Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Bayi 5 Bulan
Pejam celik, umair dah nak masuk 5 bulan 17/5/2012 nanti. Pantas sungguh masa berlalu. Malam tadi sebelum tidur tiba-tiba terkenang pengalaman melahirkan Umair. 

Sepanjang mengandung keadaan aku memang sedikit lemah walaupun aku tak alami morning sickness seperti wanita lain.

Awal kehamilan rasa sakit di bahagian bawah perut, rasa lemah, muntah-muntah, pening dan rasa nak tidur je. Pertengahan kehamilan, muntah-muntah mula hilang, kaki mula membengkak dengan hebatnya,kaki kejang memanjang, pening memanjang, badan sudah sedikit kuat. Akhir kehamilan,badan sudah kuat, sudah boleh memasak,bengkak kaki belum hilang, badan terasa sgt berat dan tak mampu nak bawak dah. Persamaan pada ketiga-tiga peringkat ialah : KELAPARAN yang tidak mampu ditahan dan BLEEDING. 

Di bawah aku ringkaskan pengalaman saat2 sebelum, semasa dan selepas melahirkan buah hati kesayangan kami Ahmad Umair Ahmad Zamri.

1/12/2012(Khamis) - Kandunganku baru masuk usia 34 minggu. Sewaktu di tempat kerja aku lihat sedikit darah keluar. Hati mula menjadi risau. Aku terus telefon suamiku dan ibuku. Atas nasihat ibu dan kakakku, aku segera ke Hospital Bersalin Pulau Pinang ditemani suami dan kakakku. Sampai di sana aku terus diperiksa. Dr mendapat sudah ada bukaan 1cm. Dan aku terus dimasukkan ke wad. Inilah kali pertama aku duduk wad! 

Selang beberapa jam aku diperiksa oleh nurse dan aku hanya alami "Weak Contraction" dan aku juga beberapa kali menjalani ujian CTG untuk merakam denyutan jantung baby dan contraction. Aku juga telah diberikan suntikan untuk mematangkan paru-paru baby. Takut kalau tiba-tiba aku melahirkan. 

Pemeriksaan CTG

2/12/2012(Jumaat) - Pagi-pagi aku dimasukkan ke Labour Room. Pengalaman yang sungguh menyiksakan berada di sini. Bilik ini dipenuhi oleh semua wanita yang dijangka bersalin. Kiri kanan semua dengan masalah masing2. Tapi aku dimasukkan di sini untuk diberikan ubat untuk menghalang contraction. Ubat itu perlu diberikan sebanyak tiga kali. Selang beberapa jam. Selepas kali kedua, aku tidak dapat diberikan ubat itu sebab tekanan darah menjadi tinggi. Aku sudah semakin letih berada di dalam labour room sebab sejak pagi tak makan apa-apa lagi. Ditambah dengan keadaan di dalam bilik yang kelam kabut, aku terasa ingin pengsan. Kalau aku tak kuat semangat memang pengsanlah jawabnya! 

Petang lebih kurang pukul 2, aku diperiksa oleh doktor pakar. Menurutnya sekiranya setelah diberikan ubat aku masih sakit, maka aku mungkin boleh melahirkan bila-bila masa walaupun kandungan baru 34 minggu. Air mata aku sudah mengalir. Tak sanggup melahirkan bayi pramatang. Kesian baby tu nanti. 

Pergolakkan emosi yang hebat! Hanya pada Allah aku berserah dan aku banyak beristigfar memohon ketenangan dan mohon dipermudahkan segalanya.

Petang setelah tekanan darah aku stabil aku telah diberikan dos terakhir dan aku hanya keluar dari labour room pada jam 6.30 setelah aku tak mengalami apa-apa contraction. Semasa aku ditolak keluar, aku nampak wajah suami dan ibu bapa mertuaku menanti di luar. Sesaat memandang wajah suami aku sangat gembira dan tenang.

4/12/2012 (Ahad)Aku dibenarkan keluar dari hospital pada hari .Tak sabar rasanya nak keluar dari hospital.Erkkkk! Say no to hospital!Hehe. Empat hari aku dimasukkan wad. Hanya suami peneman setia di sisi. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan suami yang sangat mengambil berat. Aku diberikan MC selama 2/3 hari untuk berehat secukupnya dirumah. Ini part paling best.Hikhik...

~ Bersambung ~


Comments

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil