Kita adalah Kuntum Mawar
Perkongsian yang bermanfaat buat Muslimah yang dipetik dari blog UmmuHusna.Artikel yang panjang,namun harap kalian sudi meluangkan masa untuk membacanya dan mengambil iktibar :)
Perkara-perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah/wanita sebelum mengenakan sebarang alat solekan pada wajah :
notakaki : seindah mawar berduri..1) Bahan solekan adalah halal dan tidak
memudaratkan.
2) Bersolek bukan untuk tujuan menggoda atau mendapat pujian lelaki atau bagi menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.3) Penggunaan pelembab bibir, losyen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit dari kekeringan, rekahan dan lain-lain.
4) Tidak mengubah mana-mana bahagian pada anggota tubuh semula jadi ( iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan ) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindik pada lidah, bibir dan sebagainya.
5) Hendaklah tidak mengambil khidmat juru solek berlainan jantina dan bukan mahram.
6) Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan.7) Tidak mendedahkan aurat seperti rambut yang sengaja dikeluarkan di bahagian depan, bahagian dada yang tidak ditutup untuk menampakkan rantai yang bergemerlapan dan lain-lain.
8) Tidak melakukan pembaziran pada pengeluaran kos solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan seperti membeli barangan berjenama semaata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan dari orang lain.
9) Cara solekan hendaklah jauh dari unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah atau syari’at (seperti mengandungi bacaan jampi serapah, memakai susuk dan seumpamanya. )- http://ummuhusna99.blogspot.com-
Comments
btw,congrats!:)
jangan lupa,nama aku ada R kat blakang...:D