Umair mengamuk!





12/07/2012 - Khamis

Umair sayangku,
semalam mak dan atta penat sangat,seharian mencari rumah sewa. Kita cari rumah sewa sebab rumah kita nak dijual dan kita nak pindah ke penang terus. Ya la,mak dan atta dua2 keja sini,umair pun nani jaga kan. Jadi,senang sikit kalau kita dok penang je. 

Setelah seharian mencari penat memang terkata. Sampai waktu tidur,umair dah tidur pun lebih kurang pukul 10 mlm. Tapi mak minta atta tlg tukarkan diapers umair. tiba-tiba umair terjaga dan kencing atas katil.Mengamuk2. Entah kenapa?. Aduyai sayang,kenapa camtu. Dah lah penat nak keluarkan cadar,basuh tempat kencing,salin baju umair lg. Mujur atta ada,byk menolong. 

Tapi kita tak boleh tidur atas katil tu sebab masih basah. Jadi mak buat tempat tidur di bilik sebelah. Umair masih mengamuk2 lagi. Letak buai tak nak,letak bawah tak nak. Dah bagi susu pun tak nak. Sampai nani pun dah bangun. Kesian nani. Dah pujuk2 umair mak masukkan balik dalam buai. Tidur jap,then nangis2 semula. Aduyai,mak atta dan nani dah buntu, tak tau apa yang umair nak. Nak kata sakit perut, rasanya tak. Tapi mak sapu jugak minyak telon.


Samapi pukul 12 camtu gak. Mak penat sangat tapi mengantuk dah hilang pun melayan kerenah anak kesayangan mak ni. Lepas tu mak bawak umair ke atas katil hampar toto atas tu,letak umair atas katil main2 sekejap,tepuk2 ..........dah tidur anak mak.Wahhhhh,dia nak katil dia jugak rupanya.Sungguh comel. Kalau mak tau dari awal lagi mak dah bawak umair tidur atas katil. Boleh mak pun tidur awal ye tak.Hehe. Mak pun dah lena di sisi umair sampai pagi. Dan keesokkan paginya, Umair bangun lewat dekat pukul 8.45pg. Kalau tak selalunya 6.30 dah bangun...


Umair oh Umair, mak sayang umair sgt2...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Melahirkan : Bahagian 1

Rabbi yassir wala tu'assir

Pesanan Buat Isteri dan Bakal Isteri