9 May...Apa ada?
27 tahun yang lepas, pada tanggal 9 May telah lahir seorang puteri yang sangat comel. Puteri kepada En. Ali dan isterinya. Seorang puteri yang diberi nama Roznifa bt Ali yang kini telah selamat bergelar zaujah kepada Idzwan Ahmad dan ibu kepada Muhammad Razin B. Idzwan
Hadirnya cik ros memang memeriahkan keadaan. Celotehnya yang bersahaja mampu mencuit hati sesiapa disekelilingnya. Marah cik ros agak menggerunkan. Grrrrr...takut...takut..! Mengenalinya ketika di IIC. Pada mulanya memang sedikit seriau dengan kelaserannya. Alah bisa tegal biasa. Semakin lama semakin sudah biasa dengan caranya. Semakin rapat setelah sama-sama menjejakkan kaki ke UIA. Dan bertambah rapat setelah sama-sama memilih untuk berada dalam satu kumpulan Final Year Project. Pelbagai kenangan suka duka dilalui bersama. Dan sekarang walaupun terpisah sejauh kutub utara kutub selatan,sms sentiasa menjadi penyambung silaturrahim.
Cik Ros memang merupakan seorang sahabat yang baik dan pemurah. Juga sentiasa memberi kata semangat kepada aku. Sentiasa ceria. Sentiasa ada untuk berkongsi masalah. seorang kawan yang mempunyai hati yang baik. Dia jugaklah insan yang paling pertama akan muncul di depan pintu bilik aku seawal pagi di hostel dahulu.Rindu akan momen-momen itu!
Lahir dalam bulan yang sama membuatkan kami ada sedikit persamaan yang membuahkan keserasian. Sama tapi tak serupa!
Cik ros, terimalah ucapan selamat hari lahir yang ke 27 teristimewa dari Cik Siti. Cik siti sentiasa doakan kebahagiaan you dan family you dunia akhirat.Moga rezeki korang sentiasa dimurahkan dan diberkati Allah. Dan moga persahabatan kita berdua dan mohabbatein yang lain sentiasa terjalin selamanya.Ameen Ya Allah!Love & miss you all so much
Sis, hadiah untuk you dan baby razin on the way...tungggguuuuu.....:D
p/s : entry yang u nanti2kan tu masih dalam proses karangan lagi...nanti bila dah lengkap, i post kat sini ek...
Comments
adiah gapie plg di sukai...syg i tak?
mestilah i sayang u...tp sayang razin lg..:D
gapie..oh gapie.nxt yr i bg patung gapie la ek?hehe