Posts

Showing posts from May, 2010

Seminggu sudah berlalu

Image
Seminggu cuti sudah berlalu.Seminggu yang aku impikan utk berehat dan mengemas rumah. tp rupanya Allah telah sediakan agenda yang lain untuk aku. Seminggu cuti aku,berakhir di hospital. dan aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan insan-insan disekeliling aku. Sekurang-kurangnya ibuku dapat berehat dengan tenang di hospital dan mendapat penjagaan rapi dari staff nurse di sana. Dan banyak lagi yang aku rasa aku perlu luahkan di sini.tp hati tidak mengizinkan. lebih selamat dan lebih baik dipendamkan sahaja. sebab bila sekali diluahkan,ianya akan mempengaruhi emosi dan tindakan aku. dan...aku yakin semuanya akan berakhir dengan baik. semua dugaan yang datang,tandanya Allah sayangkan aku. dan semua dugaan membuatkan aku semakin sedar,hanya Allah sebaik2 tempat mengadu dan sebaik2 tempat berharap. Hanya DIA sumber kebahagiaan aku.Hanya DIA sumber ketenangan aku. Hanya DIA sumber keceriaan aku. Satu ketika aku pernah bergantung kepada insan2 lain untuk menceriakan aku.ins

Bingkisan ringkas dari Hospital

Ketika entry ini ditulis aku berada dihospital menemani ibuku yang telah dimasukkan ke wad. Sekarang ibuku ditempatkan di Unit CCU. Ada masalah jantung,paru2 berair,dan batu dalam hempedu. Sangat sedih melihat wayar tiub berselirat segenap tubuh badan ibuku...Semoga Allah akan menyembuhkan ibuku... dan aku akan terus bertahan dan kuat dengan keizinanNya...

Sambutan Hari Lahir

Image
Alhamdulillah,semalam aku dah dpt beli Netbook HP.Kecik dan ringan gila. Itu yang penting.Sebab dah tak larat nak angkut laptp antik aku nak g keje.dan sekarang tgh sesuaikan diri dgn netbook yang comey ala2 tuan dia gak.tuan dia comey kan?kan?kan?korang takde pilihan jawapan lain selain YA!hihihihi Actually,kedai yang 1st ktorang g dah jumpa dh netbook ni. tp ada color maroon je.tak minat. aku nak beli yang color hitam.So,terpaksa turun naik beberapa kedai la.Kedai terakhir baru ada yang color hitam.Alhamdulillah! Oh ya,semalam agak meriah sambutan birthday kat rumah aku. Ada kek,ada kfc,ada pizza. Dan ditambah dengan budak2 yang ramai.sangatlah meriah!actually sambutan utk semua family members yang lahir bulan 5.aku,mak aku dan 2 orang abang aku. dan abang aku yang belanja tu semua.dia mmg sentiasa pemurah.mga2 rezki dia sentiasa murah.ameen Ya Allah.. sekian jer la utk kali ini.berjumpa di entry akan datang!wassalam

Eh..eh..Hari ni 15 May la!

A'ah hari ini 15 May 2010.Sejak semalam fb&hp aku tak henti menerima ucapan selamat hari lahir.Terharu dengan pelbagai versi ucapan. Terima kasih kepada kawan-kawanku yang masih mengingati diriku di sini... Dan Cik Siti....Selamat Hari Lahir yang ke 27. Tua sudah cik siti!Yang penting jiwa tetap muda. Semoga segala kesedihan akan diringkan. Semoga segala dugaan akan menambahkan lagi kasih sayang Allah padamu. Semoga segala kepayahan akan mendekatkan dirimu dengan Kekasih Sejati.Tuhan Pencipta Alam.dan semoga tenang sentiasa.ameen Ya Allah. Dan malam tadi aku bermimpikan seseorang kawan aku yang aku sangat rindui.Entah dia ingat kat aku ataupun tidak. Tapi mmg aku rindu sangat dengan dia. Dan aku tak tahu macamana nak cari dia.Alhamdulillah,Allah ketemukan aku dan dia dalam mimpi. Semoga dia sentiasa bahagia walau dimana jua dia berada. Sekejap lagi,nak keluar.beli hadiah untuk aku.tengah tunggu abang ipar dan kakak aku nie.moga2 nanti akan ketemu laptop idaman hati.dan hari ini

9 May...Apa ada?

Image
27 tahun yang lepas, pada tanggal 9 May telah lahir seorang puteri yang sangat comel. Puteri kepada En. Ali dan isterinya. Seorang puteri yang diberi nama Roznifa bt Ali yang kini telah selamat bergelar zaujah kepada Idzwan Ahmad dan ibu kepada Muhammad Razin B. Idzwan Hadirnya cik ros memang memeriahkan keadaan. Celotehnya yang bersahaja mampu mencuit hati sesiapa disekelilingnya. Marah cik ros agak menggerunkan. Grrrrr...takut...takut..! Mengenalinya ketika di IIC. Pada mulanya memang sedikit seriau dengan kelaserannya. Alah bisa tegal biasa. Semakin lama semakin sudah biasa dengan caranya. Semakin rapat setelah sama-sama menjejakkan kaki ke UIA. Dan bertambah rapat setelah sama-sama memilih untuk berada dalam satu kumpulan Final Year Project. Pelbagai kenangan suka duka dilalui bersama. Dan sekarang walaupun terpisah sejauh kutub utara kutub selatan,sms sentiasa menjadi penyambung silaturrahim. Cik Ros memang merupakan seorang sahabat yang baik dan pemurah. Juga sentiasa memberi kat

bosan & aku

argghhh,bosannya hidup tanpa kawan.dua orang kawan aku cuti,sebab student2 dorang dah start exam.so,lecturer tak payah datang kerja unless utk invigilate exam. so,tinggal lah aku sorang2.walaupun ada fb menemani,tapi tetap bosan.ermmmmm...teringin kembali ke alam uia.alam yang penuh keseronokkan dan kegembiraan bersama teman2 tersayang.disulami duka,tengkar,salah faham.tapi bila dah lepas,semua itu menjadi manis belaka... bilik aku sentiasa menjadi tumpuan geng aku(ida,ros,wani) untuk lepak.makan sama2.minum sama2.gossip sama2.tengok cite sama2.study sama2.buka posa sama2.gelak sama2.nangis sama2.tido pun sama2.atas single bed tu.haha.memang kenangan terindah... sorang datang order nescafe,sorang lagi order milo.dua je la minuman yang mampu disediakan dalam bilik aku yang kecil tu.sape lagi tukang buatnya?kalau bukan aku?hehe masa exam lagi la.mesti kumpul sama2 study.tapi selalunya sembang yang lebih.memang pantang jumpa ada je benda yang nak disembang.tak cukup tu sambung lagi dalam

nape perlu jam?

Makin hari makin aku hairan dengan penang ni. Banyak gile kenderaan yang berkeliaran kat jalan.Dah lah jalan sempit.Pastu banyak kenderaan.Then,untuk menyerikan keadaan dan memeriahkan suasana,kereta lak di-park sesuka hati di tepi jalan yang sempit. Sepanjang jalan pulang ke rumah menaiki bas,hati aku tak berhenti membebel.sila ambik perhatian.hati yang membebel okay.bukan mulut yang membebel. mana hati tak membebel?kalau naik kereta,tak sampai 5-1o min aku dah boleh sampai rumah. naik bus,hampir2 4o min gak aku sampai rumah.walaupun hati aku membebel,muka aku tetap slumber la.tak nampak stress/marah.in fact tak marah pun. ditambah aku ni jenis suka tengok gelagat manusia yang bermacam2,kereta2 yang bermacam rupa dan warna...tp tak mo la sampai 4o min!:( okay..okay!aku tau salah aku.dah ada lesen nape tak drive kan?macamana nak drive kalau takde kereta.nape tak beli kereta?sabarlah...aku baru masuk keje.gaji 1st month pun belum dpt.ingat nak beli laptop baru.sebab laptop antik aku ni