Posts

Showing posts with the label Dedikasi

Menjangkau usia 28

Image
Genap seminggu lalu (15/5/11) merupakan hari lahir cik siti yang ke 28. Alhamdulilla, banyak kegembiraan,nikmat dan rezeki yang Allah augerahkan buat diri cik siti. Alhamdulillah :) Diam tak diam, dah 28 rupanya umur cik siti yer. Br. Sadry selalu cakap, age is just a number,yang penting hati sentiasa muda. Lebih kurang gitulah kata salah seorang lecturer cik siti kat uia dulu. Patutlah cik siti sentiasa rasa muda sebab jiwa sentiasa muda.Perasan!hihi Ok...kali ni dapat 3 hadiah  daripada 3 insan istimewa : 1) Handbag dari suami tercinta. Terima kasih dear hubby, love the handbag very much ;-) 2) Dpt LCD TV dan yuran langganan ASTRO dari ibu tercinta.Unexpected. Thanx Mom :) 3) Dpt kain pasang ela dari mohhabatein tercinta, ibu razin. Sangat sweet dan cantik. Thank You cik ros,i lap u la...kuikuik 4) Dpt sebuah buku bertajuk "Siti Hajar" daripada seorang lagi mohabbatein kesayangan,wani. So sweet! TQ wani....:) Ehhh,lupa lak.Ada satu lagi hadiah teristimewa dari Allah b...

Repost : Secangkir Madah Buat Sahabat

Image
Suara- suara itu Aku amat merindui suara-suara itu Suara-suara nakal  mengusikku Suara-suara  keceriaan Suara-suara kegembiraan Suara-suara itu Aku amat merindui suara-suara itu Suara-suara yang  menemani aku kala sukaku dan dukaku Suara-suara yang tidak penah jemu menasihatiku Suara-suara yang sentiasa membisikkan keyakinan Suara-suara yang teguh memberi harapan Kini aku rindu lagi pada suara-suara itu Suara-suara yang kadangkala melemahkan semangatku Suara-suara yang kadangkala menguji kesabaranku Suara-suara yang kadangkala sedikit menggugat ketenanganku Namun suara-suara itulah yang setia menemani waktu jatuh dan bangunku Suara-suara itu Mempunyai makna tersendiri dalam kamus hidupku Suatu episod terindah dalam hidupku Suara-suara itu makin jauh dan semakin jauh Namun jelas ditelingaku sehingga kini Suara-suara itu ... ida, ros, wani Aku rindu suara-suara itu Aku rindu kamu Aku sayang kamu Moga persahabatan kekal terjalin selamanya Dengan...

Genap Setahun Sudah

Image
Salam Awal Muharram 1432H buat semua teman-teman pengunjung blog Cik Siti.Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kebahagian buat diri kita semua. Dan semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa istiqamah dalam merealisasikan azam-azam kita.InsyaAllah.. Diam tak diam,dah setahun usia blog ni, Dan dalam setahun ni juga mcm2 episod suka duka silih berganti. Episod suka diiringi gelak tawa, Episod duka,tangisan jua peneman setia. Namun semuanya membawa pengertian tersendiri buat diri ini. Kenangan adalah sebuah ilham kelukaan adalah sebuah kematangan Kenyataan adalah sebuah pengajaran yang sukar didefinisikan *********************** “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” ~Ar-Rum : 21~ Dalam tempoh ...

9 May...Apa ada?

Image
27 tahun yang lepas, pada tanggal 9 May telah lahir seorang puteri yang sangat comel. Puteri kepada En. Ali dan isterinya. Seorang puteri yang diberi nama Roznifa bt Ali yang kini telah selamat bergelar zaujah kepada Idzwan Ahmad dan ibu kepada Muhammad Razin B. Idzwan Hadirnya cik ros memang memeriahkan keadaan. Celotehnya yang bersahaja mampu mencuit hati sesiapa disekelilingnya. Marah cik ros agak menggerunkan. Grrrrr...takut...takut..! Mengenalinya ketika di IIC. Pada mulanya memang sedikit seriau dengan kelaserannya. Alah bisa tegal biasa. Semakin lama semakin sudah biasa dengan caranya. Semakin rapat setelah sama-sama menjejakkan kaki ke UIA. Dan bertambah rapat setelah sama-sama memilih untuk berada dalam satu kumpulan Final Year Project. Pelbagai kenangan suka duka dilalui bersama. Dan sekarang walaupun terpisah sejauh kutub utara kutub selatan,sms sentiasa menjadi penyambung silaturrahim. Cik Ros memang merupakan seorang sahabat yang baik dan pemurah. Juga sentiasa memberi kat...