16 Minggu Sudah Usianya


Hari ini sudah 16 minggu usia kandunganku. Alhamdulillah setakat ini semuanya dimudahkan Allah dan semoga segalanya akan mudah bagiku sehingga ke akhirnya. Aamiin! 

Tanggal 12 May 2011(Khamis), aku terdetik untuk melakukan ujian UPT (Urine Pregnancy Test) setelah dua sahabat kesayanganku sah hamil.Apatah lagi didorong hebat oleh dr peribadiku yang sentiasa di sisiku,tak lain tak bukan Dr Rossy @ Cik Ros. Saat2 pertama hanya satu line yang muncul membuatkan aku kecewa sedikit. Tidak lama kemudian aku sudah mula nampak line kedua. Alhamdulillah,betapa syukurnya hatiku. Ujian UPT pertama yang aku lakukan setelah bernikah terus menampakkan dua line. Ini bermakna aku sudah hamil! Mengikut perkiraan tarikh,waktu ini aku hamil 5  minggu.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu. Terus aku khabarkan pada suamiku,keluargaku dan sahabat2 terdekatku. Nyata semuanya gembira menerima perkhabaran tersebut.Walaupun begitu, aku tidak meletakkan 100% keyakinan pada ujian tersebut. Aku sabar menanti untuk melakukan pemeriksaan di klinik.
Gambar Hiasan : Dari Google

Tanggal 14 May 2011(Sabtu) iaitu sehari sebelum ulangtahun kelahiranku, aku ditemani dua insan tercint iaitu suami dan ibu ke klinik.Hatiku berdebar-debar. Alamak,ramainya! Dengan penuh kesabaran kami menanti. Kini tibalah giliran aku. Aku dipanggil untuk melakukan ujian UPT. Selesai ujian tersebut, aku dipanggil masuk ke bilik doktor. Arrgghh,sudah tidak sabar rasanya hati ini. Terus aku bertanyakan pada nurse yang bertugas hasil UPT tadi. Keciwa! Nurse meminta aku menunggu doktor untuk menjawabnya. Selang beberapa minit, dr masuk." Ok, you are pregnant ya 5 weeks 2days". Walla,kata-kata yang dinanti. Kemudian terus dr memeriksa perutku. Selesai diperiksa, terus aku sms suamiku yang sedang menanti diluar. Excited sangat la tuh! Hiihihhii...

Ku kira ini hadiah paling bermakna sempena hari kelahiranku. Syukur sangat2 :). Namun ada sesuatu yang tidak dijangka. Pulang ke rumah aku mendapati sedikit pendarahan. Jiwa kusut! Menurut ibu dan kakakku,bagi sesetengah wanita pendarah itu normal. Namun hati aku masih tidak menentu. Aku terus menjadi lemah. Menjelang sudah tiada pendarahan. Begitu juga hari ahad.Aku sudah boleh menarik nafas lega. Alhamdulillah.
Namun begitu,16 May 2011(Isnin) pendarahan kembali berlaku. Aku dan suamiku segera ke klinik di seberang jaya. Setelah diperiksa dr menjelaskan tiada apa-apa yang merisaukan dan meminta aku untuk banyak berehat dan tidak membuat kerja-kerja berat. Aku turut diberikan ubat untuk menguatkan rahim. Dr juga turut menjelaskan pendarahan ini kemungkinan disebabkan implantasi ataupun tanda-tanda keguguran. Nauzubillah,moga dielakkan daripada perkara-perkara tidak diduga. 

Dan awal kandungan sememanganya tubuh badanku sangat lemah. Berjalanpun sudah gaya baru melahirkan. Kelakar apabila diingat kembali. Mujur ada suamiku untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Dan syukur juga kebetulan aku sedang bercuti seminggu. Aku menggunakan masa ini untuk berehat sebaiknya. Masih aku ingat bihun goreng masakan suamiku yang sangat sedap untuk sarapan tatkala aku tidak mampu menyediakan sarapan untuknya.. Terima kasih abang,jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

Tanggal 19 May 2011(Khamis) sekali lagi pendarahan. Kami segera ke klinik kesihatan seberang jaya. Dan sekali lagi aku dinasihatkan untuk banyak berehat. Malam itu kami kembali ke rumah ibuku. Tinggal beberapa hari sahaja untuk mula bekerja. Sejak hari itu sehinggalah kandunganku berusia lebih kurang 15 minggu kami terus menetap di rumah ibuku memandangkan tempat kerja kami yang berdekatan dengan rumah ibuku. Apatah lagi aku dinasihatkan untuk tidak menaiki moto. Sekali lagi, suamiku berkorban untuk aku. Aku sangat terharu. Ya Allah, hanya Engkau mampu membalas jasa suamiku.

Seawal usia kandungan 4 minggu hingga ke 3bulan aku diuji dengan sakit allergik aku. Makin teruk. Kadang-kadang aku sangat tertekan. Aku tak boleh makan apa-apa selain ikan dan sayur. Keinginan untuk merasa pelbagai makanan yang sedap membuak2 namun terpaksa bertahan kerana allergic. Dugaan Allah hebat. Sedang sahabat-sahabatku (ros dan ida)  berdepan dengan ujian muntah yang sangat teruk,aku pulak berdepan dengan ujian allergic. Maha Kuasa Allah yang berhak menguji hambaNya, aku redha dan tidak putus berdoa semoga allergi aku sembuh. Badan tidak mampu menanggunya lagi. Habis luka dan bercalar akibat digaru. Dan pedih bila terkena air. Pelbagai usaha dilakukan,namun tiada jalan keluarnya...

Masuk bulan ke 2, aku sudah mula pening-pening. Dari pagi sampai ke malam pening. Namun syukurlah muntah jarang sekali. Seminggu sekali/dua kali sahaja. Keadaan tubuh badan juga hampir kembali stabil dan tidak selemah dulu. Namun masih perlu berjaga-jaga. Betul lah kata dr rossy masing-masing lain dugaanya. Aku akui!

Apabila masuk bulan ke 3, suatu keajaiban seolah berlaku dalam hidupku. Allergic aku tiba-tiba sembuh. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar rintihan hambaMu. Aku dan suamiku sangat bersyukur. Allah itu Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih. Semoga aku akan terus sembuh hingga ke akhirnya.

Kini, aku sudah mula sakit kaki khususnya tapak kaki aku. Kalau banyak berjalan ataupun lama berdiri mula lah sakit. Kadang-kadang bengkak juga tapak kaki aku. Mungkin badan tidak mampu menahan tambahan berat.Walla! Agaknya berat bertambah dengan hebat.kuikuik. Minggu depan baru tau berapa banyak beratku bertambah sebab aku perlu ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan bulanan. Aku juga sudah dapat merasa denyutan jantung bayiku. Alangkah gembiranya hati :).

23/07/2011(Sabtu) aku juga seolah-olah sudah dapat merasa tendangannya namun tidak pasti sebab rasanya masih awal lagi. Kena sabar menanti dia tendang betul-betul la nampak gayanya. Dan sebenarnya aku sangat teringin untuk melihat babyku didalam perut ni. Apa khabar dan rupanya di dalam. Bila agakya suamiku nak bawak aku ke klinik utk scan?:(

Sumbangan Cik Google : Mungkin beginilah rupanya bayi dalam perutku
Menjangkau usia 4 bulan kandunganku,perutku sudah nampak sedikit. Dan aku dah selamat merasmikan baju mengandung. Awal kan?haha. Tak sabar nak pakai baju tu sebab baju tu cantik. Dan rata-rata baju aku,kainnya sudah ketat. Pipi ku juga sudah tembam. Walla!Azam aku lepas melahirkan,insyaAllah kena bekerja keras untuk menurunkan berat badan. Mungkin lebih kurang daripada berat aku sebelum mengandung. Berapa berat aku?Oppppsss...biarlah rahsia...kuikuik
Ohh ya, minggu depan sudah mula berpuasa. Sudah terasa kehangatan ramadhan kareem. Niat dihati ingin berpuasa, namun bergantung pada keadaanku.InsyaAllah...Dan doaku semoga kandunganku sentiasa sihat selamanya. Semoga kehadiran baby kami akan mengukuhkan ikatan cinta dan kasih sayang antara aku dan suamiku. Semoga baby ini nanti akan menjadi zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Aamiin ya Allah.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. (Surah Ali’ Imran: 38 )
notakaki : Tak sabarnya menanti bulan january 2012. Tak sabar menatap wajah baby ...

Comments

Golden Rose said…
congrats....moga ALLAH melindungimu & baby selalu
Ummu Umair said…
sharifah,tq2...aamiin ya Allah!:)
roznifa83 said…
roznifa doc tak bertauliah hnya berdasarkan pembacaan dan pengalaman..jgn percaya ye..dgr je boleh..bab bleeding ttp tak lh main2..cikc t sgt buas ni..da pesan da rest,tk nak..nk gk beraktiviti riadah..
Ummu Umair said…
semangat membeli tv baru dan memilih handbag hadiah dr suami,tu yang riadah terlebih tu..haha..

apapun,semoga kehamilan kita dipmudahkan.aamiin!

Popular posts from this blog

Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Rabbi yassir wala tu'assir

New Life New Beginning