Posts

Kita adalah Kuntum Mawar

Image
Perkongsian yang bermanfaat buat Muslimah yang dipetik dari blog UmmuHusna.Artikel yang panjang,namun harap kalian sudi meluangkan masa untuk membacanya dan mengambil iktibar :) P erkara-perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah/wanita sebelum mengenakan sebarang alat solekan pada wajah : 1) Bahan solekan adalah halal dan tidak m emudaratkan. 2) Bersolek bukan untuk tujuan menggoda atau mendapat pujian lelaki atau bagi menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri. 3) Penggunaan pelembab bibir, losyen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit dari kekeringan, rekahan dan lain-lain. 4) Tidak mengubah mana-mana bahagian pada anggota tubuh semula jadi ( iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan ) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindik pada lidah, bibir dan sebagainya. 5) Hendaklah tidak mengambil khidmat juru solek berlainan jantina dan bukan mahram. 6) Tidak...

Tiga Bulan Yang Lalu...

Salam penuh keceriaan dari cik siti buat semua :) Sudah 3 bulan rupanya cik siti tak update apa2 entry kat sini.almaklumlah kesibukan yang melanda diri ini.ke buat-buat bz je cik siti?:D beberapa update ringkas sepanjang 3 bulan "kesenyapan" cik siti : 1)Sept 2010 busy menyambut raya. raya yang meriah bersama family aku.dan ku kira raya yang bermakna juga. bermakna kerana apa?biarlah cik siti je yang tahu jawapannya ;) 2)Oktober 2010 kawan baik cik siti,nur zahidah abdul latif telah selamat menjadi zaujah kepada fairuzahari.di hati sedikit sedih sebab tak dpt attend pernikahan dorang. namun, insyaAllah cik siti akan berusaha utk hadir ke kenduri yang akan diadakan 18/12/2010 nanti. ida, i am very happy for u. mga rumahtangga kalian dirahmati Allah,dan kekal bahagia hingga ke akhirnya.ameen ya Allah :) dan soal keja,batch baru sudah memulakan pengajian.mcm biasa setiap batch dgn ragam masing2.akan dikhabarkan pada kalian ceritera batch baru dalam entry akan datang.kalau ada en...

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Image
Merdeka!Merdeka!Merdeka! niat di hati untuk menulis tentang hal lain tp malas pulak rasanya untuk berfikir. jadi aku memutuskan hanya untuk menulis post kosong mengisi kemalasan dan keboringan aku di kala ini. sebenarnya aku tengah menyiapkan kertas soalan peperiksaan. penat otak ni. dalam malas2 mampu juga aku siapkan kertas soalan ni. dah hampir siap. alhamdulillah... dan kita sudah pun berada di hujung ramadhan. malam 10 terakhir yang perlu kita kejar malam lailatul qadr padanya. moga2 diberi kekuatan dan kemampuan untuk mengerjakan ibadah semaksima mungkin.ameen! oh ya,esok cuti. cuti merdeka. salam merdeka buat kalian. semakin usia menginjak dewasa semakin kita memahami erti kemerdekaan yang sebenar. mudah-mudahan kita akan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. merdeka menurut definisi masing-masing namun perlu dalam lingkungan yang ditetapkan oleh syara' errrrmmmmmm......apa agaknya juadah berbuka hari ini? sebelum ke kerja mak aku cakap nak buat bihun goreng.yummy!bihun ...

15 Ramadhan sudah....

Daripada Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah SAW : "barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa - dosanya yang telah lalu" - Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi Pejam celik pejam celik,dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Sekejap je. Dan rasa sangat sayang utk melepaskan ramadhan ni.Sebab ketenangan yang aku dpt dalam bulan istimewa ini sangat susah utk didapati dalam bulan2 lain....dan kalau diberi peluang,aku ingin terus memilih untuk terus berada dalam bulan ini Dan bercerita pasal ramadhan,alhamdulillah waktu berbuka diraikan dengan serba sederhana tanpa pembaziran.selalunya satu menu sahaja.ye la,aku dan mak aku je pun. makan nasi pun kdg2 rasa nak muntah je.so, aku prefer something yang ringan seperti kuih muih.tp mesti kena paksa makan nasi...as usual! Oh yer!baju raya aku sepasang je ek tahun ni. Mmg takde masa dan tak mood utk prepare ape2(seperti tahun2 lepas gak). 4/5 tahun kebelakangan ni mmg...

Rindu Tidak Tertahan Lagi

Image
Ya Allah,sesungguhnya kerinduan ini tidak tertahan lagi,tidak mampu dibendung lagi...dan sesungguhnya aku amat rindu... Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.- Taha :14

Man Jadda,Wajada

"Memenatkan!" Itulah ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan apa yang aku rasaka 2 hari lepas. Aku dihantar oleh tempat kerjaku untuk menghadiri kelas VTO di Bukit Mertajam bersama seorang lagi rakan sekerjaku. Dari rumah aku perlu menaiki bas untuk ke jeti.Kemudian redah jalan yang curam untuk menaiki feri.Sampai di jeti Seberang Prai, aku perlu naik bas untuk ke Bukit Mertajam. Lebih kurang 40-50 minit,baru akan sampai ke destinasinya. Hari pertama,aku sudah hampir menangis. Dengan sakit kepala yang kerapkali menyerang tidak kena masa. Aku hampir2 patah semangat. Baru 2 hari. Tapi aku perlu tempuhi keadaan sebegini 3 bulan lagi. Adakah wajar aku mengalah secepat ini? Dan cepat mengalah,bukanlah tabiat aku. Astaghfirullah.Aku segera beristighfar seraya memanjatkan doa yang tidak putus. "Ya Allah,kuatkanlah aku dalam mujahadah ini ".... Tiada apa yang mudah untuk diperoleh dalam dunia ini selain kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah arab ...

Seminggu sudah berlalu

Image
Seminggu cuti sudah berlalu.Seminggu yang aku impikan utk berehat dan mengemas rumah. tp rupanya Allah telah sediakan agenda yang lain untuk aku. Seminggu cuti aku,berakhir di hospital. dan aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan insan-insan disekeliling aku. Sekurang-kurangnya ibuku dapat berehat dengan tenang di hospital dan mendapat penjagaan rapi dari staff nurse di sana. Dan banyak lagi yang aku rasa aku perlu luahkan di sini.tp hati tidak mengizinkan. lebih selamat dan lebih baik dipendamkan sahaja. sebab bila sekali diluahkan,ianya akan mempengaruhi emosi dan tindakan aku. dan...aku yakin semuanya akan berakhir dengan baik. semua dugaan yang datang,tandanya Allah sayangkan aku. dan semua dugaan membuatkan aku semakin sedar,hanya Allah sebaik2 tempat mengadu dan sebaik2 tempat berharap. Hanya DIA sumber kebahagiaan aku.Hanya DIA sumber ketenangan aku. Hanya DIA sumber keceriaan aku. Satu ketika aku pernah bergantung kepada insan2 lain untuk menceriakan aku.ins...