Posts

Showing posts with the label Hari-hariku

ENTRY KOSONG

Image
Aku baru sahaja lepas buat ujian lisan kepada murid-muridku. Jadi ada masa terluang sedikit sekarang. Masa ini sepatutnya aku gunakan untuk prepare slide.Akan tetapi....ada sesuatu menghalang aku. Apakah sesuatu itu?? M.A.L.A.S Haaa,malas itulah jawapannya. Tiba-tiba aku rasa malas. Malas nak mengajar,malas nak prepare slide,malas nak mark paper,malas nak buat itu,malas nak buat ini.Amat malas.Sangat malas.Kemalasan melanda diriku kala ini.So, I ended up here.Blogging!Muahaa.. Semalas-malas aku,alhamdulillah aku setel mark semua assignment dan latihan student aku. Semalas-malas aku,aku lawan gak malas aku.Maksudnya aku bukan pemalaslah walaupun aku sedang berasa malas.Ada paham?hiihi.. Sebentar tadi,tiba-tiba aku terasa ingin makan goreng pisang Yummy!Sedapnya.  DAN apam balik Slurrrp.Lazatnya Lagi best kalau dapat teh tarik. Kegemaranku dulu kini selamanya Waduh2.Mana nak cari ni???Dengan rasa tak malasnya jari jemari aku pantas menghantar sms buat suami terci...

New Life New Beginning

Image
Diam tak diam,masuk hari ini alhamdulillah sudah tiga minggu aku telah bergelar seorang isteri kepada suamiku. Segala puji dan syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah atas segala kurnianya.Dan syukur alhamdulillah,segala urusan nikah dan kenduri kendara Allah telah mudahkan dan semuanya telah berjalan lancar tanpa sebarang kecacatan.Kehadiran saudara dan teman-teman rapat,sahabat baik serta mohabbatein2 kesayangan menceriakan lagi jiwaku semasa hari bersejarah buatku... Oh ya,boleh aku bahasakan diriku sebagai Cik Siti lg?Cik Siti sebenarnya ialah nama penaku di alam maya ni...jadi izinkanlah aku menggunakan Cik Siti ek?cik siti dah nampak korang angguk2,annguk tandanya setujulah kan?kuikuik.... Apa perasaan setelah menjadi seorang isteri? To be frank, kadang-kadang aku masih tak percaya yang  aku sudahpun bergelar seorang isteri. Semuanya berlaku sekelip mata. Pertama kali berjumpa dengan suamiku tanggal 13/9/2010(raya ketiga kalau tak salah). Tiga bulan selepas itu pada tan...

5 More Days Left!!

Image
  Sesungguhnya perjalanan kami masih jauh Ya Allah. Bantulah kami untuk sama2 menghadapi segala mehnaMU Well, i started the countdown 51 days ago, but now only 5 more days left!!  Walla! Time is running so fast.... What are my feelings right now? So many people asked me this question repeatedly, again and again. To be frank, so many feelings are there in my self at this moment. Some nervousness plus some excitement plus some this feeling,plus some that feeling and the list of feelings go on and on.  Really hope everything run smoothly without any problem.InsyaAllah... Allahumma yassir wa la tu'assir (O Allah ,Make things easier for me and don't make them difficult) Rabbanaa Atina fiddunya hasanatan wa fil aakhirati hasanatan waqina azabannar (O my our Lord: give us the goodness of this world and the goodness of the hereafter and save us from the punishment of fire). Hey wait! Why am i suddenly writing in English?Angin kot. Please excuse me for any grammar and v...

Pertemuan dan Perpisahan

Cik siti dalam kelas dah,sementara menunggu kelas penuh boleh la cik siti conteng2 kat dinding putih blog cik siti ni.. Bangun pagi tadi tengok hanphone, tarikh dah 1 mac,akhirnya tanggal 1 mac menjelma juga yer.pejam celik pejam celik tinggal lagi 17 hari je untuk tarikh istimewa cik siti..mcm tak percaya pun ye gak.semalam ada soalan daripada insan istimewa,apa perasaan bakal bertukar status? Ermm,mcm2 perasaan sebenarnya syukur,happy,takut,gementar,excited dan mcm2 lagi.segala mcm perasaan ini bakal diulas lebih lanjut bila tarikh itu semakin hampir dan hampir.buat masa ini kita tangguhkan dulu coretan pasal hari istimewa cik siti yer. apapun,cik siti sangat harapkan doa kalian.doakan semunya dimudahkan bagi cik siti dan semoga semuanya berjalan lancar dengan izin dan rahmatNya ;-) Hari ini,hari pertama tanpa Puan Niza,kerani comel kat kolej cik siti. rasa sayu jugak bila masuk office nak punch tadi,tempat dia kosong je.setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan semoga perpisah...

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Image
Adehh,penatnya bercakap.bertambah penat kalau student pun sibuk nak bercakap masa cikgu bercakap.Selalunya aku akan menegur,tapi dah berbuih mulut aku menegur. Kadang2 kalau aku berhenti bercakap sekejap,student faham2 lah. So, dorang akan berhenti bercakap tapi tak sampai 2 min,sambung semula.Adakah aku begini ketika menjadi student dulu.Alamak,tiba2 hilang ingatan plak.kuikuik.. Bila aku mula kelas lambat (sebab menunggu kelas penuh),dorang suruh mula cepat2. Bila dah mula,dorang bising plak.Bila aku bagi assigment, dorang akn cakap " assignment lagi?.cikgu ajarlah..." Bila aku nak mengajar, dorang akan ckp "cikgu,blajar lagi ke?" . Bila kolej bagi cuti, semua bising. Tapi bila takda cuti, semua sibuk tanya bila nak cuti. Agaknya cikgu dan anak murid sentiasa mempunyai kehendak dan kemahuan yang bertentangan?Ataupun memang tabiat anak murid untuk buat dan cakap sesuatu yang bertentangan dengan arahan dan kata-kata cikgu? Entahlah... Tapi yang pasti baru aku se...

One more person is leaving...ohhh no!

Image
  Baru 9 bulan rupanya aku di tempat kerja baru ni. Rasa mcm 9 tahun pun ada gak.melampau cik siti! Dan dalam tempoh 9 bulan jugak lah dah beberapa orang resign dari sini.Masing-masing dengan alasan masing-masing.  Dimulakan dengan kak baya sebab nak sambung master. Kemudian, wei boon atas sebab tertentu. Kak ct pula mengikut langkah meninggalkan ITP sebab dah dapat kerja kat tempat baru. dan baru-baru ni,kak nor resign dengan 24 hrs  notice.dan paling terkini,niza nak resign! Waduhh,makin longlai lah langkah ku di sini. dan makin pudarlah semangat aku yang satu masa dahulu bersinar-sinar..... Cik Siti oh Cik Siti....wake up! Jangan bergatung kepada sesiapa selain Allah....cukuplah Allah sebagai penguat langkah dan penyinar semangatmu..... notakaki : atiyya dan wani masih di sini... .

Kehilangan

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". -At-Tagaabun, ayat 11- Baru balik dari beriadah dengan yasmin. Sangat suka!sebab dpt keluarkan peluh dan insyaAllah rasa lebih sihat. dan banyak benda yang dapat dikongsi bersama yasmin ;-).  Lepas beriadah seperti biasa makan kat kapitan. makan tosai arini.ermmm....nothing much to write actually... Kehilangan ialah satu perkara biasa dalam hidupku..mcm tu gak dengan hidup orang lain. dan baru-baru ni aku kehilangan lagi.tapi takpe,insyaAllah aku terima kehilagan ni dengan hati yang ikhlas dan redha.  Ya Allah,bantulah aku untuk benar-benar redha dengan kehilangan ini.semoga Engkau gantikan yang lebih baik buat diriku... Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, dir...

Semangat Baru

Image
Pagi ni rasa sangat fresh datang kerja. Walaupun mlm sebelumnya aku terasa amat malas. tapi terus aku memujuk hatiku untuk membuang segala perasaan negatif jauh-jauh dan tanamkan semangat dan aura positif  ke dalam hati dan jiwaku.peace!:) InsyaAllah,kalau kita positif dan ceria,insan2 disekeliling kita pun akan ceria dan positif gak. dan insyaAllah semua yang akan berlaku pun positif dan terbaik untuk kita.so,be positive always ya! Minggu baru!Tahun baru!InsyaAllah semangat baru :) Oh ya, tadi ada student lama mai jumpa.was so happy to meet them.at least ada gak yang masih mengingati diri ini....inilah antara nikmat menjadi pendidik... Okla...need to start class now....till then...salam penuh keceriaan daripada cik siti ;-) Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja kamu nafkahkan (ke jalan Allah - fisabilillah), maka Allah akan meng...

Back to Work!

Image
  malasnya nak masuk keje..sob..sob.. cuti pun dah abis.kerja bertimbun lagi tak siap.ahad ni dah kena present.baru start buat semalam.isnin ni dah kena mengajar silibus baru untuk kelas sesi petang. bila nak buat ni cik siti?isk..isk... entahlah,rasa malas sangat nak buat kerja kat rumah time2 cuti ni.ya la,cuti untuk bercuti bukan untuk bekerja kan?mood makin hilang,semangat makin kelam.ohh no!wake up cik siti.energize urself!!! tapi takpa,by hook or by crook aku akan siapkan gak semua kerja-kerja aku.sesungguhnya itu adalah amanah buat diriku.... walaubagaimanapun,aku memang enjoy cuti ni. banyak kerja rumah yang aku dapat laksanakan.lega hati den!alhamdulillah... ohh ya,hari rabu lepas  bersamaan 29/12/2010 keluar p survey baju pengantin. sadis betul takda satu pun yang berkenan di mata ni dan yang lagi sadis semuanya mcm ketat ja. ada satu kedai ni,konsepnya "Islamic" tp hairan bin ajaib,tudungnya tetap tidak menutup aurat sepenuhnya!hampa dan kuciwa diriku.nak ke...

Tiga Bulan Yang Lalu...

Salam penuh keceriaan dari cik siti buat semua :) Sudah 3 bulan rupanya cik siti tak update apa2 entry kat sini.almaklumlah kesibukan yang melanda diri ini.ke buat-buat bz je cik siti?:D beberapa update ringkas sepanjang 3 bulan "kesenyapan" cik siti : 1)Sept 2010 busy menyambut raya. raya yang meriah bersama family aku.dan ku kira raya yang bermakna juga. bermakna kerana apa?biarlah cik siti je yang tahu jawapannya ;) 2)Oktober 2010 kawan baik cik siti,nur zahidah abdul latif telah selamat menjadi zaujah kepada fairuzahari.di hati sedikit sedih sebab tak dpt attend pernikahan dorang. namun, insyaAllah cik siti akan berusaha utk hadir ke kenduri yang akan diadakan 18/12/2010 nanti. ida, i am very happy for u. mga rumahtangga kalian dirahmati Allah,dan kekal bahagia hingga ke akhirnya.ameen ya Allah :) dan soal keja,batch baru sudah memulakan pengajian.mcm biasa setiap batch dgn ragam masing2.akan dikhabarkan pada kalian ceritera batch baru dalam entry akan datang.kalau ada en...

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Image
Merdeka!Merdeka!Merdeka! niat di hati untuk menulis tentang hal lain tp malas pulak rasanya untuk berfikir. jadi aku memutuskan hanya untuk menulis post kosong mengisi kemalasan dan keboringan aku di kala ini. sebenarnya aku tengah menyiapkan kertas soalan peperiksaan. penat otak ni. dalam malas2 mampu juga aku siapkan kertas soalan ni. dah hampir siap. alhamdulillah... dan kita sudah pun berada di hujung ramadhan. malam 10 terakhir yang perlu kita kejar malam lailatul qadr padanya. moga2 diberi kekuatan dan kemampuan untuk mengerjakan ibadah semaksima mungkin.ameen! oh ya,esok cuti. cuti merdeka. salam merdeka buat kalian. semakin usia menginjak dewasa semakin kita memahami erti kemerdekaan yang sebenar. mudah-mudahan kita akan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. merdeka menurut definisi masing-masing namun perlu dalam lingkungan yang ditetapkan oleh syara' errrrmmmmmm......apa agaknya juadah berbuka hari ini? sebelum ke kerja mak aku cakap nak buat bihun goreng.yummy!bihun ...

15 Ramadhan sudah....

Daripada Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah SAW : "barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa - dosanya yang telah lalu" - Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi Pejam celik pejam celik,dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Sekejap je. Dan rasa sangat sayang utk melepaskan ramadhan ni.Sebab ketenangan yang aku dpt dalam bulan istimewa ini sangat susah utk didapati dalam bulan2 lain....dan kalau diberi peluang,aku ingin terus memilih untuk terus berada dalam bulan ini Dan bercerita pasal ramadhan,alhamdulillah waktu berbuka diraikan dengan serba sederhana tanpa pembaziran.selalunya satu menu sahaja.ye la,aku dan mak aku je pun. makan nasi pun kdg2 rasa nak muntah je.so, aku prefer something yang ringan seperti kuih muih.tp mesti kena paksa makan nasi...as usual! Oh yer!baju raya aku sepasang je ek tahun ni. Mmg takde masa dan tak mood utk prepare ape2(seperti tahun2 lepas gak). 4/5 tahun kebelakangan ni mmg...

Man Jadda,Wajada

"Memenatkan!" Itulah ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan apa yang aku rasaka 2 hari lepas. Aku dihantar oleh tempat kerjaku untuk menghadiri kelas VTO di Bukit Mertajam bersama seorang lagi rakan sekerjaku. Dari rumah aku perlu menaiki bas untuk ke jeti.Kemudian redah jalan yang curam untuk menaiki feri.Sampai di jeti Seberang Prai, aku perlu naik bas untuk ke Bukit Mertajam. Lebih kurang 40-50 minit,baru akan sampai ke destinasinya. Hari pertama,aku sudah hampir menangis. Dengan sakit kepala yang kerapkali menyerang tidak kena masa. Aku hampir2 patah semangat. Baru 2 hari. Tapi aku perlu tempuhi keadaan sebegini 3 bulan lagi. Adakah wajar aku mengalah secepat ini? Dan cepat mengalah,bukanlah tabiat aku. Astaghfirullah.Aku segera beristighfar seraya memanjatkan doa yang tidak putus. "Ya Allah,kuatkanlah aku dalam mujahadah ini ".... Tiada apa yang mudah untuk diperoleh dalam dunia ini selain kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Bak kata pepatah arab ...

Seminggu sudah berlalu

Image
Seminggu cuti sudah berlalu.Seminggu yang aku impikan utk berehat dan mengemas rumah. tp rupanya Allah telah sediakan agenda yang lain untuk aku. Seminggu cuti aku,berakhir di hospital. dan aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan insan-insan disekeliling aku. Sekurang-kurangnya ibuku dapat berehat dengan tenang di hospital dan mendapat penjagaan rapi dari staff nurse di sana. Dan banyak lagi yang aku rasa aku perlu luahkan di sini.tp hati tidak mengizinkan. lebih selamat dan lebih baik dipendamkan sahaja. sebab bila sekali diluahkan,ianya akan mempengaruhi emosi dan tindakan aku. dan...aku yakin semuanya akan berakhir dengan baik. semua dugaan yang datang,tandanya Allah sayangkan aku. dan semua dugaan membuatkan aku semakin sedar,hanya Allah sebaik2 tempat mengadu dan sebaik2 tempat berharap. Hanya DIA sumber kebahagiaan aku.Hanya DIA sumber ketenangan aku. Hanya DIA sumber keceriaan aku. Satu ketika aku pernah bergantung kepada insan2 lain untuk menceriakan aku.ins...

Bingkisan ringkas dari Hospital

Ketika entry ini ditulis aku berada dihospital menemani ibuku yang telah dimasukkan ke wad. Sekarang ibuku ditempatkan di Unit CCU. Ada masalah jantung,paru2 berair,dan batu dalam hempedu. Sangat sedih melihat wayar tiub berselirat segenap tubuh badan ibuku...Semoga Allah akan menyembuhkan ibuku... dan aku akan terus bertahan dan kuat dengan keizinanNya...

Sambutan Hari Lahir

Image
Alhamdulillah,semalam aku dah dpt beli Netbook HP.Kecik dan ringan gila. Itu yang penting.Sebab dah tak larat nak angkut laptp antik aku nak g keje.dan sekarang tgh sesuaikan diri dgn netbook yang comey ala2 tuan dia gak.tuan dia comey kan?kan?kan?korang takde pilihan jawapan lain selain YA!hihihihi Actually,kedai yang 1st ktorang g dah jumpa dh netbook ni. tp ada color maroon je.tak minat. aku nak beli yang color hitam.So,terpaksa turun naik beberapa kedai la.Kedai terakhir baru ada yang color hitam.Alhamdulillah! Oh ya,semalam agak meriah sambutan birthday kat rumah aku. Ada kek,ada kfc,ada pizza. Dan ditambah dengan budak2 yang ramai.sangatlah meriah!actually sambutan utk semua family members yang lahir bulan 5.aku,mak aku dan 2 orang abang aku. dan abang aku yang belanja tu semua.dia mmg sentiasa pemurah.mga2 rezki dia sentiasa murah.ameen Ya Allah.. sekian jer la utk kali ini.berjumpa di entry akan datang!wassalam

nape perlu jam?

Makin hari makin aku hairan dengan penang ni. Banyak gile kenderaan yang berkeliaran kat jalan.Dah lah jalan sempit.Pastu banyak kenderaan.Then,untuk menyerikan keadaan dan memeriahkan suasana,kereta lak di-park sesuka hati di tepi jalan yang sempit. Sepanjang jalan pulang ke rumah menaiki bas,hati aku tak berhenti membebel.sila ambik perhatian.hati yang membebel okay.bukan mulut yang membebel. mana hati tak membebel?kalau naik kereta,tak sampai 5-1o min aku dah boleh sampai rumah. naik bus,hampir2 4o min gak aku sampai rumah.walaupun hati aku membebel,muka aku tetap slumber la.tak nampak stress/marah.in fact tak marah pun. ditambah aku ni jenis suka tengok gelagat manusia yang bermacam2,kereta2 yang bermacam rupa dan warna...tp tak mo la sampai 4o min!:( okay..okay!aku tau salah aku.dah ada lesen nape tak drive kan?macamana nak drive kalau takde kereta.nape tak beli kereta?sabarlah...aku baru masuk keje.gaji 1st month pun belum dpt.ingat nak beli laptop baru.sebab laptop antik aku ni ...

Update Ringkas

baru lepas buat revision class.esok ujian lisan.lusa ujian bertulis.fuhhh,aku lak yang risau.apalah yang depa ni nak jawab.sempat lg aku nak tulis blog time2 camni kan?ngantuk gila.dan lapar gila.arini takda kawan nak turun lunch.so makan biskut je la.tp nape mengantuk?tu yang tak paham.sedangkan tido awal.dan tak jaga langsung sepanjang mlm.alih2,buka mata je,dah subuh.... tak sabar tunggu pukul 5. nak punch tepat pukul 5 dan terus terbang balik rumah.terbang naik bus.so,korang agak2 la pukul berapa aku boleh sampai rumah.uwaaaaaa...nak layan lagu pun tak leh,student dok ada lg ni.layan fb ja la sambil2 dok bt keja... wassalam

Alkisah hari rabu

Alkisahnya, hari rabu lepas merupakan hari yang kelam kabut buat aku. elok2 dah sampai office,baru perasan adapter laptop tertinggal kat rumah.apa lagi,panjatlah tangga office tiga tingkat tu,punch then turun semula.balik rumah ambik adapter.then panjat semula tangga hikmat tu.fuhhhhhh....ada can nak kurus tak? then masuk kelas berpeluh2.walaupun ada econ.tp alhamdulillah dapat manage class dengan baik.ada gak yang persoalkan kenapa aku perlu gunakan slide powerpoint untuk mengajar. well,bagi aku masing2 ada cara masing2. aku tak mau bazir masa aku dengan menulis.gunakan saja teknologi.apa guna teknologi kalau tak digunakan?betul tak? lepas tu,tengahari keluar makan. teringin makan western food. dengan selambanya aku order chicken chop.sorang lagi order fish&chip. seorang lagi nasi gorang.tba2,kawan yang order fish n chip bersuara,alamak ada 7 rgt saja dlm purse.ALAMAK!aku pun.ada 7 rgt ja dlm purse.aku lak bersuara..... maisng2 dah gabra.mujurlah kawan yang order nasi grg tu ada d...

sudah seminggu

Image
sedang aku menulis entry ni,cuaca diluar sana sangat indah.nak kata mendung tak.nak kata cerah pun tak.disamping lagu2 indah yang menjadi halwa telinga aku.wahhhh...layannnn! sudah seminggu aku dah keje as lecturer kat salah sebuah kolej kat sini.rezki yang datang tanpa disangka2 langsung.selasa petang tiba2 kawan aku call suruh datang interview.hari rabu interview.masa tu juga dah dapat.then dorang suruh join hari jumaat.sungguh aku tak sangka langsung!dan kesyukuran yang tidak henti2 aku panjatkan kepada Allah. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". - ibrahim :7- sungguh janji Allah itu pasti!dan aku sehingga hari ini masih tidak jemu mendidik hati aku untuk syukur pada apa yang ada.redha pada apa yang tiada. oh ya!arini keputusan panggilan ke temuduga KPLI keluar. rezeki masih belum memihak kepada a...