Friday, July 29, 2011

Pertama Kali Melihatnya

28/08/2011(Khamis)

Pertama kali aku dan suamiku melihat bayi kami melalui imbasan ultrasound.Sangat gembira. Dan lega rasanya apabila dikhabarkan bayiku berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah,syukur yang tidak sudah ku panjatkan kepada Allah

EDD dijangkakan 15 January 2012 nanti. Ya Allah permudahkanlah kehamilanku jua sahabat-sahabatku. Aamiin!

Terima kasih abang sebab bawak saya scan ;-)

Thursday, July 28, 2011

16 Minggu Sudah Usianya


Hari ini sudah 16 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah setakat ini semuanya dimudahkan Allah dan semoga segalanya akan mudah bagiku sehingga ke akhirnya. Aamiin! 

Tanggal 12 May 2011(Khamis), aku terdetik untuk melakukan ujian UPT (Urine Pregnancy Test) setelah dua sahabat kesayanganku sah hamil.Apatah lagi didorong hebat oleh dr peribadiku yang sentiasa di sisiku,tak lain tak bukan Dr Rossy @ Cik Ros. Saat2 pertama hanya satu line yang muncul membuatkan aku kecewa sedikit. Tidak lama kemudian aku sudah mula nampak line kedua. Alhamdulillah,betapa syukurnya hatiku. Ujian UPT pertama yang aku lakukan setelah bernikah terus menampakkan dua line. Ini bermakna aku sudah hamil! Mengikut perkiraan tarikh,waktu ini aku hamil 5  minggu.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu. Terus aku khabarkan pada suamiku,keluargaku dan sahabat2 terdekatku. Nyata semuanya gembira menerima perkhabaran tersebut.Walaupun begitu, aku tidak meletakkan 100% keyakinan pada ujian tersebut. Aku sabar menanti untuk melakukan pemeriksaan di klinik.
Gambar Hiasan : Dari Google

Tanggal 14 May 2011(Sabtu) iaitu sehari sebelum ulangtahun kelahiranku, aku ditemani dua insan tercint iaitu suami dan ibu ke klinik.Hatiku berdebar-debar. Alamak,ramainya! Dengan penuh kesabaran kami menanti. Kini tibalah giliran aku. Aku dipanggil untuk melakukan ujian UPT. Selesai ujian tersebut, aku dipanggil masuk ke bilik doktor. Arrgghh,sudah tidak sabar rasanya hati ini. Terus aku bertanyakan pada nurse yang bertugas hasil UPT tadi. Keciwa! Nurse meminta aku menunggu doktor untuk menjawabnya. Selang beberapa minit, dr masuk." Ok, you are pregnant ya 5 weeks 2days". Walla,kata-kata yang dinanti. Kemudian terus dr memeriksa perutku. Selesai diperiksa, terus aku sms suamiku yang sedang menanti diluar. Excited sangat la tuh! Hiihihhii...

Ku kira ini hadiah paling bermakna sempena hari kelahiranku. Syukur sangat2 :). Namun ada sesuatu yang tidak dijangka. Pulang ke rumah aku mendapati sedikit pendarahan. Jiwa kusut! Menurut ibu dan kakakku,bagi sesetengah wanita pendarah itu normal. Namun hati aku masih tidak menentu. Aku terus menjadi lemah. Menjelang sudah tiada pendarahan. Begitu juga hari ahad.Aku sudah boleh menarik nafas lega. Alhamdulillah.
Namun begitu,16 May 2011(Isnin) pendarahan kembali berlaku. Aku dan suamiku segera ke klinik di seberang jaya. Setelah diperiksa dr menjelaskan tiada apa-apa yang merisaukan dan meminta aku untuk banyak berehat dan tidak membuat kerja-kerja berat. Aku turut diberikan ubat untuk menguatkan rahim. Dr juga turut menjelaskan pendarahan ini kemungkinan disebabkan implantasi ataupun tanda-tanda keguguran. Nauzubillah,moga dielakkan daripada perkara-perkara tidak diduga. 

Dan awal kandungan sememanganya tubuh badanku sangat lemah. Berjalanpun sudah gaya baru melahirkan. Kelakar apabila diingat kembali. Mujur ada suamiku untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Dan syukur juga kebetulan aku sedang bercuti seminggu. Aku menggunakan masa ini untuk berehat sebaiknya. Masih aku ingat bihun goreng masakan suamiku yang sangat sedap untuk sarapan tatkala aku tidak mampu menyediakan sarapan untuknya.. Terima kasih abang,jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

Tanggal 19 May 2011(Khamis) sekali lagi pendarahan. Kami segera ke klinik kesihatan seberang jaya. Dan sekali lagi aku dinasihatkan untuk banyak berehat. Malam itu kami kembali ke rumah ibuku. Tinggal beberapa hari sahaja untuk mula bekerja. Sejak hari itu sehinggalah kandunganku berusia lebih kurang 15 minggu kami terus menetap di rumah ibuku memandangkan tempat kerja kami yang berdekatan dengan rumah ibuku. Apatah lagi aku dinasihatkan untuk tidak menaiki moto. Sekali lagi, suamiku berkorban untuk aku. Aku sangat terharu. Ya Allah, hanya Engkau mampu membalas jasa suamiku.

Seawal usia kandungan 4 minggu hingga ke 3bulan aku diuji dengan sakit allergik aku. Makin teruk. Kadang-kadang aku sangat tertekan. Aku tak boleh makan apa-apa selain ikan dan sayur. Keinginan untuk merasa pelbagai makanan yang sedap membuak2 namun terpaksa bertahan kerana allergic. Dugaan Allah hebat. Sedang sahabat-sahabatku (ros dan ida)  berdepan dengan ujian muntah yang sangat teruk,aku pulak berdepan dengan ujian allergic. Maha Kuasa Allah yang berhak menguji hambaNya, aku redha dan tidak putus berdoa semoga allergi aku sembuh. Badan tidak mampu menanggunya lagi. Habis luka dan bercalar akibat digaru. Dan pedih bila terkena air. Pelbagai usaha dilakukan,namun tiada jalan keluarnya...

Masuk bulan ke 2, aku sudah mula pening-pening. Dari pagi sampai ke malam pening. Namun syukurlah muntah jarang sekali. Seminggu sekali/dua kali sahaja. Keadaan tubuh badan juga hampir kembali stabil dan tidak selemah dulu. Namun masih perlu berjaga-jaga. Betul lah kata dr rossy masing-masing lain dugaanya. Aku akui!

Apabila masuk bulan ke 3, suatu keajaiban seolah berlaku dalam hidupku. Allergic aku tiba-tiba sembuh. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar rintihan hambaMu. Aku dan suamiku sangat bersyukur. Allah itu Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih. Semoga aku akan terus sembuh hingga ke akhirnya.

Kini, aku sudah mula sakit kaki khususnya tapak kaki aku. Kalau banyak berjalan ataupun lama berdiri mula lah sakit. Kadang-kadang bengkak juga tapak kaki aku. Mungkin badan tidak mampu menahan tambahan berat.Walla! Agaknya berat bertambah dengan hebat.kuikuik. Minggu depan baru tau berapa banyak beratku bertambah sebab aku perlu ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan bulanan. Aku juga sudah dapat merasa denyutan jantung bayiku. Alangkah gembiranya hati :).

23/07/2011(Sabtu) aku juga seolah-olah sudah dapat merasa tendangannya namun tidak pasti sebab rasanya masih awal lagi. Kena sabar menanti dia tendang betul-betul la nampak gayanya. Dan sebenarnya aku sangat teringin untuk melihat babyku didalam perut ni. Apa khabar dan rupanya di dalam. Bila agakya suamiku nak bawak aku ke klinik utk scan?:(

Sumbangan Cik Google : Mungkin beginilah rupanya bayi dalam perutku
Menjangkau usia 4 bulan kandunganku,perutku sudah nampak sedikit. Dan aku dah selamat merasmikan baju mengandung. Awal kan?haha. Tak sabar nak pakai baju tu sebab baju tu cantik. Dan rata-rata baju aku,kainnya sudah ketat. Pipi ku juga sudah tembam. Walla!Azam aku lepas melahirkan,insyaAllah kena bekerja keras untuk menurunkan berat badan. Mungkin lebih kurang daripada berat aku sebelum mengandung. Berapa berat aku?Oppppsss...biarlah rahsia...kuikuik
Ohh ya, minggu depan sudah mula berpuasa. Sudah terasa kehangatan ramadhan kareem. Niat dihati ingin berpuasa, namun bergantung pada keadaanku.InsyaAllah...Dan doaku semoga kandunganku sentiasa sihat selamanya. Semoga kehadiran baby kami akan mengukuhkan ikatan cinta dan kasih sayang antara aku dan suamiku. Semoga baby ini nanti akan menjadi zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Aamiin ya Allah.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. (Surah Ali’ Imran: 38 )
notakaki : Tak sabarnya menanti bulan january 2012. Tak sabar menatap wajah baby ...

Friday, July 15, 2011

Satu pagi di hari Jumaat

Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada.

lebih kurang beginilah mata suamiku
Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata.

Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut. Aku dan suamiku gembira dan bersyukur....

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun siapa sangka siapa menduga rupanya suamiku tak sesuai dengan ubat tersebut. Kesian melihat mata suamiku yang membengkak. Tak putus-putus aku berdoa semoga penyakit suamiku segera sembuh dan semoga suamiku akan sentiasa sihat....

Aku memang punya kelemahan sedikit,tak mampu melihat orang kesayangan aku sakit terutamanya ibuku dan keluargaku. Dan kini suamiku...Semoga semua insa kesayangan aku sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik

Dan sekarang suamiku sedang berada di klinik kesihatan tersebut semula untuk mendapatkan rawatan susulan. ampai sekarang suamiku masih menanti giliranya almaklumlah orang sentiasa ramai di klinik kerajaan apatah lagi waktu pagi sebegini. Sabar yer abang.Keinginan di hati untuk menemankan suamiku namun apakan daya aku terpaksa bekerja... :(


Sunday, July 10, 2011

Bila Jauh Terasa Rindu :(

rindu...rindu serindu-rindunya....:(

Sejak pukul 6 tadi suamiku telah pulang ke rumah kami jauh nun diseberang sana kerana selepas magrib suamiku dan kawan-kawanku akan ke Sg. Petani atas urusan dakwah. Semoga urusan dakwah mereka akan dipermudahkan Allah.

Bila jauh begini hati sentiasa teringat suamiku. Terbayang wajahnya dan gurauannya. Mulalah rindu ini menguasai hati...

Namun berpisah sekejap atas urusan agama,aku merelakan dengan hati yang terbuka. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku dan permudahkan semua urusannya. Aamiin!

Friday, July 8, 2011

Tentang aku dan si kecil

4.45 ptg 
Baru selesai file VTO aku dan kerja mengajar aku. Penat! Sangat penat! Aku perlukan katil utk berbaring sekarang ini sebab sakit pinggang...dah berjalan-jalan sekejap untuk hilangkan sakit, tp bila duduk semula, terasa sakit...dan aku sekarang sangat penat!

Dua tiga hari kebelakangan ini, tiba-tiba perut sebelah kanan akan terasa seolah mengeras. Kemudian akan berubah ke kiri. Lepas tu sunyi. Dan tiba-tiba akan terasa semula. Mulanya aku sangkakan sakit. Tp setelah membelek2 forum, ada yang cakap baby berubah kedudukan. Ada logiknya juga...Ya Allah lindungilah kandunganku...

Oh ya, hari selesa lepas alhamdulillah aku berjaya untuk tidak muntah air gula walaupun hampir-hampir muntah. Tak larat den nak ulang balik minum air gula tu. Tp still kena minum jugak nanti....adehhhhh....

Mengenai perkembangan kandunganku, alhamdulillah sudah memasuki minggu ke 12. Menurut nurse yang memeriksan aku di klinik kesihatan, aku masih perlu berjaga-jaga dengan kandungan aku. Elakkan kerja berat ataupun mengangkat benda berat. Banyakkan berehat dan makan makanan seimbang serta minum susu 2/3 gelas sehari. Erkkk! sekali pun payah...demi baby akan ku redahi jugak. insyaAllah

12 minggu bermaksud sudah hampir 84 hari baby bersamaku dalam kandunganku. Semakin sayang semakin rindu. Tak sabar menanti "kick" nya yang pertama. Denyutan jantungannya seolah2 dah dapat dirasa oleh aku. Dan lagi tak sabar menanti bulan januari 2012....cepatlah hadir wahai januari 2012....

Aku semakin berhati-hati dengan apa yang aku makan. Sebab nak pastikan baby mendapat makanan yang terbaik dan berkhasiat daripada aku...begitu juga suamiku yang selalu menasihati aku untuk menjaga diri dan kandunganku dengan baik. Bertuah mempunyai suami yang mengambil berat dan begitu sabar melayan kerenah aku yang kadangkala cepat sangat emosi dan merajuk semenjak dua menjak. Begitu juga memanjakan aku dengan memenuhi setiap permintaan aku.TQ abang! ;-) hanya Allah mampu membalas jasa abang...

Tak lupa ibu aku yang menjaga aku dan memasakkan makanan yang sedap2 untuk aku. Ibu engkaulah ratu hatiku. Tak mungkin aku dapat membalas jasa ibuku. Hanya doa yang dpt ku pinta buat ibu tercinta. 


Ya Allah lindungilah aku,suamiku,anak dalam kandunganku, ibu ku serta semua ahli keluargaku dan kurniakanlah kami kesihatan yang baik.....amin!
- cik siti-

Friday, July 1, 2011

Gara-gara air gula...

29 Jun 2011 (Rabu)

Tepat pukul 7.30pg aku dah terpacak kat klinik kesihatan kawasan tempat tinggal aku untuk melakukan ujian kencing manis. 7.45pg baru pintu di buka, aku meluru masuk untuk meletakkan buku merah dalam bakul. Alhamdulillah, aku dapat no giliran yang paling pertama.Kebanyakkan nurse sudah pun sampai namun hanya bersedia untuk menjalankan tugas pada pukul 8.00 pg. Dengan sabar aku menanti giliran aku. Cepatlah...aku kena masuk office ni. Ikut hati aku nak je amik cuti tapi apakan daya,kerja swasta terpaksalah masuk kerja juga..sob...sob...

8.15 aku dipanggil masuk ke dalam bilik untuk di ambil darah. Macam biasa, terpaksa cucuk tiga tempat baru la darah keluar. Menurut nurse tu, urat aku kecil,so susah sikit nak cari urat.Alamatnya lepas ni setiap kali chekcup kena cucuk banyak2 kali la?wahhhhhhh.....

Setelah darah di ambil, aku diberi 1 gelas air gula. Bayangkan, 1 cawan besar!Walla! Aku dengan penuh bergaya mengambil gelas itu lalu menghirup dengan perlahan-lahan. Hirupan pertama ok la.Namun masuk hirupan seterusnya aku dah tak mampu sebab amat terlampau manis. Entah berapa kilo gula dalam air tu. Adoi! Sambil minum, sambil muak + uwek.tp nurse tak tau...sebab aku dengan penuh mutu gaya keunggulan telah berjaya cover perasaan aku tu. kuikuik.Dalam masa 5 minit aku berjaya habiskan 1 gelas air gula tu.

Lalu dengan lagak yang tenang aku keluar dari bilik itu.Tak sampai 2 min,tekak dah terasa semacam. Aku terus mencari tandas. Alamak!!! Tandas tengah dicuci.Ohhh No!!!Takpe2, aku kembali ke tempat duduk di depan dan aku duduk. Namun,tekak dan perut aku dah tak mampu bertahan lagi. Aku kembali lagi ke tandas, masih dicuci!Ahhh....tak kisah..tak kisah nak masuk jugak. Terus aku masuk....

Tak sempat menunggu walau satu saat.Uweekkkkkkk....segala isi perut dan tekak keluar dengan begitu banyaknya sehinggakan makanan semalam pun dah keluar.Uwekkk...geli2. Terus kepalaku terasa pening dan sakit...Namun terpaksa kembali ke office...:(

Dan yang sedihnya, ujian tu tak valid sbb aku dah muntah habis semuanya. Terpaksa kembali ke klinik untuk buat ujian tu semula minggu hadapan. Harap-harap kali ni tak muntah la ek...