Thursday, March 14, 2013

Akhirnya....Aku Letak Jawatan!

Jam tepat menunjukkan 3.23pm. Air cond kat office ni sejak smlm dah tak berfungsi,maka berpanasan lah kami di sini. Yang berfungsi hanya satu fan yang tak dapat berfungsi. Aduhai,apakah ini? Dahlah sekarang ni mmg musim panas,mlm2 mesti berpeluh2 mcm baru lepas jogging 10 pusingan. Dalam panas2 ni boleh pulak aku mengantuk kan?

InsyaAllah, awal bulan depan aku   akan bergelar surirumah sepenuh masa. Keputusan ini terpaksa diambil sbb ibu kesayangan tak dapat jaga umair dah atas faktor kesihatan beliau. Nak hantar umair kat pengasuh, hati tak merelakan. sebab lebih suka umair membesar di tangan aku/bapanya ataupun ibu aku sendiri. lagipun umair pun tak nak dengan orang. So, keputusan ini telah diambil dengan rela hati demi ibu dan anak kesayanganku. 

Gembira sebab dapat menajaga anakku sepenuh masa dan dapat meringankan beban ibu yang semakin tua. gembira sebab tak perlu takut2 untuk ambik cuti dah. rasa seperti merdeka :)

Tapi kerisauan tu tetap ada, terpaksa bergantung kepada gaji suami semata2. tambah tolak bahagi darab, duit baki kat tangan tak cukup pun buat masa ni. Namun kami sepakat, tawakkal bulat2 hanya pd Allah. Bumi Allah ni luas dgn rezki, cuma kita kena usaha untuk dapatkan rezki tu. Aku pun dah merancang nak buat macam2 untuk tambah pendapatan kami. Moga tercapailah apa yang aku rancangkan. Aameen!

Dan semoga pengorbanan seorang ibu dan seorang anak ini akan Allah rahmati....aameen!