Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Adehh,penatnya bercakap.bertambah penat kalau student pun sibuk nak bercakap masa cikgu bercakap.Selalunya aku akan menegur,tapi dah berbuih mulut aku menegur. Kadang2 kalau aku berhenti bercakap sekejap,student faham2 lah. So, dorang akan berhenti bercakap tapi tak sampai 2 min,sambung semula.Adakah aku begini ketika menjadi student dulu.Alamak,tiba2 hilang ingatan plak.kuikuik..

Bila aku mula kelas lambat (sebab menunggu kelas penuh),dorang suruh mula cepat2. Bila dah mula,dorang bising plak.Bila aku bagi assigment, dorang akn cakap "assignment lagi?.cikgu ajarlah..." Bila aku nak mengajar, dorang akan ckp "cikgu,blajar lagi ke?". Bila kolej bagi cuti, semua bising. Tapi bila takda cuti, semua sibuk tanya bila nak cuti.

Agaknya cikgu dan anak murid sentiasa mempunyai kehendak dan kemahuan yang bertentangan?Ataupun memang tabiat anak murid untuk buat dan cakap sesuatu yang bertentangan dengan arahan dan kata-kata cikgu? Entahlah...

Tapi yang pasti baru aku setahun jagung dalam bidang pendidikan ni.Masih terlalu banyak yang perlu aku belajar mengenai banyak benda. Ya Allah,permudahkanlah kembara aku dalam dunia ini...

Di hujung pengajaran aku hanya mampu berkata "cikgu doakan kamu semua jadi cikgu. Sebab bila kamu jadi cikgu baru kamu akan faham perasaan cikgu". Semua tercengang...hihihihi...

************************** 
Oh ya! Semalam aku sudahpun membeli handphone baru.Alhamdulillah.Asalnya nak warna pink ataupun turqoise.Tapi si penjual tu cakap,takde market di sini. At last, aku ambik putih la. Ok gak,smart!
Nokia X3 Type and Touch
Aku sebenarnya jatuh hati pandang pertama dengan handphone masa aku dok survey nak beli handphone. Bagi aku,bentuk handphone nampak smart. Tu yang berkenan sangat tu. 
Semalam dah habis explore dah. Function dia kebanyakkan sama macam nokia yang dah biasa aku guna. Jadi,proses explorasinya menjadi mudah sedikit.kuikuik.Cuma,ada satu function tambahan iaitu WIFI. Alhamdulillah,setakat ni nampak semuanya ok.
Nokia C3 

Kalau tak jadi beli handphone X3 tadi,aku akan beli handphone ni. Ok gak kan? Especially, yang warna pink tu.Pink jugak!isy...isy...isy...:-D 

******************************
Korang terfikir2 ke apa kaitan tajuk entry aku dengan entry aku kali ni? Actually takda kaitan langsung. Itu hanya sekadar lirik lagu yang aku terbaca dalam surat khabar semalam. Lirik tu menarik perhatian aku. Ermm,boleh ke takdir tercepat? Bagi aku,setiap benda yang Allah tentukan is just nice. Allah tahu apa kita perlukan dan bila kita perlukan. Jadi DIA akan berikan semuanya tepat pada waktunya.Jadi,renung-renungkalah.... 

"Wahai Tuhan yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang Berdiri Sendiri, dengan rahmah-Mu daku pohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku, dan janganlah diserahan kepadaku sekalipun sekelip mata."
             ~Doa' no 88 dalam Hisnul Muslim lil Qahthan~

notakaki : kadangkala penantian itu memang indah.seindah pelangi selepas hujan dan panas...

Comments

Amilin Zanal said…
Hajar,napela suka dengan nokia c3..i pun nak beli tau..hehehehe...takperla kita sama2 minat kita beli k.
Ummu Umair said…
aik,milin bukan dah dpt hadiah daripada en.abang ke?hehe

kami tak beli pun c3..kami dah beli xe...:)
Anonymous said…
hahah, x3 tk comey mcm c3..haha..die petak..bleh ke komen gtu ja..t kna sue woo..tolong milin,jgn saman kami...kuikuik..ape2pun....ape jenis hp pn cntik di mata empunya da ler..

sis, u rsa statement u di phami student tak..tercengang paham atau tak je woo..hahah..i rsa drg kenot undeseteng
Ummu Umair said…
cik ros,u jgn ckp x3 cam gitu..nanti kicik hati tuan dia..isk2...kuikui...u patut ckp,x3 comey mcm tuan dia gak,tu baru betul..hihihii...

haha,tu la pasal.ntah dorang paham ke tak...tp menurus firasat i yang selama ni mendidik dorang,i rasa dorang paham r tu,sbb ada respon.kalau tak paham,selalunya takda respon..

mmg susah nak cari student cam kita ni sis...kan..kan...kan?hihihi

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Tentang aku dan si kecil