bosan & aku

argghhh,bosannya hidup tanpa kawan.dua orang kawan aku cuti,sebab student2 dorang dah start exam.so,lecturer tak payah datang kerja unless utk invigilate exam. so,tinggal lah aku sorang2.walaupun ada fb menemani,tapi tetap bosan.ermmmmm...teringin kembali ke alam uia.alam yang penuh keseronokkan dan kegembiraan bersama teman2 tersayang.disulami duka,tengkar,salah faham.tapi bila dah lepas,semua itu menjadi manis belaka...

bilik aku sentiasa menjadi tumpuan geng aku(ida,ros,wani) untuk lepak.makan sama2.minum sama2.gossip sama2.tengok cite sama2.study sama2.buka posa sama2.gelak sama2.nangis sama2.tido pun sama2.atas single bed tu.haha.memang kenangan terindah...

sorang datang order nescafe,sorang lagi order milo.dua je la minuman yang mampu disediakan dalam bilik aku yang kecil tu.sape lagi tukang buatnya?kalau bukan aku?hehe

masa exam lagi la.mesti kumpul sama2 study.tapi selalunya sembang yang lebih.memang pantang jumpa ada je benda yang nak disembang.tak cukup tu sambung lagi dalam sms.dari buka mata sampai lelap mata.kadang2 sampai termasuk mimpi...dan tradisi ini masih dikekalkan sehingga sekarang.tp hanya antara cik siti & puan ros @ ibu razin. ye la,kawan2 lain sibuk dengan keje masing2.kadang2 ym/call je.

ermmmm....banyak lagi lah..nantilah sambung.nak kuar lunch

notakaki : tulisan cik siti makin hambar.tak tau apa puncanya.adakah kerana jiwanya yang makin hambar?kuang...kuang...kuang...

Comments

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil