Posts

Showing posts from March, 2010

sesudah "Lafaz-lafaz Cinta"

Setelah 2 minggu,baru selesai membaca novel "Lafaz-lafaz Cinta". Menakjubkan!aku mengambil masa hampir 2 minggu lamanya untuk menghabiskan sebuah novel yang tidak setebal mana.selalunya,aku hanya perlukan masa 2/3hari sahaja.mungkin aku sibuk kot.ye ker?mcm pelik je bunyinya! dalam novel ni terlalu banyak watak.membuatkan aku susah nak menghayati watak-wataknya terutama sekali watak utama.Diana& Fathi.masa awal2,aku terpaksa merujuk page2 sebelumnya untuk recall balik mengenai sesetengah watak. dan bagi aku kesinambungan juga agak longgar.dan takde cerita sangat pun!tapi takpelah,dah abis baca pun. kalau singgah kedai buku lagi,boleh la beli novel kang abik pulak.tetiba terasa nak tengok ayat2 cinta.mungkin malam ni,kalau ada mood..insyaAllah :) notakaki : ikhlas dan sabar itu Islam...

Disebalik kesukaran,pasti ada kesenangan!

Image
Alhamdulillah.Tiada lafaz lain sesuai utk mengambarkan perasaan aku ketika itu. dan tawakkalnya aku kali ini hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Betapa berserahnya aku kepadaNya menghadapi antara saat-saat yang sukar itu,hanya Dia Yang Mengerti. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya aku lulus!Subhanallah.Maka benarlah firmanNya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. ~ 5-6 : al - Inshirah ~ “ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” . ~ Yusuf : 12 ~ “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~ Al-Baqarah: 216 ~ notakaki: Ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa.Kubiar pena menulis meluahkan hasrat di...

Hari Yang Mengecewakan

Image
sob...sob...kuciwanya diriku... Setelah beberapa hari berkurung dalam rumah lantaran kesihatan yang kurang baik,hari ni aku keluar juga meredah panas terik demi semata-mata untuk dapatkan buku mtest.Dalam hati,sangat berharap agar buku ada. Tapi alangkah sedihnya bila buku yang dicari tak jumpa.Lagi menambahkan kesedihan dihati bila pekerja kedai tu cakap,dah habis stok! Kecewa tidak terkata.Aku keluar semata-mata sebab buku tu.Menyesal sebab tak dtg awal-awal.tp keadaan diri tak membenarkan aku keluar. Ya Allah,dugaan sungguh. Air mata dah bergenang. Baru aku perasan yang aku sebenarnya dalam keadaan tertekan.Tertekan dengan beberapa perkara yang menganggu fikiran aku kebelakangan ni. Alang-alang dah takde buku tu,aku sempat la beli novel siri spritual ala2 Ayat-ayat Cinta yang bertajuk "Lafaz-lafaz Cinta" tulisan Hadi S.Khuli. Tak sabar nak baca sebenarnya,tapi aku reserve dulu.Akan dibaca masa mak aku tinggalkan aku keseorangan di rumah nanti. Balik dari kedai buku,singga...

Pagi Sabtu Yang Bosan!

Taraaaa!lihatlah blogku yang berwajah baru.serba pink!biasalah,cik siti kan peminat pink.hehe...tak habis ubah suai lagi nie.nanti ada masa, cik siti ubah suai bagi cantik lagi ek.jangan jelez tau.takde makna!kuikuik... Pagi sabtu terasa bosan sangat. Makin hari makin hebat kebosanan mengisi hari2ku..... huaaaaaa...bosannya! aku tau cara nak hilangkan kebosanan ni,tp aku tak mampu nak capainya.ianya seolah2 makin jauh daripada aku.errrrrmmmm.... Oh ya!mesin basuh rosak lagi.sesuatu yang merisaukan aku sbb aku yang kena basuh semua baju2 tu. ye la,takkan nak suruh mak basuh kan.kesian mak aku. Pagi tadi baru dok bercerita dengan cik ros tentang sakit belakangku.tiba2 mesin rosak.Allah menduga aku.Alhamdulillah dah selesai basuh 2 baldi baju dengan sakit belakang ni Bercakap soal sakit belakang ni.Memang sejak zaman study dah biasa dengan sakit belakang ni.tp sekarang ni makin teruk pulak rasanya.bangun pagi je,mesti rasa sakit..insyaAllah,cadang minggu ni nak g klinik.harap2 Allah muda...