Satu pagi di hari Jumaat

Hari ini setelah solat tiba-tiba suamiku memanggilku memandangkan aku di bilik sebelah. Jarang sekali suami memanggil aku waktu sebegini. Dengan rasa tertanya-tanya segera aku ke bilik sebelah di mana suami aku berada.

lebih kurang beginilah mata suamiku
Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku menunjukkan matanya yang bengkak. Sangat terkejut! Takut! Kenapa tiba-tiba boleh terjadi begitu? Namun menurut suamiku mungkin kesan ubat yang di ambil semalam di klinik kesihatan.Bengkaknya semakin lama semakin membesar dan hampir sahaja tidak boleh membuka mata.

Alkisahnya, semalam suamiku telah ke klinik kesihatan sebab sejak kebelakangan ini suamiku sering rasa sakit belakang antara kepala dan tengkok, terutamanya apabila mengangkat barang berat. Aku sudah beberapa kali menasihatinya, namun tak diendahkan. Namun semalam akibat sakit yang tidak tertahan lagi lalu suamiku segera ke klinik kesihatan. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit tersebut telah sembuh setelah memakan ubat tersebut. Aku dan suamiku gembira dan bersyukur....

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun siapa sangka siapa menduga rupanya suamiku tak sesuai dengan ubat tersebut. Kesian melihat mata suamiku yang membengkak. Tak putus-putus aku berdoa semoga penyakit suamiku segera sembuh dan semoga suamiku akan sentiasa sihat....

Aku memang punya kelemahan sedikit,tak mampu melihat orang kesayangan aku sakit terutamanya ibuku dan keluargaku. Dan kini suamiku...Semoga semua insa kesayangan aku sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik

Dan sekarang suamiku sedang berada di klinik kesihatan tersebut semula untuk mendapatkan rawatan susulan. ampai sekarang suamiku masih menanti giliranya almaklumlah orang sentiasa ramai di klinik kerajaan apatah lagi waktu pagi sebegini. Sabar yer abang.Keinginan di hati untuk menemankan suamiku namun apakan daya aku terpaksa bekerja... :(


Comments

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil