Hari Terakhir di Sekolah
Semalam 31/12/2009 dengan rasminya aku telah pun tamat kontrak di sekolah,tempat aku bekerja. Sedih tu memang sedih. Nak tinggalkan tempat tu dan sebab aku dah tak ada kerja!Aduh,realiti yang amat pahit untuk ditelan.Sape suh telan?Muntah je la!kuikuik...
By the way,dugaan Allah ni aku terima dengan hati yang tawaduk dan redha.Sebab aku tau ujian Allah bersebab. Sebab DIA sayangkan aku.Sebab DIA TAHU aku kuat.Sebab DIA nak ampunkan semua2 dosa-dosa kecil aku.Moga2 bila aku kembali menghadap DIA dalam keadaan terampun semua dosa-dosa kecil aku.Ameen Ya Allah.Dan akhir sekali,dugaan tandanya Allah nak mengangkat darjat seseorang hamba DisisiNya.Layak aku ya Allah?
Oh ya!Semalam tugas terakhir yang aku lakukan di sekolah ialah menulis surat amaran ke4 untuk kerani sekolah aku sbb tak datang bertugas!wah..wah...sampai kerani termasuk dalam mimpi aku mlm td.hihhi...adakah aku rasa bersalah???oooh...tidak.sedikit pun aku tak ada rasa bersalah. Aku memang harap sgt kerani sekolah itu akan bertukar.Dan moga diganti dengan kerani yang baru yang lebih bagus dan mempunyai attitude yang baik.
Disebabkan sifat tidak bertanggungjawab kerani yang tidak datang bertugas,banyak kerja yang tertangguh tambah2 soal gaji terutamanya gaji aku.waduh..waduh.gaji bulan 11 tak masuk lg sampai skarang.so camne aku nak shopping nie?mcmana aku nak byr bil?mcmana aku nak byr hutang ptptn?isk..iskk..hehehe...dan paling penting sebab dia tak datang,aku kena ke sekolah untuk buat kerja!Tapi ok gak la.Takde lah aku bosan sangat kat rumah...
Hari terakhir kat sekolah,kaki ni tak sabar2 nak melangkah balik ke rumah.hehe.Masa salam dengan guru besar dan penolong kanan,rasa terharu gak la.Tapi aku tak nangis pun.Sila ambil perhatian : Aku tak nangis ...hihihi...
Moga2 hari mendatang pada tahun baru ni akan aku sambut dengan ceria dan bahagia.InsyaAllah.doakan aku yer kawan-kawan.
Comments
regards: marlinda musa