Destinasi Puncak Cinta Tertinggi

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. 
-Ar Ra'du : 28-

Pada masa,saat dan ketika ini,pelbagai perasaan sedang menguasai jiwa aku....


MARAH...
Terhadap student,terhadap orang itu dan terhadap orang ini...
Tapi tak dpt aku luahkan...
Aku sentiasa ada masalah untuk meluahkan kemarahan
Akhirnya,aku terpaksa berbicara dengan diri sendiri untuk menghilangkan kemarahan itu
RINDU...
Terhadap netbook,handphone,handbeg dan seangkatan dengannya...
Rindu tidak bermaksud aku tidak redha...
Rindu pada masa-masa lalu...
Rindu beerti aku mengingati
Rindu pada arwah ayah aku...
Rindu bermakna aku tidak pernah melupakan

SEDIH
Sedih mungkin kerana ada rindu
ataupun aku rindu kerana aku sedih?

TERTEKAN
Bila fikirkan banyak kerja perlu diselesaikan 
Bila marah, rindu dan sedih hadir serentak
Bila perlu menghadapi pelbagai ragam manusia yang menyiksa jiwa
Bila marah tidak terluah,rindu tidak terlafaz,sedih tidak terungkap...

Lalu bersatulah semuanya
Menyesakkan dada
Memberatkan minda
Tersimpul...
Seolah-olah tidak dapat dirungkai....

Akhirnya menjadi bicara bisu.....yang hanya jiwa ini mengerti
Dan jalan keluarnya hanya pada hati dan minda ini
Dengan bantuan Illahi...

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada
**********************************
Oppsss....apa aku dok melalut ni? Actually,cik siti ok jer....dont worry be happy!;-)

Masa untuk balik semakin hampir.terbayang-bayang masakkan bonda tercinta.masakkan paling enak dahulu kini dan selamanya...love u mom!;-)

Notakaki : Menuju ke Destinasi Puncak Cinta Tertinggi...

Comments

Amilin Zanal said…
heheh..
selepas ini,semua perasaan tu akan hilang apabila ada orang yang menemani sepanjang hidup..rasa2 itu akan tinggal sahaja di pejabat,dimana2 tetapi bukan dirumah,kerana senyuman orang tersayang menanti di rumah..heheheh
Ummu Umair said…
insyaAllah milin,hopefully camtulah ;-)

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil