Posts

Showing posts from April, 2012

Perkembangan Umair : 4 Bulan

Image
Semalam petang ketika berada di pejabat, ibu menelefon aku. Dalam hati sudah terdetik mesti panggilan ini membawa perkhabaran tentang anak aku. Memang tepat sekali! Rupanya Umair dah meniarap. Alhamdulillah syukur sangat2. Lagipun, aku dan suamiku tidak sabar menanti nak tengok Umair meniarap...dan akhirnya....Alhamdulillah syukur sgt2.  (Dalam hati ada sedikit rasa ralat tak dapat melihat kali pertama anakku meniarap,namun apakan daya.Lumrah ibu bekerjaya, seringkali kehilangan saat-saat manis melihat perkembangan dan perubahan anaknya) Selepas itu, aku dah tak sabar-sabar menanti pukul 5. Nak balik tgk Umair meniarap. Hehe. Dan bila balik,ibuku sudah sedia menanti di depan pintu. Umair bila dah nampak aku, terus lompat nak suruh aku dukung. Lepas tu tak nak balik kepada ibuku. Sungguh kelakar melihat situasi ini. Ibuku cuba memanggil 2/3 kali, namun tidak berjaya. Syabas mere beta! Lebih kurang pukul 8 mlm,Umair dah mula menunjukkan aksinya kepada aku dan suamiku. Namun dia...