Posts

Showing posts with the label Cetusan Rasa

PJJ?Sanggup?

Tiba-tiba terfikir untuk menulis tentang topik ni. Bukan ape,tengah bosan2 kat ofis ni aku masuklah ratuhati.com. Ternampak topik pasal PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) Kalau ditanya mampu tak aku PJJ atau berjauhan dengan suami? Ohhh tidakk! Aku memang tak boleh berjauhan dengan suami aku walaupun seketika. Masa bekerja tu ok la kan. Melampau la kalau kata waktu kerja pun tak boleh berjauhan. Habis je kerja mmg tak sabar nak balik rumah,menanti suami.Rindu! Kalau suami keluar ke mana-mana atas urusan kerja/NGO, aku dah tertunggu-tunggu dah kat rumah.Rindu!Mula la aku membebel kat mak, mak aku senyum je la.Hehe.. Sejak berkahwin dah beberapa kali juga la suami aku terpaksa ke Tg. Malim/ Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Aku dan anak di rumah. Cuba bayangkan terpaksa berjauhan untuk beberapa hari!Tak mampu....:( Pertama kali berjauhan ialah masa aku mengandung 6/7 bulan, suami terpaksa ke Tg. Malim sebab ada kematian. Menangis2 aku. Tak sabar menanti kepulangan suami tercinta.Bila ...

Masih Segar Dalam Ingatanku...

****************************************** Tarikh Kenal Hubby 13/9/2010  (Hari Raya Kedua,Isnin) Tarikh Risik  30/10/2010  (Sabtu) Tarikh Tunang  18/12/2010 (Sabtu) Tarikh Nikah/Kahwin 18/03/2011  (Jumaat) Tarikh Lahirkan Umair 17/12/2011  (Sabtu) ****************************************** Semuanya berlaku dengan cepat. Tidak ku duga tidak ku sangka..  Mungkin inilah yang dinamakan jodoh dan rezeki.... Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. AturanNya sangat hebat... Alhamdulillah,selayaknya segala puji hanya untukNya. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim:7) Di tangan-Mu wahai ALLAH, segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. - Surah Al 'Imran, Ayat 26

Satu pagi di hari Jumaat

Image
Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada. lebih kurang beginilah mata suamiku Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata. Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut...

Bila Jauh Terasa Rindu :(

Image
rindu...rindu serindu-rindunya....:( Sejak pukul 6 tadi suamiku telah pulang ke rumah kami jauh nun diseberang sana kerana selepas magrib suamiku dan kawan-kawanku akan ke Sg. Petani atas urusan dakwah. Semoga urusan dakwah mereka akan dipermudahkan Allah. Bila jauh begini hati sentiasa teringat suamiku. Terbayang wajahnya dan gurauannya. Mulalah rindu ini menguasai hati... Namun berpisah sekejap atas urusan agama,aku merelakan dengan hati yang terbuka. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku dan permudahkan semua urusannya. Aamiin!

Destinasi Puncak Cinta Tertinggi

Image
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah -lah hati menjadi tenteram.  - Ar Ra'du : 28- Pada masa,saat dan ketika ini,pelbagai perasaan sedang menguasai jiwa aku.... MARAH... Terhadap student,terhadap orang itu dan terhadap orang ini... Tapi tak dpt aku luahkan... Aku sentiasa ada masalah untuk meluahkan kemarahan Akhirnya,aku terpaksa berbicara dengan diri sendiri untuk menghilangkan kemarahan itu RINDU... Terhadap netbook,handphone,handbeg dan seangkatan dengannya... Rindu tidak bermaksud aku tidak redha... Rindu pada masa-masa lalu... Rindu beerti aku mengingati Rindu pada arwah ayah aku... Rindu bermakna aku tidak pernah melupakan SEDIH Sedih mungkin kerana ada rindu ataupun aku rindu kerana aku sedih? TERTEKAN Bila fikirkan banyak kerja perlu diselesaikan  Bila marah, rindu dan sedih hadir serentak Bila perlu menghadapi pelbagai ragam manusia yang menyiksa ji...

Bantu aku untuk ikhlas

Image
"Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita." Hari ini aku sudah mula bekerja seperti biasa setelah seminggu bercuti...Entah bagaimana harus aku ungkapkan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati dan fikiran aku. Cuma yang aku harap aku boleh sentiasa ikhlas dan sabar dalam setiap langkah aku... Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk sentiasa ikhlas dan sabar...

Antara Akal dan Hati

Image
Entah mengapa lewat kebelakangan ini, kemampuan  untuk menulis dan mengungkap ayat-ayat yang puitis dan jiwang seolah hilang daripada aku. Mungkinkah kah kerana aku sudah malas mahu berjiwang tanpa sebab? Mungkin juga sebab aku sudah tidak mahu lagi melayan emosi aku? Ataupun mungkin sebab aku sudah malas untuk menyesakkan otak aku dengan perkara-perkara yang aku rasakan tidak penting buat aku?Ermmm,semuanya mungkin!  Dan mungkin ada fakor lain juga? Ya,sekali lagi mungkin!  Semakin usia meningkat dewasa, semakin kematangan diri menstabilkan tindakan dan kata-kata aku.Walaupun begitu, kadang-kadang aku tersilap lalu terbabas dan terhempas. Namun aku segera bangkit agar langkah  tidak terus tersasar.  Dan sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa… Mulai saat ini dan saat-saat akan mendatang, aku lebih suka akal menguasa ifikiran,tindakan dan kata-kata. Aku mahu akal menang. Kerana dari akal datangnya rasional. Dan insyaAllah natijahnya mendamaikan jiwa... ...

Repost : Secangkir Madah Buat Sahabat

Image
Suara- suara itu Aku amat merindui suara-suara itu Suara-suara nakal  mengusikku Suara-suara  keceriaan Suara-suara kegembiraan Suara-suara itu Aku amat merindui suara-suara itu Suara-suara yang  menemani aku kala sukaku dan dukaku Suara-suara yang tidak penah jemu menasihatiku Suara-suara yang sentiasa membisikkan keyakinan Suara-suara yang teguh memberi harapan Kini aku rindu lagi pada suara-suara itu Suara-suara yang kadangkala melemahkan semangatku Suara-suara yang kadangkala menguji kesabaranku Suara-suara yang kadangkala sedikit menggugat ketenanganku Namun suara-suara itulah yang setia menemani waktu jatuh dan bangunku Suara-suara itu Mempunyai makna tersendiri dalam kamus hidupku Suatu episod terindah dalam hidupku Suara-suara itu makin jauh dan semakin jauh Namun jelas ditelingaku sehingga kini Suara-suara itu ... ida, ros, wani Aku rindu suara-suara itu Aku rindu kamu Aku sayang kamu Moga persahabatan kekal terjalin selamanya Dengan...

Kehilangan

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". -At-Tagaabun, ayat 11- Baru balik dari beriadah dengan yasmin. Sangat suka!sebab dpt keluarkan peluh dan insyaAllah rasa lebih sihat. dan banyak benda yang dapat dikongsi bersama yasmin ;-).  Lepas beriadah seperti biasa makan kat kapitan. makan tosai arini.ermmm....nothing much to write actually... Kehilangan ialah satu perkara biasa dalam hidupku..mcm tu gak dengan hidup orang lain. dan baru-baru ni aku kehilangan lagi.tapi takpe,insyaAllah aku terima kehilagan ni dengan hati yang ikhlas dan redha.  Ya Allah,bantulah aku untuk benar-benar redha dengan kehilangan ini.semoga Engkau gantikan yang lebih baik buat diriku... Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, dir...

Back to Work!

Image
  malasnya nak masuk keje..sob..sob.. cuti pun dah abis.kerja bertimbun lagi tak siap.ahad ni dah kena present.baru start buat semalam.isnin ni dah kena mengajar silibus baru untuk kelas sesi petang. bila nak buat ni cik siti?isk..isk... entahlah,rasa malas sangat nak buat kerja kat rumah time2 cuti ni.ya la,cuti untuk bercuti bukan untuk bekerja kan?mood makin hilang,semangat makin kelam.ohh no!wake up cik siti.energize urself!!! tapi takpa,by hook or by crook aku akan siapkan gak semua kerja-kerja aku.sesungguhnya itu adalah amanah buat diriku.... walaubagaimanapun,aku memang enjoy cuti ni. banyak kerja rumah yang aku dapat laksanakan.lega hati den!alhamdulillah... ohh ya,hari rabu lepas  bersamaan 29/12/2010 keluar p survey baju pengantin. sadis betul takda satu pun yang berkenan di mata ni dan yang lagi sadis semuanya mcm ketat ja. ada satu kedai ni,konsepnya "Islamic" tp hairan bin ajaib,tudungnya tetap tidak menutup aurat sepenuhnya!hampa dan kuciwa diriku.nak ke...

Cuti...Oh Cuti...

Image
keep on running.never turn back! Sedang membuat ujian lisan kepada anak-anak murid aku,tiba-tiba datanglah seseorang membawa perkhabaran gembira buat jiwa ini. Akhirnya, aku dapat bercuti seminggu..Alhamdulillah! Tersenyum lebarlah cik siti selepas menerima perkhabaran itu :D seminggu cuti yang aku sangat-sangat harapkan untuk berehat dan mengemas apa yang patut di rumah. namun, dalam hati ada satu keinginan. ingin bertamu ke negeri orang jauh nun  di selatan sana. ingin melawat "mohabbatein" kesayangan yang hampir 2 tahun tak bersua muka. cik ros! adakah hajat hamba akan kesampaian?adakah kaki ini dapat menjejak bumi johor bahru?kita nantikan episod seterusnya ya!hihih Cetusan Rasa : Bahagia itu ada di jiwa . Mahkota di singgahsana rasa. Bahagia itu adalah suatu ketenangan...

Rindu Tidak Tertahan Lagi

Image
Ya Allah,sesungguhnya kerinduan ini tidak tertahan lagi,tidak mampu dibendung lagi...dan sesungguhnya aku amat rindu... Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.- Taha :14

Disebalik kesukaran,pasti ada kesenangan!

Image
Alhamdulillah.Tiada lafaz lain sesuai utk mengambarkan perasaan aku ketika itu. dan tawakkalnya aku kali ini hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Betapa berserahnya aku kepadaNya menghadapi antara saat-saat yang sukar itu,hanya Dia Yang Mengerti. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya aku lulus!Subhanallah.Maka benarlah firmanNya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. ~ 5-6 : al - Inshirah ~ “ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” . ~ Yusuf : 12 ~ “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~ Al-Baqarah: 216 ~ notakaki: Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa.Kubiar pena menulis meluahkan hasrat di...