Rabbi yassir wala tu'assir



jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain. sesetengah orang memang rezeki sampai cepat. dan sesetengah orang Allah tangguhkan dengan sebab yang tersendiri. itu perancangan Allah.makan perancangan Allah sudah pastinya yang terbaik untuk diri kita

syukur dengan apa yang ada,redha dengan yang tiada. hidup kita sementara. insyaAllah apa yang ditangguhkan buat kita di dunia ini,Allah akan mudahkan di akhirat nanti. nak dunia yang sementara atau akhirat yang kekal abadi?perlu ke soalan ini difikir? i dont think so! sudah semestinya akhirat yang kekal abadi selama2nya akan menjadi pilihan semua yang bergelar "Muslim". jadi,sabarlah menanti...

inilah yang terbaik buat diriku pada ketika ini.ya Allah,bimbinglah aku pimpinlah aku untuk sentiasa redha dengan takdirMU dan dugaanMU yang bertimpa2. ajarlah aku untuk benar2 redha dengan ketentuanMU.berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk terus bertahan. rezeki yang Engkau tangguhkan buatku,Engkau gantikanlah dengan yang terbaik buat diriku dan orang sekelilingku.

dan pasal "ckp2" orang,abaikan je. Allah ada bersama kita. sentiasa bersama kita setiap saat. dugaan2 DIA tandanya DIA sayangkan kita. DIA ingat kita. kita dalam perhatian DIA. so,siapa yang beruntung kat sini? kita yang diuji? ataupun "orang2 yang sentiasa suka berkata"? mereka akan terus berkata2 sebab mereka dah punyai segalanya dalam hidup. mereka akan terus berkata2,tidak mungkin mereka kenal erti lelah. sebab yang penting bagi mereka ialah untuk berkata2 dan menyakitkan perasaan orang.jadi biarlah mereka terus berkata2 dan menyakitkan orang.

tp yang penting,kita yang terus dekat dengan Allah dan terus dalam perhatian dan kasih sayang Allah. dugaan itu rahmat?sepatutnya ianya menjadi rahmat bagi orang2 yang beriman.insyaAllah.

Rabbi yassir wala tu'assir

Comments

sireh hijau said…
moga dipermudahkan..aminn
Ummu Umair said…
sireh hijau,syukran jazilan :)
Nur Khadijah said…
wahai siti hajar...sgt menyentuh hati..huhuhu

akak pun speechless nak komen apa lg..nak kata sabar? rasanya tidak perlu..kerana akak tahu hajar SUDAHPUN bersabar... nak kata anggap ujian? rasanya tidak perlu juga..kerana hajar sudah terlebih dahulu redha dgn menganggap ia ujian...

akak cuma boleh komen, akak sgt kagum dgn hajar..kerana masih bersabar, redha..walaupun akak faham , emosi pasti terganggu kerana melihat org2 disekeliling kita yg seolah2 sudah ke depan dgn kehidupan masing2...

maka, sbg saudara seIslam, apa yg akak nak sentuh ckit, IKHLAS kanlah hati untuk redha...kerana redha juga perlu ihklas...akak tahu hajar juga sudah faham makna ikhlas...tp akak pun x tahu kenapa untuk sentuh juga isu ikhlas ini..makna ikhlas sgt dalam ..tahap keihklasan juga sgt berbeza..hanya ALLAH boleh menilai...

tp menurut yg akak faham dari pengalaman,pembacaan, pemerhatian dan dr nasihat2 insan2 yg terpilih untuk membantu akak.. IKHLAS untuk REDHA bermakna kita boleh TERSENYUM di kala dirundung derita, kesusahan, ujian...

akak mengakui tahap keihklasan akak masih selemah2 nyer..kerana masih menangis n sedih walaupun hati mengata redha...dan akak x tahu tahap redha hajar bagaimana...hanya hajar n ALLAH saja tahu... :))

maka, walau apa pun tahap keihlasan kita, marilah sama2 kita meminta bantuan ALLAH untuk meniupkan sedikit belas kasih NYA untuk membantu kita IKHLAS untuk REDHA...hanya kerana DIA...Amin...

wallahualam..segala yg BAIK adalah dr ALLAH, yg buruk adalah dr kelemahan n kejahilan akak sndiri...

jika ada tersalah kata, dgn rendah hati, akak minta maaf yer..dan sila lah tegur2 dan kritik2..sebarang kritikan amat diperlukan dgn hati terbuka...InsyaALLAH... :))
Ummu Umair said…
nur khadijah :
ikhlas & sabar itu Islam!:)
akak,kdg2 sy sendiri tak pasti sama ada sy betul2 ikhlas terima dugaan Allah ataupun tidak.sbb kadang2 sy masih rasa sedih,rasa kekurangan,menangis dan mengeluh dalam hati

maknanya sy belum benar2 ikhlas.tp dari hari ke hari,saya cuba ikhlaskan hati saya.kak,kita pun manusia biasa.mesti ada cacat cela dan kurang sana sini

dan sebenarnya dugaan demi dugaan tu,bukan hanya utk menguji iman atau sabar kita.tp juga melatih utk kita ikhlas.ikhlas dalam menerima dugaan Allah.

dan insyaAllah,kita pasti akan berjaya utk ikhlaskan diri.walaupun bukan 100%.tp insyaAllah semaksimum mungkin.sbb utk mencapai 100% ikhlas,sy rasa bukan satu benda yang mudah,because we still have dark side of us!syaitan sentiasa akan menggoda dengan cara halus kak.

btw,i'm happy to receive n read ur comment kak.buat saya berfikir.thanx kak,rajin2 la nasihatkan saya walaupun akak ckp sy dah tau benda tu.

walaupun saya dah tahu,tp sy perlukan seseorang utk sentiasa mengingatkan saya.sbb itu akan jadikan saya lebih kuat..insyaAllah kak :)

sama2lah kita berusaha utk jadi hamba Allah yang sentiasa dalam perhatianNya..ameen!

Popular posts from this blog

Bantu aku untuk ikhlas

Akukah Yang Terlambat Atau Takdir Yang Tercepat???

Tentang aku dan si kecil