Tendangan Pertama
"Wahai Robb kami, karuniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Al Furqon: 74) 24/8/2011 bersamaan 24 ramadhan, masa aku sedang terbaring keletihan selepas solat maghrib tiba-tiba terasa ada benda bergerak dalam perut.Wahhh,babyku sudah mula bergerak. 2/3 minit selepas tu,mula terasa tendangannya yang pertama. Ya Allah, sungguh indah perasaan itu. Baby semakin aktif dari sehari ke sehari. Setiap hari mesti ternanti-nanti tendangannya.Dan sekarang dah makin kerap tendangannya. Kadangkala,kuat sehinggakan bila tangan diletakkan atas perut boleh dirasa tendangan tu. Kadangkala,lembut je tendangannya. Kadangkala, kalau terdengar suara bapanya, terus boleh terasa tendangannya,dah boleh cam suara bapa kot ek baby...bagus2 :D Sekarang usianya sudah menjangkau 22 minggu. Ya Allah lindungilah dirinya.... 22 weeks --> At 11 inches ( the length of a spaghetti squash )...