sudah seminggu



sedang aku menulis entry ni,cuaca diluar sana sangat indah.nak kata mendung tak.nak kata cerah pun tak.disamping lagu2 indah yang menjadi halwa telinga aku.wahhhh...layannnn!

sudah seminggu aku dah keje as lecturer kat salah sebuah kolej kat sini.rezki yang datang tanpa disangka2 langsung.selasa petang tiba2 kawan aku call suruh datang interview.hari rabu interview.masa tu juga dah dapat.then dorang suruh join hari jumaat.sungguh aku tak sangka langsung!dan kesyukuran yang tidak henti2 aku panjatkan kepada Allah.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". - ibrahim :7-

sungguh janji Allah itu pasti!dan aku sehingga hari ini masih tidak jemu mendidik hati aku untuk syukur pada apa yang ada.redha pada apa yang tiada.

oh ya!arini keputusan panggilan ke temuduga KPLI keluar. rezeki masih belum memihak kepada aku. begitu juga dengan panggilan ke Medsi. rezki bukan milik aku.Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.InsyaAllah.betapa dalamnya cita2 aku untuk menjadi seorang guru.hanya Allah Yang Tahu.

errrm..akhirnya tadi dapat juga aku beli handbeg dan kasut yang berkenan dihati.memang puas hati.dan rasa frust pun hilang!konon-kononya hadiah untuk diri sendiri la tu.best jugak bila dapat memanjakan diri sendiri dengan menghadiahkan diri sendiri dengan hadiah.ada rasa kepuasan.ada rasa kegembiraan.ada rasa penghargaan pada diri sendiri

next month pun aku dah rancang untuk beli hadiah untuk diri aku.mesti korang nak tahu kan?kan?tungguuuuuuuuuuu....next month korang akan tahu jawapannya ;-)

notakaki : Ya Allah,permudahkanlah segalanya bagiku....ameen ya Allah!

Comments

Amilin Zanal said…
hehehe..
mmgla kalau frust pergi shoppingla bagus....hehehe..bli baju bli kasut...mesti ilang frusted tu...heehehe
Ummu Umair said…
mmg best milin....tp kena tunggu ada duit la..hehe

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil