Seminggu sudah berlalu

Seminggu cuti sudah berlalu.Seminggu yang aku impikan utk berehat dan mengemas rumah. tp rupanya Allah telah sediakan agenda yang lain untuk aku. Seminggu cuti aku,berakhir di hospital. dan aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan insan-insan disekeliling aku. Sekurang-kurangnya ibuku dapat berehat dengan tenang di hospital dan mendapat penjagaan rapi dari staff nurse di sana.

Dan banyak lagi yang aku rasa aku perlu luahkan di sini.tp hati tidak mengizinkan. lebih selamat dan lebih baik dipendamkan sahaja. sebab bila sekali diluahkan,ianya akan mempengaruhi emosi dan tindakan aku.

dan...aku yakin semuanya akan berakhir dengan baik. semua dugaan yang datang,tandanya Allah sayangkan aku. dan semua dugaan membuatkan aku semakin sedar,hanya Allah sebaik2 tempat mengadu dan sebaik2 tempat berharap. Hanya DIA sumber kebahagiaan aku.Hanya DIA sumber ketenangan aku. Hanya DIA sumber keceriaan aku.

Satu ketika aku pernah bergantung kepada insan2 lain untuk menceriakan aku.insan yang hakikatnya sama saja seperti aku. yang mempuyai 1001 kekurangan dan kelemahan. insan yang kadang2 ada,dan kadang2 tidak ada untuk aku.insan yang penuh dengan dosa dan noda sama seperti aku.

Namun,dugaanNya yang bertubi2,bertalu2 membuatkan aku sedar. Hanya DIA sentiasa ada di sisi aku. DIA YANG MAHA SEMPURNA.DIA YANG MAHA PENGASIH. DIA YANG MAHA PENYAYANG.DIA MAHA PENERIMA TAUBAT. ALLAH .Tuhan Semesta Alam

Ya Allah ampunilah dosa2 aku.Terimalah aku untuk sentiasa berada dekat denganMU.Izinkanlah aku larut dalam CintaMU yang tidak berpenghujung...ameen Ya Allah.

Ya ALLAH! Hanya Engkau yang menjadi tujuanku. Hanya Keridhaan-Mu yang aku cari. Berikan kepadaku cinta dan ma’rifat kepada-Mu.

Ya ALLAH! Aku mohon dapat mencintai-Mu dan mencintai orang-orang yang cinta kepada-Mu. Dan aku mohon amal yang dapat mendatangkan kecintaan-Mu

Ya ALLAH, Jadikanlah cinta kepada-Mu lebih aku sukai daripada mencintai diriku sendiri, keluargaku, dan daripada air yang sejuk.

Ya ALLAH! Sungguh, ampunan-Mu lebih luas daripada dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Dan jangan bebankan dunia ini kepada hamba-Mu, walaupun SEKEJAP MATA!

-munajat hamba-

Comments

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil