Kita adalah Kuntum Mawar
Perkongsian yang bermanfaat buat Muslimah yang dipetik dari blog UmmuHusna.Artikel yang panjang,namun harap kalian sudi meluangkan masa untuk membacanya dan mengambil iktibar :) P erkara-perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah/wanita sebelum mengenakan sebarang alat solekan pada wajah : 1) Bahan solekan adalah halal dan tidak m emudaratkan. 2) Bersolek bukan untuk tujuan menggoda atau mendapat pujian lelaki atau bagi menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri. 3) Penggunaan pelembab bibir, losyen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit dari kekeringan, rekahan dan lain-lain. 4) Tidak mengubah mana-mana bahagian pada anggota tubuh semula jadi ( iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan ) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindik pada lidah, bibir dan sebagainya. 5) Hendaklah tidak mengambil khidmat juru solek berlainan jantina dan bukan mahram. 6) Tidak...