Posts

Ummu Umair in the house!

Image
Akhirnya setelah hampir 5 bulan aku tinggalkan blog ni kini aku kembali menulis. Bukan tak mahu menulis tp malas nak menulis dan takda masa untuk menulis. Masa aku kini lebih banyak dihabiskan dengan buah hati tersayang. Ya, aku dah selamat melahirkan putera yang dinamakan Ahmad Umair B. Ahmad Zamri tanggal 17/12/2011 lepas. Alhamdulillah tiada kata yang lebih tepat untuk diucapkan selain kata2 kesyukuran ke hadrat Allah atas segala anugerah dan kurnia. Dan aku telah bergelar ibu sekarang :) Sekarang mesti tak sabar2 nak jejak kaki kat rumah,rindu nak tatap muka anak.Rindu nak dukung,cium peluk anak. Sepanjang hari mesti terbayang2 muka anak.Terfikir pasal anak.Blues anak mula melanda aku! Disaat terpandang wajah anak yang penuh dgn senyuman, indah dan tenangnya jiwa ini. Hanya Allah Maha Mengetahui. Sugguh benar kata orang, anak memang penghibur jiwa duka lara. Ya Allah terima kasih atas anugerah ini. Doaku tidak putus semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh. Semoga...

Tendangan Pertama

"Wahai Robb kami, karuniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Al Furqon: 74)   24/8/2011 bersamaan 24 ramadhan, masa aku sedang terbaring keletihan selepas solat maghrib tiba-tiba terasa ada benda bergerak dalam perut.Wahhh,babyku sudah mula bergerak. 2/3 minit selepas tu,mula terasa tendangannya yang pertama. Ya Allah, sungguh indah perasaan itu. Baby semakin aktif dari sehari ke sehari. Setiap hari mesti ternanti-nanti tendangannya.Dan sekarang dah makin kerap tendangannya. Kadangkala,kuat sehinggakan bila tangan diletakkan atas perut boleh dirasa tendangan tu. Kadangkala,lembut je tendangannya. Kadangkala, kalau terdengar suara bapanya, terus boleh terasa tendangannya,dah boleh cam suara bapa kot ek baby...bagus2 :D Sekarang usianya sudah menjangkau 22 minggu. Ya Allah lindungilah dirinya.... 22 weeks --> At 11 inches ( the length of a spaghetti squash )...

Pertama Kali Melihatnya

28/08/2011(Khamis) Pertama kali aku dan suamiku melihat bayi kami melalui imbasan ultrasound.Sangat gembira. Dan lega rasanya apabila dikhabarkan bayiku berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah,syukur yang tidak sudah ku panjatkan kepada Allah EDD dijangkakan 15 January 2012 nanti. Ya Allah permudahkanlah kehamilanku jua sahabat-sahabatku. Aamiin! Terima kasih abang sebab bawak saya scan ;-)

16 Minggu Sudah Usianya

Image
Hari ini sudah 16 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah setakat ini semuanya dimudahkan Allah dan semoga segalanya akan mudah bagiku sehingga ke akhirnya. Aamiin!  Tanggal 12 May 2011(Khamis) , aku terdetik untuk melakukan ujian UPT (Urine Pregnancy Test) setelah dua sahabat kesayanganku sah hamil.Apatah lagi didorong hebat oleh dr peribadiku yang sentiasa di sisiku,tak lain tak bukan Dr Rossy @ Cik Ros. Saat2 pertama hanya satu line yang muncul membuatkan aku kecewa sedikit. Tidak lama kemudian aku sudah mula nampak line kedua. Alhamdulillah,betapa syukurnya hatiku. Ujian UPT pertama yang aku lakukan setelah bernikah terus menampakkan dua line. Ini bermakna aku sudah hamil! Mengikut perkiraan tarikh,waktu ini aku hamil 5  minggu.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu. Terus aku khabarkan pada suamiku,keluargaku dan sahabat2 terdekatku. Nyata semuanya gembira menerima perkhabaran tersebut.Walaupun begitu, aku tidak meletakkan 100% keyakinan pada ujian tersebut. Aku sabar menan...

Satu pagi di hari Jumaat

Image
Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada. lebih kurang beginilah mata suamiku Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata. Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut...

Bila Jauh Terasa Rindu :(

Image
rindu...rindu serindu-rindunya....:( Sejak pukul 6 tadi suamiku telah pulang ke rumah kami jauh nun diseberang sana kerana selepas magrib suamiku dan kawan-kawanku akan ke Sg. Petani atas urusan dakwah. Semoga urusan dakwah mereka akan dipermudahkan Allah. Bila jauh begini hati sentiasa teringat suamiku. Terbayang wajahnya dan gurauannya. Mulalah rindu ini menguasai hati... Namun berpisah sekejap atas urusan agama,aku merelakan dengan hati yang terbuka. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku dan permudahkan semua urusannya. Aamiin!

Tentang aku dan si kecil

4.45 ptg  Baru selesai file VTO aku dan kerja mengajar aku. Penat! Sangat penat! Aku perlukan katil utk berbaring sekarang ini sebab sakit pinggang...dah berjalan-jalan sekejap untuk hilangkan sakit, tp bila duduk semula, terasa sakit...dan aku sekarang sangat penat! Dua tiga hari kebelakangan ini, tiba-tiba perut sebelah kanan akan terasa seolah mengeras. Kemudian akan berubah ke kiri. Lepas tu sunyi. Dan tiba-tiba akan terasa semula. Mulanya aku sangkakan sakit. Tp setelah membelek2 forum, ada yang cakap baby berubah kedudukan. Ada logiknya juga...Ya Allah lindungilah kandunganku... Oh ya, hari selesa lepas alhamdulillah aku berjaya untuk tidak muntah air gula walaupun hampir-hampir muntah. Tak larat den nak ulang balik minum air gula tu. Tp still kena minum jugak nanti....adehhhhh.... Mengenai perkembangan kandunganku, alhamdulillah sudah memasuki minggu ke 12. Menurut nurse yang memeriksan aku di klinik kesihatan, aku masih perlu berjaga-jaga dengan kandungan aku. Elakkan ke...