Antara Akal dan Hati

Entah mengapa lewat kebelakangan ini, kemampuan  untuk menulis dan mengungkap ayat-ayat yang puitis dan jiwang seolah hilang daripada aku.

Mungkinkah kah kerana aku sudah malas mahu berjiwang tanpa sebab? Mungkin juga sebab aku sudah tidak mahu lagi melayan emosi aku? Ataupun mungkin sebab aku sudah malas untuk menyesakkan otak aku dengan perkara-perkara yang aku rasakan tidak penting buat aku?Ermmm,semuanya mungkin! 

Dan mungkin ada fakor lain juga? Ya,sekali lagi mungkin! 

Semakin usia meningkat dewasa, semakin kematangan diri menstabilkan tindakan dan kata-kata aku.Walaupun begitu, kadang-kadang aku tersilap lalu terbabas dan terhempas. Namun aku segera bangkit agar langkah  tidak terus tersasar. 

Dan sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa…

Mulai saat ini dan saat-saat akan mendatang, aku lebih suka akal menguasa ifikiran,tindakan dan kata-kata. Aku mahu akal menang. Kerana dari akal datangnya rasional. Dan insyaAllah natijahnya mendamaikan jiwa...
  
Aku  lebih rela hati aku kalah walaupun kadangkala emosi membentak-bentak untuk menang! Dari hati yang terikut bisikan syaitan,kadang-kadang emosi  menguasai diri. Andaikata hati yang menurut emosi  menang , hanya keserabutan menanti di hadapan

Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa kuat dan teguh dalam peperangan antara akal dan hati ku..

Notakaki : bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba,dan ku cuba menghindarkan pesona maya

Comments

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil