Disebalik kesukaran,pasti ada kesenangan!

Alhamdulillah.Tiada lafaz lain sesuai utk mengambarkan perasaan aku ketika itu. dan tawakkalnya aku kali ini hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Betapa berserahnya aku kepadaNya menghadapi antara saat-saat yang sukar itu,hanya Dia Yang Mengerti.
Setelah mencuba beberapa kali akhirnya aku lulus!Subhanallah.Maka benarlah firmanNya :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.~ 5-6 : al -Inshirah ~
“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” .
~ Yusuf : 12 ~
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”~ Al-Baqarah: 216 ~notakaki: Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa.Kubiar pena menulis meluahkan hasrat dihati....
Comments