air tangan mak
Umair sayangku,selalunya hari bekerja mak akn bangun pukul 6. Masa tu juga umair dah bangun nak susu. Mak bg susu kat umair kemudian mak akan solat. Lepas solat mak akan mula menyediakan makanan untuk Umair. Kemudian suap umair,lepas tu mak kena cpt2 siap untuk ke kerja. Pagi2 memang dah aktif dan sedikit penat. Sedikit je. Akibat tergesa2. Tp mak puas sebab dpt sediakan makanan yang sihat untuk umair. Dan yang paling penting umair makan air tangan mak!
Sampai sekarang mak dah perkenalkan umair dengan brown rice,oats,puree pear,brown rice+pear,brown rice+carrot dan juga oats+papaya. Masa mak perkenalkan umair dengan puree pear umair dah batuk2,jadi mak stop bagi puree buah2an tp mak akan mix buah/sayur dgn brown rice/oats. Umair mmg semangat makan,excited sgt. Seronok mak tgk. Nanti mak masak sedap2 untuk umair ok. Azam mak tak mau bg umair makan nestum dan semua makanan segera yang ada kat pasaran tu. Semua makanan tu manis sgt sayang,tak elok untuk kesihatan umair untuk jangka masa panjang nanti. Sekali umair dah merasa makanan manis/bergaram,nanti umair akan tolak makanan2 sihat seperti buah/sayur. Jadi memang mak dah bertekad untuk jaga pemakanan umair sejak kecil lagi.
Umair sayangku,tak dapat dinafikan mcm2 juga orang cakap dan perlekehkan usaha mak ni.Sejak umair 4 bulan lagi ada yang dah suruh bg nestum dan sekarang ada yang suruh suap itu dan ini. Tapi mak butakan mata dan pekakkan telinga. Umair anak mak,jadi mak akan pastikan yang terbaik sahaja untuk anak mak,insyaAllah.
Umair sekarang ni makin lasak dan tak boleh duduk diam sekejap. Hero kan mcm tu la gayanya. Mak seronok sgt tgk. Harap Umair akn sentiasa aktif. Tp umair jangan lah nakal2 masa mak dengan atta tak ada di rumah. Kesian nani kena jaga umair. Nani tak larat. Tp nani juga tak bagi mak hantar Umair kat orang lain. Camana tu umair? Kalau ikut hati mak,nak berhenti kerja jaga umair...erm,insyaAllah mungkin satu hari nanti akan tercapai hasrat mak...
Ohh ya! sekarang umair tengah tumbuh 2 batang gigi yang sangat comel kat bawah. Mak suka sangat tengok. Nanti bila gigi tu dah tumbuh panjang,mesti muka umair sangat comel kan bila gelak dan senyum. Tak sabar mak.
Ohh ya! sekarang umair tengah tumbuh 2 batang gigi yang sangat comel kat bawah. Mak suka sangat tengok. Nanti bila gigi tu dah tumbuh panjang,mesti muka umair sangat comel kan bila gelak dan senyum. Tak sabar mak.
Comments