Antara Akal dan Hati
Entah mengapa lewat kebelakangan ini, kemampuan untuk menulis dan mengungkap ayat-ayat yang puitis dan jiwang seolah hilang daripada aku. Mungkinkah kah kerana aku sudah malas mahu berjiwang tanpa sebab? Mungkin juga sebab aku sudah tidak mahu lagi melayan emosi aku? Ataupun mungkin sebab aku sudah malas untuk menyesakkan otak aku dengan perkara-perkara yang aku rasakan tidak penting buat aku?Ermmm,semuanya mungkin! Dan mungkin ada fakor lain juga? Ya,sekali lagi mungkin! Semakin usia meningkat dewasa, semakin kematangan diri menstabilkan tindakan dan kata-kata aku.Walaupun begitu, kadang-kadang aku tersilap lalu terbabas dan terhempas. Namun aku segera bangkit agar langkah tidak terus tersasar. Dan sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa… Mulai saat ini dan saat-saat akan mendatang, aku lebih suka akal menguasa ifikiran,tindakan dan kata-kata. Aku mahu akal menang. Kerana dari akal datangnya rasional. Dan insyaAllah natijahnya mendamaikan jiwa... ...