Seminggu sudah berlalu
Seminggu cuti sudah berlalu.Seminggu yang aku impikan utk berehat dan mengemas rumah. tp rupanya Allah telah sediakan agenda yang lain untuk aku. Seminggu cuti aku,berakhir di hospital. dan aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku dan insan-insan disekeliling aku. Sekurang-kurangnya ibuku dapat berehat dengan tenang di hospital dan mendapat penjagaan rapi dari staff nurse di sana. Dan banyak lagi yang aku rasa aku perlu luahkan di sini.tp hati tidak mengizinkan. lebih selamat dan lebih baik dipendamkan sahaja. sebab bila sekali diluahkan,ianya akan mempengaruhi emosi dan tindakan aku. dan...aku yakin semuanya akan berakhir dengan baik. semua dugaan yang datang,tandanya Allah sayangkan aku. dan semua dugaan membuatkan aku semakin sedar,hanya Allah sebaik2 tempat mengadu dan sebaik2 tempat berharap. Hanya DIA sumber kebahagiaan aku.Hanya DIA sumber ketenangan aku. Hanya DIA sumber keceriaan aku. Satu ketika aku pernah bergantung kepada insan2 lain untuk menceriakan aku.ins...