Monday, July 19, 2010

Man Jadda,Wajada

"Memenatkan!" Itulah ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan apa yang aku rasaka 2 hari lepas. Aku dihantar oleh tempat kerjaku untuk menghadiri kelas VTO di Bukit Mertajam bersama seorang lagi rakan sekerjaku. Dari rumah aku perlu menaiki bas untuk ke jeti.Kemudian redah jalan yang curam untuk menaiki feri.Sampai di jeti Seberang Prai, aku perlu naik bas untuk ke Bukit Mertajam. Lebih kurang 40-50 minit,baru akan sampai ke destinasinya.

Hari pertama,aku sudah hampir menangis. Dengan sakit kepala yang kerapkali menyerang tidak kena masa. Aku hampir2 patah semangat. Baru 2 hari. Tapi aku perlu tempuhi keadaan sebegini 3 bulan lagi. Adakah wajar aku mengalah secepat ini? Dan cepat mengalah,bukanlah tabiat aku. Astaghfirullah.Aku segera beristighfar seraya memanjatkan doa yang tidak putus. "Ya Allah,kuatkanlah aku dalam mujahadah ini"....

Tiada apa yang mudah untuk diperoleh dalam dunia ini selain kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah arab "Man Jadda,Wajada" yang bermaksud, "siapa berusaha akan berjaya" .

Dan langkah ini pasti akan diteruskan dengan penuh sabar dan tekad. Ya Allah, semoga Engkau bersama dengan hambaMU dalam setiap langkah dan hayunan kakiku.

...... sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.. (QS. 2:153)

notakaki : at least dapat merasa perasaan kembali menjadi student ;-)