10/2010  (Sabtu) Tarikh Tunang  18/12/2010 (Sabtu) Tarikh Nikah/Kahwin 18/03/2011  (Jumaat) Tarikh Lahirkan Umair 17/12/2011  (Sabtu) ****************************************** Semuanya berlaku dengan cepat. Tidak ku duga tidak ku sangka..  Mungkin inilah yang dinamakan jodoh dan rezeki.... Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. AturanNya sangat hebat... Alhamdulillah,selayaknya segala puji hanya untukNya. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim:7) Di tangan-Mu wahai ALLAH, segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. - Surah Al 'Imran, Ayat 26

Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Image
Bayi 5 Bulan Pejam celik, umair dah nak masuk 5 bulan 17/5/2012 nanti. Pantas sungguh masa berlalu. Malam tadi sebelum tidur tiba-tiba terkenang pengalaman melahirkan Umair.  Sepanjang mengandung keadaan aku memang sedikit lemah walaupun aku tak alami morning sickness seperti wanita lain. Awal kehamilan rasa sakit di bahagian bawah perut, rasa lemah, muntah-muntah, pening dan rasa nak tidur je. Pertengahan kehamilan, muntah-muntah mula hilang, kaki mula membengkak dengan hebatnya,kaki kejang memanjang, pening memanjang, badan sudah sedikit kuat. Akhir kehamilan,badan sudah kuat, sudah boleh memasak,bengkak kaki belum hilang, badan terasa sgt berat dan tak mampu nak bawak dah. Persamaan pada ketiga-tiga peringkat ialah : KELAPARAN yang tidak mampu ditahan dan BLEEDING.  Di bawah aku ringkaskan pengalaman saat2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan buah hati kesayangan kami Ahmad Umair Ahmad Zamri. 1/12/2012(Khamis) - Kandunganku baru masuk usia 34 minggu. Sewaktu di te...

Perkembangan Umair : 4 Bulan

Image
Semalam petang ketika berada di pejabat, ibu menelefon aku. Dalam hati sudah terdetik mesti panggilan ini membawa perkhabaran tentang anak aku. Memang tepat sekali! Rupanya Umair dah meniarap. Alhamdulillah syukur sangat2. Lagipun, aku dan suamiku tidak sabar menanti nak tengok Umair meniarap...dan akhirnya....Alhamdulillah syukur sgt2.  (Dalam hati ada sedikit rasa ralat tak dapat melihat kali pertama anakku meniarap,namun apakan daya.Lumrah ibu bekerjaya, seringkali kehilangan saat-saat manis melihat perkembangan dan perubahan anaknya) Selepas itu, aku dah tak sabar-sabar menanti pukul 5. Nak balik tgk Umair meniarap. Hehe. Dan bila balik,ibuku sudah sedia menanti di depan pintu. Umair bila dah nampak aku, terus lompat nak suruh aku dukung. Lepas tu tak nak balik kepada ibuku. Sungguh kelakar melihat situasi ini. Ibuku cuba memanggil 2/3 kali, namun tidak berjaya. Syabas mere beta! Lebih kurang pukul 8 mlm,Umair dah mula menunjukkan aksinya kepada aku dan suamiku. Namun dia...

Ummu Umair in the house!

Image
Akhirnya setelah hampir 5 bulan aku tinggalkan blog ni kini aku kembali menulis. Bukan tak mahu menulis tp malas nak menulis dan takda masa untuk menulis. Masa aku kini lebih banyak dihabiskan dengan buah hati tersayang. Ya, aku dah selamat melahirkan putera yang dinamakan Ahmad Umair B. Ahmad Zamri tanggal 17/12/2011 lepas. Alhamdulillah tiada kata yang lebih tepat untuk diucapkan selain kata2 kesyukuran ke hadrat Allah atas segala anugerah dan kurnia. Dan aku telah bergelar ibu sekarang :) Sekarang mesti tak sabar2 nak jejak kaki kat rumah,rindu nak tatap muka anak.Rindu nak dukung,cium peluk anak. Sepanjang hari mesti terbayang2 muka anak.Terfikir pasal anak.Blues anak mula melanda aku! Disaat terpandang wajah anak yang penuh dgn senyuman, indah dan tenangnya jiwa ini. Hanya Allah Maha Mengetahui. Sugguh benar kata orang, anak memang penghibur jiwa duka lara. Ya Allah terima kasih atas anugerah ini. Doaku tidak putus semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh. Semoga...

Tendangan Pertama

"Wahai Robb kami, karuniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Al Furqon: 74)   24/8/2011 bersamaan 24 ramadhan, masa aku sedang terbaring keletihan selepas solat maghrib tiba-tiba terasa ada benda bergerak dalam perut.Wahhh,babyku sudah mula bergerak. 2/3 minit selepas tu,mula terasa tendangannya yang pertama. Ya Allah, sungguh indah perasaan itu. Baby semakin aktif dari sehari ke sehari. Setiap hari mesti ternanti-nanti tendangannya.Dan sekarang dah makin kerap tendangannya. Kadangkala,kuat sehinggakan bila tangan diletakkan atas perut boleh dirasa tendangan tu. Kadangkala,lembut je tendangannya. Kadangkala, kalau terdengar suara bapanya, terus boleh terasa tendangannya,dah boleh cam suara bapa kot ek baby...bagus2 :D Sekarang usianya sudah menjangkau 22 minggu. Ya Allah lindungilah dirinya.... 22 weeks --> At 11 inches ( the length of a spaghetti squash )...

Pertama Kali Melihatnya

28/08/2011(Khamis) Pertama kali aku dan suamiku melihat bayi kami melalui imbasan ultrasound.Sangat gembira. Dan lega rasanya apabila dikhabarkan bayiku berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah,syukur yang tidak sudah ku panjatkan kepada Allah EDD dijangkakan 15 January 2012 nanti. Ya Allah permudahkanlah kehamilanku jua sahabat-sahabatku. Aamiin! Terima kasih abang sebab bawak saya scan ;-)

16 Minggu Sudah Usianya

Image
Hari ini sudah 16 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah setakat ini semuanya dimudahkan Allah dan semoga segalanya akan mudah bagiku sehingga ke akhirnya. Aamiin!  Tanggal 12 May 2011(Khamis) , aku terdetik untuk melakukan ujian UPT (Urine Pregnancy Test) setelah dua sahabat kesayanganku sah hamil.Apatah lagi didorong hebat oleh dr peribadiku yang sentiasa di sisiku,tak lain tak bukan Dr Rossy @ Cik Ros. Saat2 pertama hanya satu line yang muncul membuatkan aku kecewa sedikit. Tidak lama kemudian aku sudah mula nampak line kedua. Alhamdulillah,betapa syukurnya hatiku. Ujian UPT pertama yang aku lakukan setelah bernikah terus menampakkan dua line. Ini bermakna aku sudah hamil! Mengikut perkiraan tarikh,waktu ini aku hamil 5  minggu.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu. Terus aku khabarkan pada suamiku,keluargaku dan sahabat2 terdekatku. Nyata semuanya gembira menerima perkhabaran tersebut.Walaupun begitu, aku tidak meletakkan 100% keyakinan pada ujian tersebut. Aku sabar menan...

Satu pagi di hari Jumaat

Image
Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada. lebih kurang beginilah mata suamiku Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata. Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut...