Posts

Showing posts from December, 2010

Back to Work!

Image
  malasnya nak masuk keje..sob..sob.. cuti pun dah abis.kerja bertimbun lagi tak siap.ahad ni dah kena present.baru start buat semalam.isnin ni dah kena mengajar silibus baru untuk kelas sesi petang. bila nak buat ni cik siti?isk..isk... entahlah,rasa malas sangat nak buat kerja kat rumah time2 cuti ni.ya la,cuti untuk bercuti bukan untuk bekerja kan?mood makin hilang,semangat makin kelam.ohh no!wake up cik siti.energize urself!!! tapi takpa,by hook or by crook aku akan siapkan gak semua kerja-kerja aku.sesungguhnya itu adalah amanah buat diriku.... walaubagaimanapun,aku memang enjoy cuti ni. banyak kerja rumah yang aku dapat laksanakan.lega hati den!alhamdulillah... ohh ya,hari rabu lepas  bersamaan 29/12/2010 keluar p survey baju pengantin. sadis betul takda satu pun yang berkenan di mata ni dan yang lagi sadis semuanya mcm ketat ja. ada satu kedai ni,konsepnya "Islamic" tp hairan bin ajaib,tudungnya tetap tidak menutup aurat sepenuhnya!hampa dan kuciwa diriku.nak ke...

Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

Image
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita . Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya. Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada...

Cuti...Oh Cuti...

Image
keep on running.never turn back! Sedang membuat ujian lisan kepada anak-anak murid aku,tiba-tiba datanglah seseorang membawa perkhabaran gembira buat jiwa ini. Akhirnya, aku dapat bercuti seminggu..Alhamdulillah! Tersenyum lebarlah cik siti selepas menerima perkhabaran itu :D seminggu cuti yang aku sangat-sangat harapkan untuk berehat dan mengemas apa yang patut di rumah. namun, dalam hati ada satu keinginan. ingin bertamu ke negeri orang jauh nun  di selatan sana. ingin melawat "mohabbatein" kesayangan yang hampir 2 tahun tak bersua muka. cik ros! adakah hajat hamba akan kesampaian?adakah kaki ini dapat menjejak bumi johor bahru?kita nantikan episod seterusnya ya!hihih Cetusan Rasa : Bahagia itu ada di jiwa . Mahkota di singgahsana rasa. Bahagia itu adalah suatu ketenangan...

Liku-liku

Entah kenapa,seminggu kebelakangan ni bait-bait nasyid kegemaran ku satu ketika dulu kembali meniti di bibir.Liriknya penuh makna,melodinya penuh jiwa..   Terimalah.... penuh liku jalan kulalui penuh tipu kaburi pandanganku jadi lesu pulangku kembali kepadaMu biarpun payah kan kugagahi langkah dan berserah pada cahaya rinduku padaMu lautan darah kuharunginya penuh derita kuhanya manusia biasa punyai rasa dan punya harga biarpun payah kan kugagahi langkah dan berserah pada cahaya rinduku padaMu bersama duka kan hadir suka dan pada derita ada penawarnya di dalam lena mungkinku terlupa bila terjaga kurindu padaMu sejernih embun pagi cita tersemat di hati ku tak lagi mencari yang hampir hanya ilusi bila cahayanya sebati budaya pun mewangi kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi rinduku padaMu....                - Liku-liku - Brothers -   Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-...

Genap Setahun Sudah

Image
Salam Awal Muharram 1432H buat semua teman-teman pengunjung blog Cik Siti.Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kebahagian buat diri kita semua. Dan semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa istiqamah dalam merealisasikan azam-azam kita.InsyaAllah.. Diam tak diam,dah setahun usia blog ni, Dan dalam setahun ni juga mcm2 episod suka duka silih berganti. Episod suka diiringi gelak tawa, Episod duka,tangisan jua peneman setia. Namun semuanya membawa pengertian tersendiri buat diri ini. Kenangan adalah sebuah ilham kelukaan adalah sebuah kematangan Kenyataan adalah sebuah pengajaran yang sukar didefinisikan *********************** “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” ~Ar-Rum : 21~ Dalam tempoh ...

Dosa-dosa dan Facebook

Image
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :- 1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook . Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut ol...