Thursday, May 31, 2012

Perkembangan Umair : 5 Bulan



Alhamdulillah Umair dah masuk 5 bulan. Tadi ke klinik untuk mengambil suntikan. Umair excited sangat bila aku pakaikan dia baju dan siap2kan dia. Dia ingat nak pergi jalan2 la tu. Sampai ke klinik pun masih excited.Senyum tak sudah2.Tiba saat nak disuntik. Meraung sekejap je,lepas tu dah ok dah. Good boy! Ok, berat dia sekarang ialah 8kg. Aku mmg tak larat dukung dia lama2 especially kalau keluar. Sekejap je kat tangan aku lepas tu mesti pass kat suami. Hikhikk.Tinggi  dia pulak,erkkk...tak ingat la plak....ampun!

Antara perkembangan Umair sekarang dah pandai buat macam2 bunyi. Kadang2, dia akan ikut bunyi yang kita buat. Lepas tu gelak2. Comel je. Dia kawan baik dengan nani dia sekarang ni. Pantang nampak nani nak suruh dukung. Senyum2 dan borak2 dengan nani. Kalau mak ada,manja je memanjang. Merengek2 manja.So cute!

Dia dah tak sabar nak makan agaknya. Kalau kita makan depan dia,dia akan renung dalam2. Mungkin dia terfikir2 bila nak dapat makan agaknya.Hehe. Hari tu ada aku bagi air suam dengan botol dia pusing kepala,lepas tu bila bagi dengan cawan baru nak minum.Uikssss...

Sekarang nak bg susu pun susah. Sebab sibuk nak main je. Kena bagi susu sambil tunjuk barang mainan,baru habis susu. Kalau tak,memang takkan habis. Kalau camni,kuruslah anak mak...tak boleh...tak boleh...

Benda mainan paling dia suka ialah remote control. Pantang nampak remote pasti usaha nak ambik. Kalau tak dapat apa lagi,menangislah jawabnya...sob...sob...sob...

Dan my little handsome boy ni tak suka dibaringkan atau didudukkan. Sokmo nak berdiri je. Walla,dah besar rupanya anak mak ni ye..hehe

Bulan depan dah boleh bg solid food kat Umair. Tak sabar rasa hati ni nak sediakan dan nak suapkan dia. Siap buat research kat internet pasal solid food untuk baby. Dan dah pun selamat beli buku resepi untuk baby. Nampak kan betapa excitednya aku. Next gaji nak beli blender,feeding set yang menarik dan termos untuk Umair. InsyaAllah.


Ya Allah peliharalah kesihatan dan keselamatan anakku. Aameen!

Umair oh Umair....I love you soo muchhhh...;-)


Thursday, May 24, 2012

PJJ?Sanggup?

Tiba-tiba terfikir untuk menulis tentang topik ni. Bukan ape,tengah bosan2 kat ofis ni aku masuklah ratuhati.com. Ternampak topik pasal PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)

Kalau ditanya mampu tak aku PJJ atau berjauhan dengan suami? Ohhh tidakk! Aku memang tak boleh berjauhan dengan suami aku walaupun seketika. Masa bekerja tu ok la kan. Melampau la kalau kata waktu kerja pun tak boleh berjauhan. Habis je kerja mmg tak sabar nak balik rumah,menanti suami.Rindu!

Kalau suami keluar ke mana-mana atas urusan kerja/NGO, aku dah tertunggu-tunggu dah kat rumah.Rindu!Mula la aku membebel kat mak, mak aku senyum je la.Hehe..

Sejak berkahwin dah beberapa kali juga la suami aku terpaksa ke Tg. Malim/ Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Aku dan anak di rumah. Cuba bayangkan terpaksa berjauhan untuk beberapa hari!Tak mampu....:(

Pertama kali berjauhan ialah masa aku mengandung 6/7 bulan, suami terpaksa ke Tg. Malim sebab ada kematian. Menangis2 aku. Tak sabar menanti kepulangan suami tercinta.Bila suami dah balik....Yehaaaa!Seronoknya!:-)

Lepas tu berjauhan sekali lg masa aku di wad la. Aiyoo. Memang memeritkan. Suami selalu datang melawat time lunch. Pukul 1-2. Lepas tu pukul 5-7.Daripada pagi tak sabar menanti masa melawat. Dah sampai masa melawat, aku ternanti2 muka suami. Terpandang ja muka suami,alhamdulillah...gembira yang amat sangat.Masa melawat tu aku rasa sekejap sangat,tiba-tiba pengawal dah datang menghalau.Ala....sedihnya. Dengan pandangan sayu aku menghantar suamiku pulang....

Apapun,aku rasa bersyukur sangat-sangat bertemu jodoh dengan orang sekampung. Tak perlu melalui PJJ yang memeritkan...Bagi yang sedang melalui PJJ,bersabarlah dan berdoa banyak2 agar cepat dapat duduk sekali dengan pasangan anda. InsyaAllah.

Wednesday, May 9, 2012

Masih Segar Dalam Ingatanku...

******************************************
Tarikh Kenal Hubby
13/9/2010
 (Hari Raya Kedua,Isnin)

Tarikh Risik
 30/10/2010 
(Sabtu)

Tarikh Tunang
 18/12/2010
(Sabtu)

Tarikh Nikah/Kahwin
18/03/2011 
(Jumaat)

Tarikh Lahirkan Umair
17/12/2011 
(Sabtu)

******************************************


Semuanya berlaku dengan cepat. Tidak ku duga tidak ku sangka..
 Mungkin inilah yang dinamakan jodoh dan rezeki....
Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya. AturanNya sangat hebat...
Alhamdulillah,selayaknya segala puji hanya untukNya.



Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim:7)
Di tangan-Mu wahai ALLAH, segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja.
- Surah Al 'Imran, Ayat 26

Tuesday, May 8, 2012

Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Bayi 5 Bulan
Pejam celik, umair dah nak masuk 5 bulan 17/5/2012 nanti. Pantas sungguh masa berlalu. Malam tadi sebelum tidur tiba-tiba terkenang pengalaman melahirkan Umair. 

Sepanjang mengandung keadaan aku memang sedikit lemah walaupun aku tak alami morning sickness seperti wanita lain.

Awal kehamilan rasa sakit di bahagian bawah perut, rasa lemah, muntah-muntah, pening dan rasa nak tidur je. Pertengahan kehamilan, muntah-muntah mula hilang, kaki mula membengkak dengan hebatnya,kaki kejang memanjang, pening memanjang, badan sudah sedikit kuat. Akhir kehamilan,badan sudah kuat, sudah boleh memasak,bengkak kaki belum hilang, badan terasa sgt berat dan tak mampu nak bawak dah. Persamaan pada ketiga-tiga peringkat ialah : KELAPARAN yang tidak mampu ditahan dan BLEEDING. 

Di bawah aku ringkaskan pengalaman saat2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan buah hati kesayangan kami Ahmad Umair Ahmad Zamri.

1/12/2012(Khamis) - Kandunganku baru masuk usia 34 minggu. Sewaktu di tempat kerja aku lihat sedikit darah keluar. Hati mula menjadi risau. Aku terus telefon suamiku dan ibuku. Atas nasihat ibu dan kakakku, aku segera ke Hospital Bersalin Pulau Pinang ditemani suami dan kakakku. Sampai di sana aku terus diperiksa. Dr mendapat sudah ada bukaan 1cm. Dan aku terus dimasukkan ke wad. Inilah kali pertama aku duduk wad! 

Selang beberapa jam aku diperiksa oleh nurse dan aku hanya alami "Weak Contraction" dan aku juga beberapa kali menjalani ujian CTG untuk merakam denyutan jantung baby dan contraction. Aku juga telah diberikan suntikan untuk mematangkan paru-paru baby. Takut kalau tiba-tiba aku melahirkan. 

Pemeriksaan CTG

2/12/2012(Jumaat) - Pagi-pagi aku dimasukkan ke Labour Room. Pengalaman yang sungguh menyiksakan berada di sini. Bilik ini dipenuhi oleh semua wanita yang dijangka bersalin. Kiri kanan semua dengan masalah masing2. Tapi aku dimasukkan di sini untuk diberikan ubat untuk menghalang contraction. Ubat itu perlu diberikan sebanyak tiga kali. Selang beberapa jam. Selepas kali kedua, aku tidak dapat diberikan ubat itu sebab tekanan darah menjadi tinggi. Aku sudah semakin letih berada di dalam labour room sebab sejak pagi tak makan apa-apa lagi. Ditambah dengan keadaan di dalam bilik yang kelam kabut, aku terasa ingin pengsan. Kalau aku tak kuat semangat memang pengsanlah jawabnya! 

Petang lebih kurang pukul 2, aku diperiksa oleh doktor pakar. Menurutnya sekiranya setelah diberikan ubat aku masih sakit, maka aku mungkin boleh melahirkan bila-bila masa walaupun kandungan baru 34 minggu. Air mata aku sudah mengalir. Tak sanggup melahirkan bayi pramatang. Kesian baby tu nanti. 

Pergolakkan emosi yang hebat! Hanya pada Allah aku berserah dan aku banyak beristigfar memohon ketenangan dan mohon dipermudahkan segalanya.

Petang setelah tekanan darah aku stabil aku telah diberikan dos terakhir dan aku hanya keluar dari labour room pada jam 6.30 setelah aku tak mengalami apa-apa contraction. Semasa aku ditolak keluar, aku nampak wajah suami dan ibu bapa mertuaku menanti di luar. Sesaat memandang wajah suami aku sangat gembira dan tenang.

4/12/2012 (Ahad)Aku dibenarkan keluar dari hospital pada hari .Tak sabar rasanya nak keluar dari hospital.Erkkkk! Say no to hospital!Hehe. Empat hari aku dimasukkan wad. Hanya suami peneman setia di sisi. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan suami yang sangat mengambil berat. Aku diberikan MC selama 2/3 hari untuk berehat secukupnya dirumah. Ini part paling best.Hikhik...

~ Bersambung ~